"Teha", Imran melambai lambai dari jauh. "Abang !", Teha melambai kembali. Keluarga Teha matanya semua menghala ke arah Imran. "Nasib baik abang sempat. Dari kerja abang terus datang sini nak jumpa Teha", Imran mengelap peluhnya. "Teha hargai sangat abang datang. Nah", Teha hulurkan sebuah kotak kecil. "Apa ni ?", Imran mengambilnya segan, "Hadiah dari Teha. Buka bila Teha dah naik kapal terbang tau. Janganlah sekarang, Teha malu", Teha tertunduk. "Teha ! Your flight. Cepat, nanti you lambat", terdengar suara ibu Teha. Teha angguk laju pada ibunya. "Abang ... Tunggu Teha tahu ? Teha sayang abang", katanya ikhlas. Imran angguk laju. Teha berjalan dengan langkah yang berat, segera ibunya meragut tangan anak daranya dan berpesan sesuatu. Teha memandang Imran dengan mata yang berair. Imran hanya memerhatikan gelagat dua beranak itu, disamping mereka seorang lelaki tua yang agak segak, ayahnya mungkin. Teha melambai ke arah Imran, Imran lambai kembali. Lalu dia lambai kedua orang tuanya sebelum hilang dalam kesesakan manusia yang berpusu pusu untuk ke tujuan yang sama. Dua orang tua Teha berlalu untuk pergi, Imran menuju ke arah mereka, "Assalammualaikum, aunty, uncle", tangannya dia hulur. Langkah kedua mereka berhenti. "What's on her mind ? Waiting for this man ?", ibunya memandang sinis. "I don't think so, our baby deserves better", jawab suaminya dan berlalu pergi. Imran ternganga. Salam dan sapaannya tak dihiraukan. Hatinya sedikit terluka. Perlahan dia masukkan tangannya ke dalam poket dan berlalu pergi. Telefonnya berdering lagi, nama aku tertera. Dia matikan telefon itu dan berlalu pergi.
"Why ? Kenapa muka you macam tu ?", ibu mencuit pipiku. "Dia tak angkat", wajahku cemberut. "Dia atas motor lah tu sayang, sabar okey ?", ibu optimis. Aku iyakan sahaja. Tiba tiba telefonku berdering. Satu pesanan aku terima.
Abang Imran 💕 : sorry luq. Abg xdtg.
Aku tergelak kecil. Telefonku aku hempas ke meja perlahan. "Ibu, jomlah makan. Membazir je ibu masak. Dia tak jadi datang", Air mataku aku tahan. Ibu sedikit kaget. "Takpelah Luq, abang Im sibuk tu. Mungkin dia ada hal ke. Takpelah, Luq panggillah Aidil. Makan sama", Ibu mencuit pipiku. Aku angguk perlahan, mulutku memahit, tanda air mataku akan mengalir. Dan ya, air mataku berderai tak mampu aku tampung lagi, "Ibu, Luq ke tandas kejap", suaraku sebak. Ibu berpaling, aku sudah tiada.
*****
Perlahan motorku aku berhentikan di kafe itu. Wajahku aku cuba maniskan. Imran kelihatan sugul dan murung. Aku dekati dia. "Abang", aku cuit pinggagnya. Dia sedikit terkejut dan tersenyum. "Luq ... Abang nak minta maaf sebabkan semalam ...", belum sempat dia habiskan ayatnya aku sudah tergelak kecil, "Takpelah abang. Luq tak ambil hati pun, Ibu pun okey je , dia faham, abang kan dari KLIA, nak rushing pergi rumah Luq, jauh", aku berbasa basi cuba mengawal riakku. "Luq .. Abang nak terus terang boleh ?", wajahnya masih begitu. Aku tegakkan dudukku. Aku angguk perlahan. "Sebenarnya ... Abang tak selesa dengan Luq. Sebab Luq manja sangat dengan abang. Boleh tak Luq layan abang macam Luq layan Yusri ? ", air mataku mengalir. "Cukup", aku angkat tanganku. "Terima kasih Imran, terima kasih pernah datang dalam hidup aku. Cukup sampai sini, aku takkan peduli pasal kau lagi. Aku doa kau bahagia dengan Teha", aku bingkas bangun, tanganku dia ragut, "Luq ... Sabar", Imran memegang bahuku, perlahan tanganku aku tolak tangannya. "Imran, aku mengaku. Aku cemburu tengok kau dengan Teha, aku suka pada kau, aku sayangkan kau, aku tak minta apa apa pun dari kau. Aku .. Aku minta maaf kalau kau bukan macam aku, suka sesama lelaki, ahli neraka macam aku tak layak dengan kau, sudahlah Imran. Jangan cari aku, aku takkan cari kau, aku anggap kau dah mati. Dan anggaplah aku dah mati juga", aku tahan air mataku dengan suara bergetar isi hatiku aku luahkan. Dia diam tanpa suara. Aku bergerak ke motorku. Laju motor merahku membelah jalan menuju entah ke mana. Air mataku mengalir semahu mahunya. Imran hanya berdiri mengeluh perlahan, perlahan air matanya turut menitis.
