BAB 13 🍀

1.1K 51 18
                                    

"He said ada something dia nak cerita", Firdaus mengerling aku sekejap. Aku berpaling padanya. "Who ?", aku tergelak kecil. Tiada ribut, tiada angin tiba tiba sahaja suaranya berbunyi. "Imran. He needs to see you", dia duduk di sebelahku. Aku geleng. "Luq, jujur dengan abang boleh, what is actually happening here ?", dia memandangku dalam. Aku berdecit perlahan. "Nothing", aku tundukkan wajahku. "Cepat", suaranya sedikit tegas. Aku pandang wajahnya dengan mata berair. Wajahnya tetap garang. "Taknak lah cakap pasal ni", air mataku mengalir. Firdaus memelukku perlahan. "Shh .. I'm sorry okay. Okay, abang tak cakap dah pasal ni", dia cium dahiku perlahan. Aku angguk laju. Jujur, hatiku masih sakit dengan Imran. Hati aku keliru. Keliru samada rasa sakit hati ini kerana cinta atau benci.

Hariku berjalan seperti biasa, sudah seminggu lebih wajah Imran tidak muncul. Mungkin dia sudah faham situasi kami yang tidak lagi seperti dahulu. Aku semak satu per satu fail tugasanku, rasanya semua sudah aku siapkan. Nafas berat aku hembuskan. Menepuk nepuk pipiku, mengantuk. Banyak sungguh perkara yang perlu aku uruskan semenjak beberapa hari ini, sudah tiga hari aku kurang tidur. Aku bangun dari tempat dudukku membuat sedikit regangan, tiba tiba terasa untuk minum kopi. Perlahan aku bergerak ke pantri, dengan langkah yang malas aku keluar dari situ. Berdecit perlahan kerana kopi sudah habis. "Kenapa Encik Luqman ?", seorang wanita pertengahan usia menghampiri aku. Aku maniskan wajahku, "Ni haa kak, kopi. Saya tiba tiba teringin nal mengopi. Sekali habis", aku ketawa kecil. Dia mengintai ke dalam pantri. "Biar akak turun sekejap belikan", dia berpaling, aku menahannya. "Akak, biar saya pergi. Alang alang, lagipun kerja saya dah siap. Saya turun sekejap je", aku mengenyit mataku. Dia tergelak kecil.

Plastik kecil berisi paket kopi aku pegang kemas, melangkah perlahan menuju pejabatku. Tiba tiba tubuhku dipeluk dari belakang. Langkahku mati. Perasaan hangat dan selesa menyelubungi tubuhku. "Shh ... Sekejap je", suara itu aku kenal. Aku berpaling laju. "Imran !", aku tampar wajahnya perlahan. "Apa kau buat kat sini lagi ?", aku berang. Wajahnya yang sugul langsung aku tak endahkan. "Abang rindu Luq. Salah ke ?", wajahnya aku tatap lama. "Abang ... Janganlah buat Luq macam ni", air mataku mengalir lagi. "Abang buat Luq rasa serba salah pada abang, abang tahu kan Luq takkan tinggalkan Firdaus. Sudahlah abang ... Lupakan Luq ... ", aku lepaskan genggaman tangannya. "Abang boleh cakap dengan Firdaus", wajahku dia tatap dalam. Aku geleng lama. "No abang no, Luq taknak. Luq taknak jadi macam abang, Luq sayangkan abang Daus. Now stop this, you're making scence here. Orang tengoklah", aku berpaling. Tanganku dia ragut lagi. "Biar. Biar orang tahu. Biar orang tahu Luq abang punya", dia memelukku pula. "Stop this abang", aku tolak dia sedikit kuat. "Okay. Abang nak apa supaya Luq boleh hidup aman ?", aku garu kepalaku yang tidak gatal. "Be mine", dia memandangku tulus. "No. Other than that ?", aku tergelak kecil. "Keluar dengan abang, sekejap je. We need to talk. Boleh ?", aku ligat memikirkan alasan apa yang patut aku beri. "Cakap dengan abang Daus dulu", aku hulur telefon bimbitku. Nombor Firdaus aku dail, hanya perlu ditekan butang hijau. Dia ambil telefon itu perlahan. Dia menjauh sedikit. Aku hanya menanti dengan harapan Firdaus akan ikut bersama atau dia tak benarkan. Imran kembali dengan senyuman di wajah tampannya, aku menggeleng. Boyfriend aku ni memang jenis tak cemburu ke apa ? "He said okay. Cuma dia suruh balik awal. Before 5. Sekarang baru pukul 10. Kita ada 7 jam", Imran ceria. Hatiku sedang sibuk memaki maki Firdaus. Aku merengus kecil. "Don't be so happy. We're not going for date", aku julingkan mataku ke atas. "I will make it like one", dia mengenyit matanya. Erghhhh.

