Hari ini Hana hanya menonton TV satu hari suntuk. tak tahulah kenapa dengan sikapnya untuk harini.
"Kyah , Hana ? kau tak study ke ?" tanya Hae Joon yang baru saja melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu. Namun Hana hanya diam dan matanya kini fokus ada rancangan yang sedang berlangsung di skrin TV itu.
"Tak sangka dah pekak adik aku sorang ni." sindir Hae Joon. Hana terus saja berpaling dan memandang tajam ke arah abangnya itu.
"Apa ? oh dengar , ingat dah pekak tadi." sindirnya lagi membuatkan Hana mendengus.
"Oppa nak apa ? jangan kacau Hana boleh tak ?" kini dia bersuara.
"Aku tanya tadi kan. Kau tak study ke , kau tak jawab" balas abangnya itu.
"Ada nampak macam Hana tengah pegang buku ke sekarang ?" kini suara Hana mendatar.
"Kyah ," belum sempat dihabiskan perkataannya itu , namun dipotong oleh Hana.
"Apa ? ingat budak sekolah tak boleh tengok TV juga ke ? ingat otak kita orang ni robot ke boleh hadap buku 24 jam ? kita orang pun nak masa untuk rehat. kita orang pun penat juga selalu hadap buku." jelasnya lagi sambil terselit sedikit nada marah.
"Kau marah aku ke cane ni ? hoii , aku tanya bukan suruh kau explain dekat aku pasal kau hadap buku tu semua. aku tanya sebab aku pelik , kau selalu hadap buku. That's why aku tanya." jelas abangnya sebelum menghirup air yang berisi dalam gelas itu.
"Hana penat. Sebab tu Hana tengok TV. Otak sakit asyik tengok buku." balasnya sambil memeluk erat bantal kecil itu.
"Haaa , kalau kau jawab macam tu kan elok. Ini jawab dengan abang kau macam tu." Dalam hati Hana hanya ignore sahaja apa yang dikatakan oleh abangnya itu.
"Hana !" jerit ibunya dari arah dapur. Terus saja Hana mengangkat punggungnya dan berlalu menuju ke dapur.
"Ya omma ?" Hana menjengah kepalanya untuk melihat ibunya.
"Tolong omma belikan barang sikit boleh ?" pinta ibunya.~~~~~~
Kini Hana sedang berjalan dengan perlahan menuju ke arah supermarket. Dah di ajak Hae Joon , tapi kau rasa dia nak ikut ? Memang taklah. tak guna punya abang. Pada masa Hana meyumpah abangnya itu , kini kakinya sudah pun menjejak masuk ke dalam supermarket itu.
Hana mula memandang list di tangannya itu sementara kakinya laju menuju ke arah tempat yang diingini. Hana melihat untuk mencari brand yang di tuliskan oleh ibunya itu. seperti zirafah lehernya menjengah mencari barang tersebut.
Akhirnya , dia jumpa juga barang yang dicarinya itu. Lantas saja tangannya ingin mengambilnya namun Hana terlihat seseorang sudah menyapai barang tersebut. Hana tanpa melihat siapa 'dia' yang mengambilnya kini dia mengeluh. Tiba-tiba ,
"Hana right ? Kim Hana ?" tanya 'dia' kepada Hana yang sedang membelakanginya. Laju saja Hana berpaling ke belakang melihat. Cukup terkejut Hana apabila ini ialah budak yang di kantin dan di cafe itu hari.
Hana melihat lelaki tersenyum sinis ke arahnya. Oh , disebabkan dia Hana kini hilang mood untuk mencari barang. Baru saja dia mahu melangkah pergi namun , tangannya di tahan oleh lelaki itu.
Hana melihat tangannya yang ditahan itu lalu terus memandang ke arah lelaki itu. tepat dalam mata.
"Aku kenal kau ke ?" Kini suaranya mendatar. Lelaki itu tahu bahawa gadis di depannya itu sedang marah akan perbuatannya.
"Seriously , kau tak kenal aku ?" tanya lelaki tersebut. "Kita dah jumpa banyak kali kot , tak mungkin kau lupa." kata lelaki itu sambil tersenyum seperti baru saja memenang sesuatu.
Hana hanya menepis tangan lelaki itu dengan kasar , laju saja dia meninggalkan lelaki itu sendiri. Lelaki itu cuma tersenyum sinis apabila melihat Hana hilang dari matanya.
"Entah mana mana tah , dia tahu nama aku. Sedap hati je nak pegang tangan aku. Buat mood aku melayang doh."Rungut Hana sendiri , namun dia masih tidak lupa tugasnya mencari barang yang lain.
"Hana ?" panggil seseorang.
"Eh kau. Buat apa dekat sini Ji Ho ?" tanya Hana selepas dia melihat kawan baiknya itu.
"Biasalah di paksa." balasnya sambil menuju bakul yang sudah dipegang olehnya.
Hana hanya tergelak kecil melihat kawannya di paksa untuk mencari barang dapur. Hana sudah biasa jadi benda itu sudah normal padanya. Ini pertama kalinya melihat Ji Ho membeli barang dapur.
"Kau jangan nak gelak eh." Cebiknya sambil terjerit kecil Ji Ho apabila melihat Hana kini melihatnya dan kertawakannya."Ye. Aku terkejut kau ada dekat sini , then tengok muka kau macam terpaksa habis kena beli barang." jelas Hana.
~~~~~~
"Terima kasih weh , sebab hantarkan aku sekali sampai depan rumah." balas Hana.
"Alaaa , takpa. Lagi pun aku satu jalan sekali dengan kau tak susah pun lah." jelas Ji Ho.
"Okey. Take care okey." kata Hana sebelum dia keluar dari perut kereta milik Ji Ho.
Mereka hanya melambai tangan antara satu sama lain. Setelah kereta miliknya Ji Ho hilang dari matanya , dia terus masuk ke dalam rumahnya. Namun ,
"So dekat sini lah kau duduk. Orang kaya rupanya kau ni Hana. It's okey kau masih kesukaan aku dari dulu sampai sekarang." katanya sebelum beredar dari tempat tersebut.
YOU ARE READING
You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]
RomanceBerceritakan tentang seorang gadis yang berjuang untuk menempuhi kehidupannya.. dan cuba untuk menjadikan angan-angannya menjadi kenyataan.. pelbagai masalah yang sering ditempuhi olehnya namun gadis itu mengambilnya sebagai ujian kepada dirinya.. s...