Part 15

41 3 0
                                    

Harini adalah hari terakhir Hana mengambil peperiksaan. Lega di hatinya , kerana sudah habis. Sesudah habis menjawab Hana kini mengumpulkan alat tulisnya dan mencapai beg sekolahnya itu terus saja dia menangkat punggungnya dan berlalu keluar dari kelas.


Hana mengeluarkan telefon pintarnya. Niatnya ingin melihat ig sebentar tapi terbantut apabila mendengar suara yang cukup dibenci tapi sayang yang sedang memanggil namanya.


"Hana ! Kau dah nak balik ke ?" Tanya Ji ho yang masih termengah-mengah kerana sibuk mengejar Hana sebentar tadi.


"Haah. Apahal ?" Itu saja yang keluar dari mulutnya.


"Jom cafe ?" Tanya Ji ho sambil mengangkat kedua dua keningnya menurun dan naik.


"Ala malaslah." Balas Hana sambil menyambung kerja yang terbantut itu. (Tgk ig)


"Ala weh , jomlah. Harini kan hari terakhir kita habis periksa. So aku nak kita kena something yang manis , sedap sebelum menempuhi peperiksaan lain pula. Please." Dah mula dah puppies eyes Ji ho keluar.


Hana hanya mengeluh panjang , ya dia tahu kawannya itu stress menjawab subjek yang paling dibenci. Akhirnya Hana mengangguk menandakan setuju.


"Okey. Aku ajak Hyun juga." Kata Hana. Ji ho sudah seperti kanak-kanak riang melompat lompat.

~~~~~~


Di cafe ~


Sesudah punggung mereka melabuh ke kerusi yang disediakan , tetiba mata mereka melihat satu susuk tubuh yang sedang berjalan ke arah meja mereka.


"Ya mahu oder apa ya ?" Tanya pelayan itu.


"Hana ? Kau nak apa ?" Tanya Ji ho. Hana hanya buat signal tanda apa apa saja. Hyun memesan makanannya begitu juga Ji ho. Dalam gelak ketawa itu , tiba-tiba Hana terdengar seseorang masuk ke dalam kedai tersebut.


Secara spontan Hana memandang gerangan tersebut. Dia perasan bahawa budak itu satu sekolah dengannya. Anak mata Hana juga perasan kawan budak tersebut dia lekang memanggilnya.


"Kyah ~ Han Bin. Sini !" Panggil kawannya sambil melambai tangan. Namun budak itu hanya memandang Hana selepas dia masuk ke dalam kedai itu.


Hana hanya memandang kosong ke arahnya terus saja matanya memandang ke dua arah sahabat di hadapannya itu. Hana perasan lelaki itu sudah pun berlalu pergi ke kawannya.


Sedang Hana leka berborak kosong dengan mereka tiba tiba telefon Hana berdering. Laju saja tangannya slide ke kanan untuk mengangkat panggilan tersebut.


"Hello ?"


Namun tiada jawapan daripada panggilan tersebut. Hana mengulang perkataan 'hello' berkali-kali tapi tiada jawapan. Akhirnya Hana give up dia meletak panggilan tersebut.


"Siapa Hana ?" Tanya Hyun yang baru saja balik dari bilik air.


"Entah. Dia call aku , tapi bila aku hello tak ada jawapan. Senyap." Jelas Hana kepada Hyun.


"Ei. Creepy" itu yang keluar dari mulut Ji ho.


Hana hanya mengabaikan perasaan takut + pelik terhadap nombor tersebut.


Sekali lagi , telefon Hana berdering. Lantas dia mengangkat tanpa melihat nama atau nombor yang tertera di skrin itu.


"Hello. Maaf saya rasa awak salah nombor." Terus saja Hana bercakap begitu.


"Erh Hana. Ni saya. Jungwoo." Kini suara itu bersuara.


Terkejut Hana , apabila dia melihat balik di skrin telefon itu tertera ,


Jungwoo ♡


Terus saja Hana menampar dahinya selepas dia meletakkan kembali telefon di telinganya. Dia juga membuat signal kepada Hyun dan Ji ho menandakan telefon penting.


Hana melangkah keluar dari kedai. "Maaf , saya tak perasan ni nombor awak." Jelas Hana


"Oh. Takpa , by the way tadi kenapa awak cakap salah nombor ?" Tanya Jungwoo.


"Oh tak tadi ada orang call saya , bila saya angkat dia tak jawab. Saya rasa dia salah nombor." Jelasnya lagi.


"Oh i see. Hana tengah buat apa ?" Tanya Jungwoo.


"Oh ? Hana dekat cafe. " jelasnya lagi.


"Dua orang tu kawan Hana ke ?" Pertanyaan Jungwoo membuatkan dahi Hana berkerut. Macam mana dia tahu.


"Haah. Bestfriend" balasnya sambil menyepak batu-batu kecil di tepi jalan.


"Awak bosan ke cakap dengan saya sampai sepak batu-batu tu ?" Lagi sekali pertanyaan tu buatkan Hana tertanya tanya.


Terus kepalanya melihat kiri kanan , tiba-tiba matanya melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di seberang jalan , dengan pakaian serba hitam serta mask hitam.


"Tu awak ke ?" Tanya Hana untuk kepastian.


"Ya tu saya." Balas Jungwoo sambil melambai tangan ke arah Hana.


Hana tersenyum melihat pujaan hatinya secara depan depan lagi.


"Awak buat apa dekat luar ni ? Nanti orang boleh cam awak lah Jungwoo." Tanya Hana.


"Saja. Tadi saya singah beli something , pastu saya nampak awak dekat cafe tu." Jelas Jungwoo.


"Ohh. Eh awak pergilah balik. Nanti ada orang cam awak." Balas Hana sambil membuat signal pergi.


"Baiklah. Saya balik dulu. Bye" balas Jungwoo sambil melambai ke arah Hana. Hana pun membalas dengan melambai.


Terus saja dia meletak panggilan tersebut dan melangkah masuk ke dalam dan melabuh punggung ke kerusinya tadi.


"Siapa kau lambai tadi tu Hana." Tanya Hyun.


"Erh , tu ? Abang aku." Balas Hana dengan gaya 'chill'


"Eh ? Abang kau dah balik sini ?" Tanya Ji ho.


"Haah. 3 hari lepas dia balik sini. Tapi nanti dia kena balik US balik." Jelas Hana.


"Ohh faham faham" serentak di balas oleh Hyun dan Ji ho.

"Eh , tapi asal abang kau pakai pakaian macam tu ?" Tanya Ji Ho yang kini sedar akan dari segi pemakaian tersebut tidak lepas seperti artis.

"Entah. Dia tu kan pelik sikit." Hatinya bercelocak penuh dengan gementar kerana ingin menjawab soalan daripada Ji Ho.

You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]Where stories live. Discover now