*****

"Teha ... Baru balik dari luar negara. Dengan keadaan dia terlanjur dengan seorang lelaki. Dan dia mengandung ... Dia tak habiskan pun pelajaran dia. Abang yang tanggung semuanya waktu keluarga dia buang dia. Kami ada anak, walaupun itu bukan anak abang, tapi abang sayang dia. Budak tu tak berdosa. Abang jaga dia, abang sayang macam anak abang. Teha anggap budak tu macam tak wujud, abang yang buat semuanya. Sampai satu masa tiba tiba mama Teha datang untuk ambil Teha. Katanya anak dia juga sejahat mana pun. Tapi Teha taknak sebab ego, dia nak duduk dengan abang. Bukan sebab cinta, tapi sebab dia nak buktikan pada mak bapa dia yang dia boleh berjaya sendiri. Sudahnya ? Abang jadi mangsa kena beli itu ini untuk dia. Sebabkan dia nak hidup mewah. Nasib baiklah abang boleh buka kedai sendiri, hasil duit abang kumpul, pinjam bank sikit", dia bermain dengan jarinya. Aku hanya mendengar tekun. "How about you ?", dia pandang aku pula. Aku geleng. "Nothing interesting about me. My life is dull and pathetic as always", aku hirup kopi itu perlahan. Dia tergelak kecil. "Lawak ?", aku jeling dia lama. "Bukan, Luq comel kalau marah", dia masih tergelak. Aku tersenyum sedikit.

"Thanks Daus", Imran bersalam dengan Firdaus. Aku masuk ke dalam rumah setelah mencium tangan Firdaus. "Bye Luq", Imran melambai perlahan. Aku tak endahkan. Laju langkahku menaiki tangga. "We need to talk Imran", Firdaus memandang Imran serius. Imran mematikan senyumnya. "Sure. Bila ?", Imran menelan air liur. "Now", wajahnya masih tegang. "Okay", jawab Imran gugup. "Kau ada apa dengan Luq ?", Imran menggeleng. "Itu kisah silam aku dengan dia. Kenapa kau nak tahu ?", Imran tak puas hati. "Aku boyfriend dia sekarang", Firdaus memandang Imran geram. "Okay. Tahniah. Kau dapat dia. So ?", Imran menayangkan wajah geramnya juga. "You know what Imran ? Sekali lagi aku nampak kau kacau dia, pecah muka kau", Firdaus memberikan amaran keras. "Cubalah", Imran berpaling. Firdaus menggengam penumbuknya.

"Sayang. Makan", aku hidangkan lauk di atas meja. Firdaus melangkah turun dari bilik. Aku cium pipinya lama. "Wanginya", aku tergelak kecil. Pipinya yang basah menandakan dia baru selesai mandi. "Kenapa muka macam tu ?", aku memonyokkan wajahku. Wajah Firdaus tak seperti selalu. Dia hanya tersenyum nipis. Aku duduk disebelahnya. "Nak apa ?", aku pandang wajahnya. "Nak you jujur dengan I. Boleh ?", mataku dia pandang tajam. "About what ?", aku buat buat tak tahu. "Imran. You dengan dia ada apa apa ke belakang I ?", nadanya semakin serius. "Abang ...", mataku berair. "Stop. I'm not going to end this until you say about it", tanganku dia genggam. Aku mengeluh perlahan. "Remember when I met you ?", dia angkat wajahku perlahan. Aku angguk. "Dekat universiti", aku duduk di ribanya. "Macam mana kita jumpa ?", dia teruskannya. "Can we just not doing this ?", aku mengeluh. Firdaus memandangku lama. "You met me .. When I was trying to end my life", air mataku sedikit terkeluar. Keluhan berat aku lepaskan. "What did I said to you ?", dia lap air mataku. "You'll always love me and protect me", aku peluk dia perlahan. "I'm doing it right now. I tak suka you dengan Imran. I .. Cemburu", dia menunduk. Aku ketawa kecil. "I know", aku cium bibirnya perlahan. "Sayang. I love you, please, stay away from him", Firdaus merayu. Aku angguk perlahan.

Bersambung ...

Aku Jatuh Cinta 🍀Where stories live. Discover now