Tiba-tiba Hana memegang perutnya. Tersakit ya amat. Dia mula rasa sedikit lemah.
"Hana ? Awak tak apa-apa ke ?? Awak sakit perut ke ?" Soalan cemas telah pun ditanya oleh Jungwoo.
"T--tak , saya okey." Jawab Hana. Kini dia sendiri tak pasti dirinya baik atau tidak.
"Mari , saya hantar awak balik." Balas Jungwoo sambil memegang lengan kanan Hana untuk bangun dari kedudukkan mereka sekarang. Namun , Hana menolak tawarannya itu.
"Takpa saya okey. Jom." Kata Hana sambil menepis perlahan tangan Jungwoo tadi.
Hana mula bangun berdiri baru saja selangkah dia berjalan perutnya kini makin sakit sehingga dia sendiri tidak dapat menampung keseimbangan badannya akhirnya dapat juga di sambut oleh Jungwoo.
~~~~~~
"Kepala dengan perut aku sakit. Aku dah , tak mampu nak tahan sakit ni." Matanya terasa berat , pandangannya samar-samar terus menjadi
Gelap.
~~~~~~
"Hana ?! Hana ?!" Panggil Jungwoo yang kini menepuk pipi kiri Hana dengan perlahan.
~~~~~~
Di hospital ~
Nasib saja tadi ada orang nampak keadaan mereka berdua di situ dan terus menelefon ambulance. Mask mulut yang di pakai oleh Jungwoo itu masih belum terbuka.
"Nurse tolong kawan saya nurse. Saya mohon." Kata Jungwoo sambil mengikut menolak katil menuju ke bilik kecemasan.
"Sabar encik. Sila tunggu diluar." Jawab nurse itu sebelum bergegas masuk ke dalam ruang itu.
Jungwoo. Dia mundar mandir ke sini sana. Dia takut. Tiba-tiba dia teringat pasal tadi , Hana yang baik-baik saja tergelak , tersenyum riang dengannya. Sekarang kawannya berada di dalam ruang kecemasan yang dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi.
Selepas 30 minit ~
Doktor mula keluar dari ruang kecemasan itu lalu menuju ke arah Jungwoo. Jungwoo terbangun laju dari duduknya apabila melihat doktor ke arahnya.
"Maaf , awak ahli keluarga dia ?" Tanya doktor tersebut.
"Erh ta--" baru saja dia ingin membalas 'tak' tapi difikir balik dia mahu mengaku sebahagian keluarga Hana.
"Ya saya. Saya -- abang dia." Jawab Jungwoo dengan yakin.
"Baiklah , saya dah pindahkan dia ke bilik biasa sekarang , dan saya nak encik ikut saya ke pejabat ?" Tanya doktor itu. Jungwoo hanya menurut kata-kata doktor itu.
Di dalam pejabat ~
"Silakan duduk encik." Pelawa doktor itu. Jungwoo pun menurut saja.
"Jadi begini , adik encik sebenarnya menghidap penyakit kegagalan buah pinggang atau lebih dikenali end-stage renal disease (ESRD) " Kata doktor itu.
Retak hati Jungwoo mendengar kata-kata yang baru saja keluar dari mulut doktor itu.
"Ke--kega-galan buah pinggang ?" Pertanyaan Jungwoo itu buatkan dia mengigil seluruh tubuh badannya.
"Ya encik. Maaf saya bertanya , sebelum ni dia ada bersikap pelik atau simptom yang pelik ?" Tanya doktor itu.
Jungwoo sudah buntu ingin menjawab tapi dia menggelengkan kepalanya.
"Jadi penyakit yang dihadapi sekarang ni merupajan tahap akhir penyakit ginjal kronik. Jadi ini bermaksud ianya hampir 85%-90% fungsinya telah hilang. Untuk simptom kebiasaanya pesakit akan rasa letih yang keterlaluan, sukar nak fokus, muntah², kekejangan otot dan banyak lagi" jelas doktor tersebut.
"Ada cara ke doktor untuk selamatkan Hana ?" Tanya Jungwoo, walaupun dia tiada pertalian darah dengan Hana, namun dia masih menganggap Hana kawan nya.
"Rawatan untuk merawat penyakit ni ada 2, pertama iaitu Dialisis. Rawatan ni dapat membantu badan menapis darah. Jadi pesakit perlu membersihkan darah menggunakan mesin yang telah disediakan oleh pihak hospital atau klinik sebanyak 3 atau 4 hari seminggu." Jelas doktor
"Untuk rawatan lagi tu adalah pemindahan buah pinggang. Buah pinggang yang didermakan haruslah sihat datangnya daripada seorang penderma organ dari keluarga, kawan atau penderma yang telah meninggal dunia."
"Sebenarnya sudah berapa lama dia kena penyakit ini doktor ?" Pertanyaan Jungwoo bikin jatungnya mengepam darah dengan sangat laju.
"Sebenarnya dari pandangan saya , dia sudahpun kena waktu dia berusia lingkungan 14 - 16 tahun. Tapi , disebabkan pesakit tiada simptom langsung jadi agak sukar untuk mengetahui bahawa dia ada penyakit itu." Jelas doktor itu lagi.
"Tapi , kalau betul pesakit ingin melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang, kita harus mencari penderma yang sesuai untuk pesakit. Mungkin ini akan jadi masa yang agak lama untuk mencari." Jelasan doktor itu di dengari oleh Jungwoo.
"Pesakit masih lagi dalam stage baru untuk melangkah ke stage yang lagi parah. Jadi saya syorkan encik tolong cari penderma secepat mungkin untuk dia jika pesakit bersetuju untuk melakukannya." Kata doktor tersebut.
Jungwoo kini terdiam. Sungguh terkejut. Orang yang dia percaya seperti tiada masalah , rupanya...
Macam mana dia mahu berjumpa depan-depan dengan Hana ?
Hello there ! It's been a while since i hiatus disebabkan SPM dulu. I know i know, my fault cuz tak sambung cerita ni, im so sorry. Now i think i nak sambung perkara yang tergendala before this 😚 doakan i dapat habiskan this story dengan jaya nya. How i come i didnt miss this vibe 😭.. lets goooooo.. more update to come 💕

YOU ARE READING
You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]
RomantizmBerceritakan tentang seorang gadis yang berjuang untuk menempuhi kehidupannya.. dan cuba untuk menjadikan angan-angannya menjadi kenyataan.. pelbagai masalah yang sering ditempuhi olehnya namun gadis itu mengambilnya sebagai ujian kepada dirinya.. s...