"Tak bahaya ke ?", Ibu memandang aku. Aku geleng. "Ibu janganlah risau, Luq dah tanya abang tu, kata mereka selamat", aku cium pipi Ibuku. Dia angguk perlahan."Jangan balik lewat sangat, nanti kena embun", dia menyisir rambutku. Aku tergelak kecil. Walaupun umur aku dah menginjak 21 tahun, Ibu tetap layan aku macam kanak kanak.
"Yusri", dia hulurkan tangannya mesra. "Luqman. Panggil Man je. Hehe", aku sambut salamnya. "Abang ...", "Yusri. Nampak tualah kau panggil aku abang", dia gelak kecil . Aku angguk perlahan. "So, apa aku boleh tolong kau ? Cakap jelah", dia kelihatan sibuk memunggah baju baju dari dalam kotak. "Saya , eh .. Man ... Aku ... Errr", aku keliru nak bahasakan diri aku sebagai apa, "Aku jelah", dia tergelak kecil, okey, comel. Haha. "Aku nak cari responden. Bahan untuk assignment aku. Kau kenal tak sesiapa yang kerja dalam usia muda kat sini ?", aku berdiri di hadapannya. Yusri termenung lama, memikirkan sesuatu. "Oh tahu, aku kenal seorang. Malam ni mungkin dia datang. Kau tunggu jelah. Sambil sambil tu kau boleh je tanya orang orang yang datang sini, atau tanya team aku. Kitorang okey je", dia menepuk bahuku. Aku tunduk tanda hormat.
"Kamu kos apa kat universiti tuh ?", soal Hazman, kawan kepada Yusri. Saja kami berborak kosong, "Sains Sosial", aku tersenyum. Mereka sekalian mengangguk. "Tapi Sarah nak yang ini", rengek seorang gadis kedengaran. Aku berpaling. "Aku nak lah !", kedengaran suara yang seorang lagi. Di sisinya ada seorang jejaka tinggi, tak dapat aku tangkap wajahnya kerana dia membelakangi aku. Yusri mendekati mereka. Aku teruskan perbualanku, tak aku hiraukan mereka. Tiba tiba bahuku dicuit. Aku berpaling lagi. "Man, ini lah yang kau cari", Yusri menunjukkan ke arah jejaka itu. "Umur dia 24, anak yatim piatu, dari dia umur 17 dia dah jaga adik adik dia, mungkin dia boleh tolong kau", Yusri tersenyum. Aku angguk perlahan. Aku dekati jejaka itu. "Err... Assalammualaikum", kataku perlahan. Mungkin dia tak dengar, ralit bercakap dengan seorang anak kecil, mungkin adiknya. "Abang ... Err .. Awak", aku cuit bahu tingginya. Dia berpaling. Jantungku berdegup laju. Mataku terus menikam matanya dalam. Aku menelan air liur. Aku tergamam. "Ya ? Nak apa ?", wajah maskulinnya berkerut. "Saya ...", aku gelabah. "Abang, abang ni siapa ?", auara kecil comel kedengaran. Aku pandang ke bawah. "Nama abang Luqman, abang datang nak buat kajian", aku cuit pipinya. "Kajian tu apa ?", dia memandang jejaka itu pula. Jejaka itu hanya menyuruhnya diam. "Kau nak kaji apa ?", suaranya dingin. "Nama saya Luqman", aku hulur tanganku. "Imran", dia salam aku perlahan. "Abang Imran, saya perlukan abang jawab beberapa soalan saya", aku mengeluarkan beberapa borang, "Aku tak pandai bahasa Inggeris", dia pandang aku lama. "Jangan risau, saya ada yang bahasa Melayu", aku hulurkan borang yang lain. Dia menjawab borang itu tekun. Aku perhatikan dirinya. Wajahnya, tubuhnya, aku menelan air liur. Cepat cepat aku larikan mataku. "Nah", dia hulur semula borang itu. "Terima kasih abang", aku tersenyum. "Kalau saya nak temu ramah boleh ?", aku tersenyum, belum sempat aku mengangkat kepalaku dia dan adik adiknya sudah pergi jauh. Aku mengeluh perlahan. "Dia memang macam tu Man, jangan ambil hati ya. Kalau dah rapat okeylah", Yusri tersengih. Aku angguk perlahan.
*****
"Dia tall, dark and handsome", aku teruja. Aidil tergelak besar. "Kau ni, semua pun handsome", dia menyikat rambutnya. "Tak. Aku serius ! Kau kena tengok", aku pegang bahunya. "Whatever bitch, aku nak pergi kelas ni. Kau jangan kacau hidup aku dengan dakyah kau. Aku suka perempuan je", katanya selamba. "Acahlah kau, habis tuh kau keluar tiap tiap malam dengan si Min Jun tu apa ? Tunggul ke Min Jun tu ?", aku mengusik. "Hey .. Eii. Aku chaw !", dia keluar dari bilik asrama kami. Larilah tu. Hahaha.
"Siapa semalam tu ? Tak pernah nampak pun", Imran mengunyah nasi perlahan. Yusri tergelak kecil. "Itu budak universiti, junior kawan aku, dia nak buat tajuk assignment", Yusri meneruskan suapannya. "Nak kaji aku ?", Imran tersengih. Yusri mengangguk perlahan. "Apalah menariknya aku ni nak kaji", dia menggeleng. Yusri tersenyum manis melihat jejaka itu.
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Mana aku nak cari dia ni ? "Haha, baliklah Man. Aku rasa dia tak datang malam ni", Hazman menyusun makanan dan baju baju untuk diberikan kepada mereka yang perlu. "Tak boleh, aku kena cari juga. Setakat ni dia je yang okey untuk aku temuramah", aku mengeluarkan borang temu ramah aku, "Nak tanya apa ?", "Oh mak kau meletup", aku melompat terkejut. Imran tergelak. Comelnya. Pipiku memerah. "Maaf semalam. Aku penat, kau nak tanya apa ? Harini aku free. Adik adik aku pun aku hantar mengaji dah tadi lepas Isya", dia duduk di sebelahku. Bahang badannya terasa. Jantungku berdegup laju. Sabar ... Sabar ... "Ha, tanyalah. Kenapa senyap ?", dia mencuit perutku. Aku tergelak kecil. "Abang ... Dah lama kerja ?", aku mulakan. Dia mula bercerita tentang soal hidupnya. Dari dia umur 17 tahun dia terpaksa lupakan hasrat untuk ke universiti, walaupun keputusan SPMnya sangat cemerlang, macam macam dia ceritakan. Aku terkesima dengan ketabahan dia hidup. "Abang ... Takde sedara mara lain ?", aku teragak agak nak bertanya. "Orang miskin Man, siapa nak mengaku sedara ?", dia mengeluh berat. Aku memegang tangannya, "Kita semua saudara", aku tersenyum. Mataku berair. "Kau janganlah drama Melayu sangat. Aku okey jelah", dia tarik tangannya perlahan. "Okey lah Man, lama dah aku kat sini. Takut risau pula adik adik aku nanti. Aku balik dulu", dia berdiri. Aku turut berdiri. "Nak ikut boleh ?", aku tersengih. "Nak buat apa ?", Imran hairan. "Nak jumpa Daniel dengan Sarah", aku beralasan. Dia angguk dan menarik tanganku mengikutnya. Ibarat elektrik mengalir dalam diriku. Aku ikutkan sahaja.
Bersambung ...
YOU ARE READING
Aku Jatuh Cinta 🍀
RomanceSebagaimana hujan dan dingin itu hadir tanpa terduga begitu juga cinta dan rinduku.