"Luq ?", Aidil menegurku yang termenung lama. "Ya Abang ?", aku berpaling. "Abang tengkorak kau. Kau ni, angau sangat dengan Imran tu kenapa ? Apa yang dia dah sihir kau ?", Aidil tergelak besar dan berbaring di sebelahku. Hari cuti memang beginilah rutin kami berdua, menghabiskan masa bersama dalam bilik. Aku mengeluh perlahan. "Entahlah Aidil, aku rasa macam ...", aku gigit bibirku. "Macam apa ?", Aidil tergelak kecil. "Macam kau suka dia ? Macam kau jatuh cinta dengan dia ? Kau ni memang tak pernah serik eh Luq ? Kau ingat tak dulu waktu kau suka dekat abang senior kau tu, lama lama dia tinggalkan kau kan ? Rupanya dia rapat sebab nak pergunakan kau sebab nak dapatkan Alia . Lupa ?", Aidil mengungkit kisah lama. Aku berdecit. "Kau ni, itu lain. Itu dia yang menggatal dengan aku ...", aku tertunduk. "Luq ... Kadang kadang bukan dia yang menggatal dengan kau, lelaki ni datang pada kau dalam niat tak ada hati atau fikiran langsung nak jadikan orang macam kita ni teman hidup what so ever, sebab mereka suka perempuan. Kau dan aku adalah lelaki", Aidil memandang wajahku dalam. Aku geleng, "Habistu kau dengan Min Jun tu apa ?", aku tak puas hati. Aidil tergelak besar. "Kau ni ... Aku kan satu group dengan Min Jun, dia memang selalu 'tempah' aku awal awal satu kumpulan dengan dia apa apa assignments pun, sebab dia kata aku rajin. Plus, rumah aku dekat dengan dia kat Johor tu, itu yang aku rapat. Not more than that ... Aku sengaja mengusik kau pasal aku rapat dengan Min Jun, kami kawan jelah. Lagipun dia dah ada awek", Aidil menerangkan satu per satu. Aku serabut, "Pernah tak kau suka dia ?", aku menanti jawapan jujurnya. Dia angguk. "Siapa je tak suka Min Jun ? Baik, comel, pandai. Tapi ... Aku tahu yang mustahil aku nak dapatkan dia, aku ni lelaki, dia lelaki ...", kedengaran agak sayu ton suaranya. "Aku tak minta suka lelaki pun Aidil ..", aku menunduk. "Kadang kadang aku benci diri aku. Kenapa aku cari kebahagiaan dengan dosa ?", air mataku sedikit mengalir. Aidil memelukku perlahan. "Sebab Allah nak uji kau, Dia tahu kita kuat", Aidil mengelap air mataku. "Thanks sudi kawan dengan gay macam aku", aku tergelak besar. "Chill Luq, aku faham kau. Aku pun macam kau", Aidil pula yang mengalir air mata. Kami berdua tergelak besar.
Imran menyapu rumahnya perlahan. Fikirannya bermainkan sesuatu, teringatkan seseorang. Dia menggeleng perlahan. 'Tak boleh ... Jangan ...', dia bermonolog dalam dirinya. "Abang ... Lapar", Daniel merengek. Imran tersedar dari lamunannya. Dia mengerling jam yang tergantung elok di dinding rumah, patutlah, sudah jam 12 tengah hari, dia terleka sampai lupa untuk memasak, "Sayang tunggu sekejap eh, abang masak. Sekejap je", Imran mencuit pipi adiknya. "Abang ... Sarah kan tak bangun bangun lagi. Kenapa ya ?", Daniel mengadu lagi. Imran sedikit panik, berlari anak dia ke bilik untuk memeriksa Sarah. Dahinya berpeluh, panas. Imran mengangkat adiknya perlahan, "Daniel ... Tunggu sekejap ya, abang ke klinik", dengan pantas dia beredar. "Tapi ... Daniel lapar ...", dia mengeluh. Telefon bimbit abangnya dia pandang, akal pintarnya mula memproses sesuatu.
"Jom makan kat tempat selalu tu", Aidil menyikat rambutnya. Aku geleng. "Hari cuti macam ni ramailah Aidil. Kita makan kat kafe kolej je lah. Aku tak rasa nak makan luar. Malas", aku menyarung bajuku. Aidil memandang aku dengan wajah divanya, "Hey perempuan, aku ni diva. Mana makan tempat macam tu. Eww, jijik", dia berlagak persis mak Datin drama Melayu jam 7. Aku campak bantal ke wajahnya, disambut gelak tawa. Telefon bimbitku berdering, hatiku berdegup kencang, namanya terpampang. Abang Imran 💕 ... "Hoi, tu telefon kau tu, angkat", Aidil memecahkan anganku. Aku geleng dan menekan butang hijau. "Assalammualaikum abang, kenapa?", suaraku aku perlahankan. Aidil duduk disebelahku dengan riak wajah tertanya tanya, "Daniel lapar .. ? Abang mana ? Hah ? Pergi klinik ? Abang sakit ke ? Sarah demam ? Laa ... Kenapa abang Im tak call abang ? Takpe ... Daniel tunggu eh, abang datang teman awak. Okey, kejap ya sayang", aku mematikan talian. "Aidil .. Sorry, aku kena teman Daniel. Lagipun budak tu lapar", aku monyokkan wajahku, sebab pada asalnya aku yang ajak Aidil makan bersama. "No problem lah beb, nak ikut boleh ?", Aidil menayangkan wajah sinarnya. "Boleh. Jom", aku ketawa kecil.
