"Abang Im. Makanlah", wanita itu menolak mangkuk tingkat yang dibawanya sedikit ke depan. "Terima kasih Teha. Penat penat Teha bawa datang sini", Imran tersenyum manis memandang wanita ayu bertudung itu. "Teha masak untuk abang, maaf lama Teha tak jenguk abang, Teha baru cuti ni", dia duduk di kerusi kedai buah buahan itu. Imran turut duduk berhadapan dia. "Lama Teha cuti ?", Imran bermain dengan jarinya. Teha menggeleng. "Sekejap je abang, seminggu. Lepas ni Teha kena balik Lancaster semula", wajahnya monyok. "Takpelah, Teha datang jenguk abang pun abang dah seronok. Rindu Teha", mata lelaki itu bercahaya. Teha menyeka air mata yang mengalir perlahan. "Eh, kenapa ?", Imran panik. "Taklah, abang cakap macam ni Teha rasa bersalah. Teha tak nak abang anggap Teha main mainkan abang. Teha ikhlas nak abang ... Jadi suami Teha", kepala wanita itu tertunduk. Imran tergelak kecil. "Abang faham Teha, Teha kan anak tunggal, harapan Mak Ayah Teha, banggakan mereka Teha. Abang pun bangga dengan Teha. Abang akan tunggu Teha, sampai bila bila pun", Imran tersenyum manis, Teha angguk laju. "Makanlah. Drama pula dia", Teha membuka mangkuk tingkat satu per satu.
Aku termenung lama bermain dengan penselku. "Nok, Prof panggil kau tu", Farah di sebelah mencuit pinggangku. Terleka. Aku terjaga dari lamunanku. "Luqman ! Give me 5 social justice theories ! ", jerit Prof di hadapan. Mataku melilau mencari notaku, "Enough ! If you have no interest in my class, you may get out", jerkahnya. Aku geleng laju. "No Prof .. I just ...", "OUT !", jerkahnya lagi. Perlahan dengan rasa malu aku keluar. Air mataku hampir mengalir.
"What's wrong with you beb ?", Aidil pegang tanganku. Aku geleng. "Nothing", aku tersenyum palsu. "Liar. Tell me now", dia oleh air mataku. Wajahku yang pucat aku lap dengan tangan. "I saw him ...", kataku tersekat, " ... With another girl", aku menelan air liur. Aidil mengeluh perlahan. "What did I told you at first ?", Aidil sesal. Aku pandang wajah kawan baikku minta simpati. "I shouldn't feel like this, Imran is not even mine", aku tertunduk. Namun air mataku mengalir laju. "Shh ... Luq. Please, don't be like this. Aku risau. Kan aku dah cakap, jangan berharap, dia bukan macam kita", Aidil mengusap belakangku. Perlahan aku peluk kawan baikku itu. Pelukanku dibalas dia erat. "I hate to be myself. I don't want this feeling. Why am I gay ?", aku meracau. "Hey, stop. Stop", Aidil turut mengalirkan air mata. Seketika bilik kami hanya ditemani bunyi esakanku dan bunyi kipas siling.
*****
" ... Mana ?", Imran memandang Daniel. Daniel geleng. "Abang Aidil cerita, inilah sekolah abang Luq", wajah anak itu yang putih sedikit memerah kerana panas. Sarah mengelap peluhnya. "Haa ! Itu abang Luq !", Sarah menunding jarinya kepada sesusuk tubuh. Imran tersenyum dan berjalan ke arahku. "Luq..", suara yang aku kenali, jantungku berdegup laju. Aku angkat wajahku dari terus memandang buku buku ulang kajiku, bibirku mengukir senyum sebelum ia mati, mengingatkan kejadian tempoh hari. "Lama Luq tak datang rumah abang. Luq sibuk ?", dia duduk di depanku. Aku hanya mengangguk. "Luq ... Abang ada buat salah ke ?", dia pegang tanganku, aku tarik perlahan. "Taklah. Luq .. Aku, aku okey", aku tersenyum palsu. Spontan aku tukar gelaranku. "Luq ... Jangan tipu abang. Kenapa ni ? Abang ada salah cakap ke ?", Imran masih cuba memegang tanganku. Aku geleng. Kali ini aku biarkan sahaja tanganku dia pegang. "Beritahulah. Abang minta maaf", dia bersungguh sungguh. Aku menahan air mata. "Abang tak salah. Luq yang salah. Luq minta maaf. Luq ... Takde apalah. Luq sibuk sikit Abang. Kan dah final week ni, maaf. Jom makan", aku menipu ... Diriku dan dirinya. Imran angguk laju.
