"Eh. Abang", Daniel memeluk Imran. Imran menggosok kepalanya. Aku tersenyum melihat keakraban mereka. "Eh. Abang handsome", Sara menjerit kecil. Aku berpaling darinya. "Eii gatal", Daniel mencubit pipi adiknya perlahan. Haha. "Duduklah. Aku buatkan air", Imran bergerak ke dapur. "Jangan susah susah, saya sekejap je kat sini", aku serba salah. "Duduk jelah. Takpe. Boleh jadi kawan dengan Daniel dengan sarah. Kan ?", Imran mencium pipi adik adiknya. Aku tersenyum manis.
Keadaan rumah mereka agak usang, namun bersih. Rajin Imran. Aku melayan kerenah adik adiknya, maklumlah, aku anak bongsu, alangkah bagus ada abang macam Imran, aku mengeluh perlahan. "Apalah yang dikeluhkan tu ?", Imran tergelak kecil. Dia letakkan secawan kopi di depanku lalu duduk di kerusi depanku. Aku memandangnya. Pipiku memerah. Aku berdehem sedikit dan membetulkan dudukku. "Man", panggilnya. Aku dongak. Ya ? "Nama penuh kau apa ?", dia menghirup kopinya perlahan. "Luqman Hakim", aku menjawab lurus. "Aku panggil kau Luqman boleh ? Man tak sedaplah", dia tergelak kecil. Aku angguk manja. "Boleh. Ibu Luqman panggil Luqman , Luq", aku tersengih. "Luq ? Okey. Aku panggil kau Luq", aku anggukkan sahaja.
*****
'Elok elok balik', kata katanya bermain dalam hatiku. Ya Allah. Aku bergolek golek atas tilamku. "Kau dah kenapa?", Aidil memukul punggungku. "Hoi ! Hahaha. Bahagia", aku memeluk bantal golekku. "Lupakanlah abang tall, dark and handsome kau tuh. Entah entah dia dah ada makwe ke tunang ke", Aidil mengusik. Aku jeling dia lama. "Gurau beb. Chill. Aku nak keluar, kau nak kirim ?", dia mengerling aku. "Tak habis habis dengan Ming Jun", aku tergelak besar. "Dia yang ajak", pipinya memerah. "Jangan balik lewat", aku melambai.
"Assalammualaikum. Ibu", aku melangkah masuk ke dalam rumah. "Luqman ?", suara yang aku kurang gemar ku dengari. "A ... Along ? Buat apa kau datang sini ?", aku letakkan beg bajuku di ruang tamu dan terus ke dapur mencari ibu. Ibuku aku lihat sedang mengelap air mata. Aku ke ruang tamu semula. "Apa kau dah buat ?", aku jeling kakak sulongku. Dia mengerling aku lama. "Luqman ... Sudah", Ibu memeluk lenganku. "Aku cuma minta apa hak aku", dia berdehem. "Hei, kau kan dah kaya, apa lagi kau nak dari ibu aku ?", suaraku masih tinggi. "Aku nak hak aku !", dia menengking aku. "Hak apa ? Apa hak kau ?", aku mendekatinya. "Hei, kau tu anak pungut je. Jangan banyak bunyi !", dia berdiri. Ibuku melempang wajahnya kuat. "BIADAP!", Ibuku berapi. Aku tergamam. "Kau nak sangatkan kereta tu ? Kau nak kan !", Ibuku mengeluarkan sesuatu dari almari usangnya, fail merah dilempar ke wajah Along. "Kau berambus dari rumah aku. Kau bukan darah daging aku. Anak tak kenang budi. Haramlah air susu aku untuk kau ! Keluar Mila ! Keluar ! Hei, Luqman ni anak aku. Kau tu anak pungut. Berambus ! Anak tak sedar diri", Ibu menolak dia keluar. Lalu dihempas pintu rumah itu hingga bergegar. Aku terduduk. "Sayang ...", ibu memelukku erat. "Hei, Luq. Luq anak ibu. Ibu yang susukan Luqman. Ibu yang jaga Luqman dari kecil sampai besar. Dia tu anak pungut, anak tak sedar diri. Sayang ibu jangan sedih, ibu susah hati", aku dipeluk erat. Aku angguk lama memeluknya semula. "Luqman okey ibu, ibu janganlah marah marah, nanti darah ibu naik", aku urut kepalanya. Dia tergelak kecil. "Ibu ... Habis ibu nak naik apa ?", aku perhatikan ibuku dalam. "Ibu boleh naik LRT, teksi, Grab. Luqman jangan risau. Jom makan. Ibu ada masak kegemaran Luq", dia cuit pipiku dan mengelap air mataku. Kurang ajar punya Along. Betina tak sedar diri !