"Abang !", Daniel memeluk kakiku erat. Aku tergelak kecil. "Iya sayang, lapar eh ? Kesian awak. Jom makan, abang ada beli nasi", aku usap kepalanya. Aidil pun melangkah masuk tanpa banyak bicara. Dia memandang rumah Imran sekeliling. "Bersih, pandai abang awak jaga rumah", Aidil mencuit pipi Daniel. "Akak ni siapa ?", dia berpaling kepada aku. Aku tergelak besar, memerah pipi Aidil. "Abang lah, nama abang Aidil. Kenapa panggil akak ?", Aidil geram. "Sebab muka abang macam perempuan", Daniel tersengih. "Daniel, klinik abang Imran pergi jauh tak ?", aku menuangkan lauk ke dalam mangkuk perlahan. "Bawah tu je, kenapa ?", dia membuka polisterin berisi nasi putih. "Err . Aidil, kau jaga Daniel kejap, aku nak cari abang Imran", aku berbisik pada Aidil. Aidil angguk perlahan.
"Semua sekali RM 75", kata juru farmasi itu, Imran mengira ngira wangnya, dahinya turut berpeluh. Masih kurang RM 10. "Ermm. Boleh tak pilihkan ubat yang betul betul perlu sahaja, sebab saya bawa kurang duit ni", wajahnya memerah kerana malu. Wajah juru farmasi itu berubah serba salah, "Berapa cik ?", aku berdiri di sebelahnya. "RM 75", dia ulang sekali lagi. Aku hulurkan not RM 100, wajah Imran kaget melihat aku. "Luq ..", suaranya sebak. Aku berpaling menghadap dia, "Nanti abang dah gaji, abang bayarlah. Luq okey", aku tersenyum manis. Dia angguk perlahan.
"Abang malu dengan Luq", dia yang mendukung Sarah aku kerling perlahan. "Kenapa ?". "Sebab Luq banyak tolong kami", dia menunduk. Aku geleng perlahan. "Taklah, Luq tak tolong abang", aku nafikan. "Allah yang tolong abang", aku senyum memandang wajah tampannya. Dia angguk perlahan. "Allahu, Daniel kata dia lapar tadi. Abang terus keluar lupa nak masak untuk dia dulu", langkahnya dia lajukan. Aku pegang lengannya, "Eh. Jangan risau, Luq dah belikan makanan untuk dia. Kawan Luq ada temankan dia", aku ketawa kecil. "Terima kasih Luq ...", matanya sedikit berkaca. "Sama sama abang", aku ambil Sarah darinya dan mendukung anak itu pula.
****
"Patutlah kau angau, haih ...", Aidil menyedut airnya perlahan. Aku ketawa kecil. "Dia baik ... Dia handsome ... Dia tinggi ... Dia pandai jaga adik adik", Aidil bermain dengan jarinya. "Hei, jangan lebih lebih eh", aku ketawa kecil. Suaraku mungkin sedikit kuat menyebabkan semua di kafe kolej kami melihat aku. "Taklah. Aku gurau je. Aku bukan jenis 'sailang' member", Aidil ketawa kecil. "Dia baik ...", aku bermain dengan straw di gelasku. "Sangat. Aku doa kau tak bersama dia", Aidil menyedut airnya selamba. Aku memandang dia tajam, "Kenapa kau cakap macam tu ?", Aidil mengeluh. "Sebab kalian orang baik. Aku tak nak kau terjebak macam aku ni", Aidil mengusap kepalaku. Aku menundukkan kepalaku. "Aku cuma nak bahagia", kataku sedikit sebak. "Ibu kan ada", Aidil mengelap air mataku. "Takkan aku nak cerita semua benda pada Ibu ? Aku nak juga merasa jatuh cinta, dicintai, mencintai", aku pandang Aidil bersungguh. Aidil geleng, "Kau menyemai padi di atas pasir". Kata katanya menikam ...
Bersambung ...
YOU ARE READING
Aku Jatuh Cinta 🍀
RomanceSebagaimana hujan dan dingin itu hadir tanpa terduga begitu juga cinta dan rinduku.