"Daniel rindu abang Luq kan ?", Imran usap kepala adiknya. Laju anak itu angguk. "Abang Im pun rindu Abang Luq", Daniel mencelah pula. Imran tergelak kecil. Aku hanya memaniskan muka. "Sarah, makanlah lagi. Tak sedap eh makan sini ?", aku mengubah topik. Sarah menggeleng. "Taklah, Sarah tak selera. Makanan sedap je lah abang", dia tersenyum. "Pucat ni muka. Kenapa abang bawa juga dia ?", aku perhatikan wajah Imran. "Abang dah cakap, dia degil nak jumpa Luqman juga. Nak buat macam mana ?", Imran garu kepalanya. Aku geleng perlahan mengelap peluh Sarah. "Abang Imran ...", suara halus kedengaran. Mata Imran terpana. Aku menolehkan kepalaku. Wanita itu berdiri betul betul di belakangku. "Teha. Teha buat apa sini ?", suara Imran lembut sekali. Aku cemburu. "Teha datang teman kawan pinjam buku dekat perpustakaan universiti ni, abang buat apa ?", dia duduk di sebelahku. Aku teruskan suapanku seperti tiada apa yang berlaku. "Ni, abang datang jumpa kawan. Hahaha. Luqman, kenalkan, ini Teha. Urmm... ", "Makwe abang ?", senyumanku aku palsukan. Dia garu kepalanya malu. Teha tergelak kecil. "Hai Luqman, Teha. Saya duduk dekat dekat sini je. Awak fakulti mana ya ?", dia berbasa basi. "Sains Sosial", aku mengangguk perlahan. "Okeylah abang, Teha pergi dulu ya ? Tak nak kacau korang", Teha berdiri, Imran juga berdiri. "Teha balik naik apa ?", "Kereta. Abang jangan risaukan Teha lah", dia tersengih. Entah apa yang merasuk tubuhku, aku bangun serta merta, mengemas ngemas barangku, mencium pipi Daniel dan Sarah dan terus aku beredar dari situ. Hati aku sakit. "Eh ?", Teha kaget. Imran juga. "Dia okey tak abang ? Dia tak suka Teha ke ?", Teha duduk semula. Imran menggeleng perlahan sambil melihat aku yang telah melangkah jauh. Air mataku mengalir sedikit demi sedikit sebelum ia melimpah lebih deras. Aku lajukan langkahku. "Dia tak suka abang bercakap dengan Kak Teha kot", Daniel membuatkan semua di situ memandang dia. Aduh, Imran. Budak kecil pun faham !
