BAB 17 🍀

636 31 15
                                    

Aku mengeluh perlahan. Kepalaku memberat, semakin rungsing memikirkan pertemuan aku dengan calon pilihan ibu tadi, Fasha. Ya, dia baik. Tapi seberapa baik pun dia, aku tetap takkan boleh menikahi dia, aku begini ... Aku tak mahu seksa dia. Aku pandang tingkat bawah itu perlahan, sayup saja di bawah sana. Rumah pangsa tingkat 35 ini sudah lama menjadi tempat aku menumpang kasih Firdaus, dia beli untukku. Veranda itu dingin sekali dengan bayu malam yang bertiup. Aku berdiri di atas sebuah kerusi. Memikirkan semasak masaknya, malangnya menjadi aku. Suka pada sesama jenis, sudah tentu Syurga pun tak layak untuk orang macam aku, kalau mati pun sudah pasti masuk neraka, kalau aku buat ini pun aku masuk neraka, sama saja kesudahannya. Bezanya cepat atau lambat sahaja, aku mengeluh. "SAYANG !" suara dari belakang menyentakku dari lamunan panjangku. Dia memelukku erat dari belakang dan menarikku ke dalam rumah. Perlahan dia duduk kan aku. "Apa ni ?", matanya mengalir air deras. Aku memandangnya kosong. "Luq nak mati", kataku perlahan. "LUQ !", dia memarahiku. Perlahan wajahku dia hadapkan ke wajahnya. "Abang sayang Luq, faham ? Abang sayang Luq", dia memelukku erat. Aku tolak tubuhnya perlahan. "Sayang ... Please", dia pandang aku dalam. Aku menahan air mataku. "Luq penatlah ! Luq penat, kenapa Luq tak macam orang lain ! Luq penat nak pura pura Luq okey, Luq penat nak puaskan hati Ibu ! Luq penatlah nak hidup, abang ... Luq penat !", aku meraung. Firdaus memelukku erat. "Sabar sayang ... Sabar", dia menggosok belakangku , untuk menenangkan aku. "Sampai bila nak sabar ?", aku pandang wajah polosnya. "Jawablah abang, Luq tanya, sampai bila ?", aku goncang bahunya. Dia menangis perlahan. Aku bersandar perlahan pada sofa itu. Merintih nasib pada Tuhan, merayu pada Dia, ambil lah rasa sakit ini.

"Encik ni siapa ?", seorang wanita muda menegur Firdaus. "Saya Firdaus, boleh saya bercakap dengan Dr Intan Suraya ? Saya dah buat temujanji", Firdaus tersenyum. "Oh sekejap ya", dengan sekelip mata wanita muda itu hilang. Seketika wajah Ibu muncul. "Daus ... Kenapa ni ? Mana Luq ?", Firdaus tersenyum manis. "Ibu ... Daus nak cakap sikit boleh ?", dia serba salah. Ibu angguk perlahan. Ibu tarik lengan Firdaus ke suatu sudut dan duduk perlahan di kerusi situ. "Apa Daus ? Cakaplah sayang. Ibu sibuk sikit ni", Ibu tersenyum. "Macam ni .. erm .. macam mana ek nak cakap ? Urm, ni pasal Luqman", matanya bergenang dengan air mata. Riak Ibu risau, "Kenapa dengan Luq ?", soalnya panik. Firdaus menarik nafas dalam.

Imran mengetuk pintu rumahku perlahan. "Assalammualaikum, Luq", aku yany sedang termenung lama , tersentak. Perlahan aku dekati pintu rumah dan memulas tombolnya. "Abang Imran , kenapa ? Masuklah", aku ajak dia ke dalam. "Saja nak datang tengok Luq, rindu", dia cuit pipiku. Aku tersenyum tawar. "Firdaus mana ?", dia pandang aku lagi. "Dia keluar sekejap, Luq masak tadi, duduklah bang. Nanti kita makan sama", aku menipu. Sudah lama aku siapkan masakan, cuma penyakit termenung aku makin parah. Firdaus kunci pintu sliding veranda rumah kami. Dia takut aku buat yang macam macam, aku tergelak kecil saja mengenangkan dia, polos. "Nah abang, air", aku hulurkan dia segelas teh. Dia angguk. "Luq sihat ?", Imran tersenyum manis. Aku angguk. Aku duduk berhadapan dia. "Sihat. Abang ? Adik adik sihat ?", aku tersenyum juga. "Sihat", dia serba salah. "Kenapa muka macam tu ?", aku hairan. "Er .. Luq ... Luq okey ?", dia pegang tanganku. Aku angkat keningku sebelah. "Okey je. Kenapa ?", aku tarik tanganku perlahan. Risau kalau Firdaus balik dan nampak adengan ini, aku tak mahu lagi bergaduh. "Err .. maaf. Abang datang sebab Daus suruh temankan kamu", dia tersenyum. Aku angguk perlahan, aku dah agak. "Assalamualaikum", suara Firdaus perlahan. Aku pandang dia. Wajahnya muram dan sugul. "Abang, why ?", aku hairan. "Eh Imran. Bila sampai ?", dia bersalaman dengan bekas seterunya itu, sekarang jadi bestfriend nampaknya. Aku tergelak kecil. "Jomlah makan sekali, kan ?", dia pandang aku perlahan. Aku angguk.

