Part 19

39 3 0
                                    

"Aku tak tahu apa yang kau tengah cakap sekarang ni. Tolong jangan kacau aku." Tegas Hana sambil cuba menolak tangan Han Bin untuk melepaskan pelukan tersebut.


"Hye , kau sendiri tahu dan faham apa yang aku cakap. Janganlah jadi garang , aku tak suka perempuan garang." Balas Han Bin yang kini tersenyum kemenangan.


"Apa yang kau nak dari aku ?" Tanya Hana. Mahu luntur hatinya apabila cuba untuk bertentang mata dengan Han Bin.


"Aku nak ... kau ... lepaskan dia." Sengajanya menjawab dengan lambat.


"Kau tahu kan mahkamah dah tetapkan hukuman untuk dia apa ? Jangan jadi bodoh boleh tak ?" Ya. Hana perlu berani untuk mendiang kakaknya. Dia perlu beritahu segala-galanya.


"Aku tak kisah lah kau nak cakap aku bodoh ke tak. Yang pasti , lepaskan dia." Balasnya sambil betul betul menatap mata Hana dengan dalam.

~~~~~~

"Aku harap dia suka lah." Hyun kini membawa dulang yang telah berisi nasi dan lauk pauk. Laju saja kakinya menuju ke tempat mereka namun , di matanya kini terlihat Hana bersama dengan seorang lelaki.


Hatinya terasa panas , melihat keadaan mereka berdua yang begitu rapat. Terus saja dia pergi ke hadapan mereka berdua , dan berdehem.


Han Bin mula menjauhkan jaraknya antara Hana tadi. Dia menyedari kehadiran lelaki tersebut.


Hana terus menjauhkan diri dan terdiam.


"Opps , i gotta go." Perkataan itu telah pun keluar dari mulut Han Bin.


"Just jangan lupa apa yang aku cakap tadi. Hana." Katanya lagi sambil mengangkat punggung dan terus bereda dari tempat itu.


Hana melepaskan nafas lega. Dia sudah pun terlepas dari lelaki itu. Tapi di hadapannya ,


"Siapa lelaki tu ?" Katanya sebelum meletakkan dulang serta melabuhkan punggungnya.


Hana tahu , dari reaksi Hyun dan nada suaranya. Sangat. Serius.


"Oh ? Tak ada apa apa. Abaikan dia okey ?" Itu saja yang keluar dari mulut Hana.


"Ini ke makanan aku ?" Hyun hanya mengangguk.


"Mana makanan kau ? Kau tak makan ?" Tanyanya sambil menarik dulang ke arahnya.


"Takpa. Kau makan lah dulu." Jawabnya.


"Eh. Tak pun kita kongsi nak ?" Tawar Hana kepada Hyun. Dia mahu menukar topik perbincangan mereka sebentar tadi.


"Makan dulu." Jawab Hyun sambil melihat Hana yang kini sudahpun mencapai sudu.

~~~~~~

Sesudah habis makan di kantin Hana dan Hyun mula melangkah pergi dari kantin dan sedang menuju ke kelas mereka.


"Hana ?" Panggil Hyun.


"Ya ? Ada apa ?" Jawab Hana yang baru saja menekan button off telefonnya. 


"K-kau tak ada sorok apa apa dari aku kan ?" Tanya Hyun untuk kepastian. Kini mereka berdua bertentang mata.

You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]Where stories live. Discover now