"Sudahlah ...", Aidil menggosok belakangku. Aku menangis semahunya. "Aku tak sepatutnya cemburu, dia bukannya milik aku pun. Aidil, tolonglah aku", aku menangis teresak esak. Mata yang memandang aku tak pedulikan. Aku berlari terus tadi dari kafe fakultiku ke fakulti Aidil. Mujur dia tiada kelas. Aidil menggosok belakangku lama. Dia mati kata. Macam macam nasihat sudah dia beri, aku yang degil. Memang salah aku. "Abang ...", suara kecil itu aku kenali. Perlahan aku lapkan wajahku dan berpaling dengan senyuman palsu. "Ya ? Kenapa Daniel ?". Aidil menggeleng. "Err Encik, boleh saya bercakap dengan Luqman, berdua saja ?", Imran tersenyum ke arah Aidil. Aidil mengangguk, sebelum dia pergi dia gosok tanganku. "Jangan luahkan apa apa, nanti kau sakit", perlahan dia bisikkan sebelum dia beransur pergi. Aku lap air mataku. "Maaf abang, Luq sakit perut tadi", aku berbohong. "Itulah penipuan paling teruk abang pernah dengar", dia lap air mataku. Pipiku memerah. "Daniel, Sarah, pergi main dekat taman tu boleh ? Abang nak cakap dengan abang Luq", keduanya mengangguk dan pergi. Imran duduk di sebelahku. "Luq cemburu ke abang dengan Teha ?", soalan itu tepat menusuk ke jantungku. Aku diam, membatukan diri. "Kenapa diam ?", Imran memandang wajahku. Mataku tak memandang mata hazelnya, aku takut. "Luq suka Teha ke ?", soalannya bodoh. Aku merengus perlahan. "Abang, Luq tak kenal pun siapa Teha, buat apa Luq nak suka dia ?", aku sedikit membentak. "Luq suka abang ?", dia menelan air liurnya. Aku diam. Membatu lagi. Imran mengeluh perlahan. "Jawablah abang tanya", katanya lagi. Dahiku sudah berpeluh. Telefon bimbitku berdiring, mujur. "Ya. Baik Prof. Saya ke sana juga, baik. Sama sama", aku simpan semula telefonku. "Abang, Luq kena pergi. Nanti abang nak apa apa, mesejlah Luq", aku berdiri, dia juga. "Luq ...", aku ambil tangannya dan aku kucup. "Assalammualaikum", aku beredar perlahan. Imran mengeluh besar.
****
"Abang Imran jadi datang tak ?", Ibu menyusun lauk pauk di atas meja. Aku geleng, "Entah", kataku malas. "Hey, awak yang cakap dia datang, call dia sekarang", Ibu menampar lenganku perlahan. "Perlu ke ? Dia nak datang dia datanglah", aku menjawab malas. "Luqmanul Hakim ! Ada ke cakap dengan Ibu macam tu ? Call dia SE-KA-RANG", Ibu menjegilkan matanya. Aku tersenyum ketakutan, aku ambil telefon bimbitku, nombornya aku dail. Silap aku juga, siapa suruh jemput ? Masalahnya masa tu, si Teha tu tak wujud lagi dalam cerita hidup aku. Sial lah Teha, mana kau datang, tiba tiba nak ambil abang aku ! "Assalammualaikum, Luq", suaranya di hujung talian sentiasa mencairkan hatiku. "Abang ... Urmm ... Kat mana dah ?", aku berbisik perlahan. "Abang lambat sikit eh Luq ? Teha minta tolong hantarkan dia ke airport, nanti abang datang", suaranya serba salah. Hatiku remuk lagi. TEHA TEHA TEHA. Takde nama lain ke ?! "Oh. Takpelah abang, kalau susah, tak yahlah datang", suaraku bergetar. "Eh tak. Sekejap je. Jangan macam tu. Nanti abang datang eh ?", dia beria iya. Aku tahan air mataku kerana Ibu memandang aku dengan perasaan ingin tahu. "Okey", aku matikan talian. Belum sempatpun Imran membalas apa apa. Aku pandang ibuku lama. "What does He said ?", tanya dia sambil sibuk menyusun lauk lagi. "He will be here, tapi lambat sikit. Nak hantar girlfriend dia tu ke airport", aku tarik kerusi meja makan dan menghempaskan punggungku. "Imran ada girlfriend ? Haha. No wonder, he's a handsome young man", ibuku ketawa kecil. Aku diam membatu. "Eh, why are you so sendu ?", ibu mencuit pipiku. Aku geleng perlahan. "Cemburu eh ?", dia mengusik. "Manada !", aku geleng laju. Pipiku memerah. "Okay. I believe in your words", matanya dia kecilkan. "Dah. Pergi mandi. Nanti abang kesayangan nak datang", Ibu mengusap rambutku. Aku angguk dan melangkah ke bilik air. Ibu geleng perlahan.
Bersambung ...
YOU ARE READING
Aku Jatuh Cinta 🍀
RomanceSebagaimana hujan dan dingin itu hadir tanpa terduga begitu juga cinta dan rinduku.