****

"Abang ...", aku memeluk dia yang sedang berbaring di atas katil dari belakang. Firdaus menoleh ke arahku. "Ya sayang, kenapa ?", dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya. "Ibu call tadi, dia kata ... tak jadi", aku lega. Firdaus angguk, wajahnya ceria juga. "Abang jumpa ibu tadi", dia memalingkan wajahnya ke arahku. "Abang cakap apa ?", aku kaget. "Abang cakap ... Abang nak jaga Firdaus, ibu jangan kacau", dia tergelak besar. Aku cubit pipinya perlahan. "Betul betul lah Abang", aku goncang tubuhnya. Dia tergelak besar. "Okey, abang cakap ... Abang yang akan jaga Luq. Ibu ... suruh Luq kahwin, bukan sebab dia nak cucu atau sebab yang terseranai dalam drama drama Melayu, haha, tapi sebab ... dia takut Luq duduk sorang sorang kalau dia dah takde, Ibu sayang tau dekat Luq ? Nanti balik rumah minta maaf dengan Ibu tau sayang ? Ibu cakap dia rindu Luq sangat sangat. Luq merajuk dengan ibu kan ?", dia usap rambutku. Aku tertunduk. "Sayang ... ibu tahu. Ibu tahu sayang stress ...", perlahan dia pegang tanganku perlahan dan mengusapnya, mengatur kata dengan berhati hati, "Ibu tahu Luq sakit ... ibu taknak sakitkan Luq. Ibu sayang Luq, faham ? Abang sayang Luq, Imran sayang Luq, semua orang sayang Luq, sayang sangat. Luq orang baik, orang yang lembut, abang ada , selagi abang hidup, abang akan jaga sayang, okey ?", air matanya bertakung. Aku lap air mataku. "Abang .. I'm sorry", aku memeluk dia. Dia usap belakangku, "Shh .. dah, abang tak kisah sayang. Selagi abang ada, abang akan jaga sayang", dia memelukku semakin erat.

****

"Ibu ... dah tahu", ibu melepaskan nafas beratnya. Wajahku dia tatap perlahan. Air matanya mengalir. Aku menelan air liurku. "Why .. Kenapa Luq tak pernah cerita dengan ibu ? Kenapa ibu perlu tahu dari Daus ?", dia tersedu sedan. Aku mengeluh perlahan. Tanganku dia ambil dan genggam perlahan. "Luq ... Ibu ni ibu Luq, yang sayang pada Luq, yang besarkan Luq, ibu ada hak untuk tahu soal anak ibu. Baik buruk anak ibu, semua ibu perlu tahu. Kenapa Luq tak beritahu Ibu ? Sejak bila ?", tangaku dia usap perlahan. Rumah kami sunyi sepi, yang berbunyi hanyalah suara kipas yang berpusing. Aku menghembus nafas berat. "Ibu nak terima ke anak Ibu yang tak normal ni ?", aku serba salah. Ibu diam. "Ibu nak terima ke anak ibu yang gila ni ? Yang kelar tangan dia sebab ada lelaki tolak cinta dia. Ibu sanggup ?", aku tergelak kecil. "Sayang ... sejahat mana pun seorang anak, seorang ibu akan terima dia. Luq tak buat benda jahat, Luq cuma buat silap, kenapa ibu nak benci Luq ? Kenapa ibu nak buang Luq ? Kenapa ibu tak sanggup terima Luq ? Luqman, ibu ... ibu yang besarkan kamu dengan tangan ni, dua tangan ni yang besarkan kamu, ni, ibu yang susukan kamu, kenapa ibu tak sanggup nak terima kamu ? Luqman, ibu akan terima kamu, walau apa pun kamu, KAMU ANAK IBU", Ibu memeluk aku erat. Aku tersentak dan menangis semahu mahunya di dalam dakapan ibu.

Bersambung ...

PS : Maaf Aim slow sikit update :( Aim akan cuba untuk siapkan secepat dan semampu mungkin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Jatuh Cinta 🍀Where stories live. Discover now