"Ya. Aku dah dapat geran kereta ni. Memang atas nama aku. Ya. Aku tahu", Mila meninggalkan rumah Ibunya dengan kereta yang baru sahaja dia 'rampas'. Laju kereta keluaran Jerman itu meluncur pergi.
*****
"Sedapnya yong tau foo", Daniel berselera. "Makanlah. Abang belanja", Imran mencuit pipi Daniel perlahan. Sarah pun makan dengan penuh selera. "Makan banyak banyak", Imran keriangan. Baginya, melihat adik adiknya gembira pun sudah cukup menghiburkan hatinya. "Banyaknya abang beli nih", Sarah bercakap sambil mulutnya penuh dengan makanan. Semua di kedai itu memandangnya kerana geli hati. Imran tergelak. "Abang tunggu abang hensem tu eh ?", Daniel mengusik. Imran menggeleng laju, pipinya terasa berbahang. Tiba tiba dia ternampak sesuatu di hujung jalan sana.
"Kau kenapa ?!", aku tarik tanganku. "Hoi ! Kau biadap eh tadi ! Aku tahu kau berani sebab depan Ibu kan ?! Sekarang perempuan tu dah takde. Engkau !", dia tarik tanganku semula. "Lepaskan aku lah sial !", aku tolak dia. "Kau jangan macam macam eh ! Kau jangan apa apakan ibu !", aku tunding jari pada mukanya. "Hei, aku tak berminatlah dengan dia. Aku cuma nak geran tanah rumah tuh, itu rumah arwah bapak aku. Faham ?", dia meroyan. "Tak cukup lagi ke kau ambil kereta ? Motor ? Sekarang rumah kau nak juga. Hei, sepungut pungut aku pun aku tahu balas budi ibu. Kau ?!", air mataku hampir mengalir. "Anak haram !", tangannya laju nak menampar aku, "Hoi !", suara yang aku kenali bergema. Tangannya menahan tamparan perempuan itu. "Kau siapa ?!", Along menolak Imran. "Kau tu siapa ? Meroyan semacam aku nampak. Kau kacau dia lagi aku pijak kau !", Imran menunjukkan penumbuk pada Along. "Kau siap !", dia mengugut aku sebelum pergi, "Hoi ! Betina ni nak mampos ke ?", Imran acah acah untuk menendangnya. Aku bangun perlahan. Imran menolongku. "Luq ... Luq okey ?", dia menepuk nepuk seluarku. "Okey. Terima kasih abang sebab tolong Luq", aku memeluknya ketakutan. Badanku menggigil. Imran memelukku juga. "Shh... Aku .. ada", dia menepuk nepuk kepalaku.
"Makanlah abang", Daniel menghulurkan secucuk fishball padaku. Aku ambil perlahan. "Terima kasih sayang", aku cubit pipinya perlahan. "Makanlah Luq, aku belanja", Imran tersenyum. Aku tenang melihat wajahnya. Aku rasa selamat. "Apa Luqman buat dekat situ malam malam. Bahayalah", Imran sambung mengunyah. "Luqman cari abang. Yusri kata abang kerja kat kedai buah tu", aku tertunduk malu. "Oh. Kedai tutup awal. Aku nak belanja kau makan , tapi aku lupa yang aku tak ambil pun nombor kau", dia tersengih. Hatiku berdegup pantas. "Jangan datang situ lagi kalau malam malam. Nanti aku bagi nombor telefon, kalau nak tanya apa apa call je, jangan datang sini. Bahaya", dia pegang tanganku. Aku angguk perlahan. "Abang, abang lagi handsome dari abang Yusri", Sarah berbisik. Aku tergelak kecil.
"Ibu jaga diri baik baik tau. Ya, Luq jaga diri elok elok. Ibu pun. Sayang Ibu", aku mencium telefonku banyak kali. Aidil datang membawa kapas dan ubat. "Beb, kau kena buat laporan polis. Dia serang kau", Aidil risau. "Aku okeylah, aku cuma risaukan ibu aku", wajahku cemas. "Beb, in shaa Allah, she'll be okay", dia lap wajahku yang berpeluh. "Doa pada Allah, Dia Maha Menjaga", Aidil memelukku. Aku balas pelukan kawan baikku.
Bersambung ...
YOU ARE READING
Aku Jatuh Cinta 🍀
RomanceSebagaimana hujan dan dingin itu hadir tanpa terduga begitu juga cinta dan rinduku.