7 TAHUN KEMUDIAN
"You ...", aku mengangkat kepalaku. "Ya ?", aku tersenyum manis. "Janganlah pandang macam tu", dia malu. Aku tergelak kecil. "Okey okey, I tak pandang", aku tutup mataku. "Eii sayang !", dia pegang tanganku. "Apa ?", aku mengeluh manja. "Ibu you telefon tadi masa you tidur. I angkat, telefonlah dia semula, dia nak you balik tu", dia mengemas bajuku ke dalam beg. Aku gosok mataku. "What time is it ?", aku raba raba untuk mencari telefonku. "10 am. Bangunlah, I dah masak sarapan, you makan, you balik", dia elus pipiku. "Thanks sayang", aku cium pipinya.
"Haa Luq. Puas ibu call. Baru nampak muka. Semenjak dah besar ni, mana nak balik jumpa ibu dah", aku peluk ibuku perlahan. "Mana ada ibu, haha. Luq sibuk sikit", aku duduk di sofa rumah kondo ibu. "Tadi ibu call, Firdaus yang angkat, Luqman duduk rumah dia ke ?", ibu pandang aku lama. Aku angguk perlahan. "What's wrong ? Where is your house ?", tanyanya sinis. Aku tergelak kecil. "Ibu, jom sarapan, Luq lapar", aku peluk ibuku seperti dulu dulu. Dia tergelak kecil dan mencium pipiku. "Fine, let's go", dia bergerak ke dapur. Aku mengeluh lega dan mengikut langkahnya.
"A letter, from Putrajaya", Aidil hulurkan surat kepadaku. "What is this ?", aku ambil surat itu perlahan. "No idea. Eh beb, apa kisah kau dengan Daus ?", Aidil menarik meja untuk duduk di depanku. Aku tergelak kecil. "Okay. Sama je macam 5 tahun dulu. He's still sweet, charming, and hot like before", aku tergelak mengenangkan buah hatiku. "Nonsense. Dia tu tua 3 tahun dari kau, kenapa kau tak panggil abang?", Aidil aneh. "That is so conservative. Dia tak nak. Just call him sayang. Tu dia minta", aku kemas kemaskan barangku untuk pulang. "Ye ke ? Or, sebab kau dah serik dengan cinta lama kau ?", dia mengusikku. Aku jeling dia lama. "Sorry, joking. Tu, baliklah, Sayang kau dah tunggu. Jangan lupa baca surat tu. Manalah tahu kau naik pangkat ke", dia tergelak dan pergi. Aku geram, pandai pandai nak cakap pasal lelaki yang dah lama mati tu.
"Terima kasih, datang lagi", dia mengambil duit itu dan memasukkannya perlahan ke dalam poket. "Abang, jom makan", Sarah datang meletakkan mangkuk tingkat di atas meja rehat mereka. Imran memandangnya perlahan lalu teringatkan seseorang yang dia sangat rindukan. "Abang ... Kenapa termenung ? Jom, makan", Sarah menarik tangan abangnya perlahan. "Kakak kamu mana ?", kepala Sarah dia usap, Sarah kini sudah jadi anak dara, bijak orangnya, pandai berdikari. "Dia ... Dia keluar tadi lepas gaduh dengan abang Daniel", Sarah buka mangkuk itu satu per satu. "Gaduh lagi ? Pasal apa pula kali ni ?", Imran mengeluh. "Bini abang tu lah, membebel apa entah. Menyampah", Sarah mencedokkan nasi pula. "Sarah ... Itu kan kakak ipar Sarah", dia menegur. "Isteri abang. Takde kaitan dengan kami. Abang lupa apa dia buat dulu ? Dia halau kita tau. Harini datang rumah meroyan minta itu ini, bila abang nak ceraikan dia ?", Sarah membebe lagi. Imran hanya mengeluh berat.
*****
"You", Firdaus mengusap tanganku. "Yes abang ? Why ?", aku tersedar dari lamunanku. "Abang ? Since when you start panggil I abang", Firdaus tergelak kecil dan mencium pipiku. Aku geleng. "Ter, kenapa ? You lapar ke ?", aku bermain dengan bulu keningnya. Dia geleng. "You ada masalah ke ?", dia bangkit dari baringnya dan memandangku perlahan. Aku geleng perlahan. "No sayang. No worries", aku cium bibirnya lama. "I'm thinking of to take Ibu jumpa parents I. You okay ?", dia tersenyum manis. Aku matikan senyumanku. "Err sayang, you know that my ibu bukan macam parents you kan ? She's not that open", aku risau. Firdaus gelak besar, "Don't worry Luq sayang, Abang will tell them", dia mencium pipiku lama dan memelukku semula. "But before that, another round please ?", dia memainkan jarinya di pinggangku, aku berdecit. "That will be the third time for this night. I penatlah sayang, esok kerja", aku tolak tangannya. "Just relax, I will do the rest", dia cium leherku. Aku relakan sahaja.
Bersambung ...
YOU ARE READING
Aku Jatuh Cinta 🍀
RomanceSebagaimana hujan dan dingin itu hadir tanpa terduga begitu juga cinta dan rinduku.