Part 17

41 4 0
                                    

Malam ini ibu dan ayah Hana tiada di rumah. Dating agaknya itu yang detik di dalam hati Hana. Kini tinggal lah Hana bersama Hae Joon. Mereka berdua di bahagian ruang tamu sambil menonton TV. Tiba-tiba ,

Ding dong !

Kedengaran bunyi loceng yang menandakan ada orang diluar. Hana terfikir begitu cepat ibu dan ayahnya pulang , padahal baru setengah jam berlalu.


"Hana kau pergi buka pintu tu , aku nak pergi toilet kejap." Kata Hae Joon lantas saja dia berlalu ke bilik air. Macam F1 laju dia. Dah tak tahan ke cane ? Ah apa apa saja lah.


Hana dengan langkah berat bergerak ke pintu. Dia turut  pelik , bunyi loceng itu hanya sekali di tekan. Takut itu pasti ada , mana tahu orang jahat ke ? Mana tahu dia tahu pasal mereka hanya berdua di rumah ? Fuh seram.


Hana dengan penuh harapan supaya tidak terjadi apa apa , dia mula membuka pintu perlahan lahan.


Namun , di mata Hana sekarang , hanya seorang lelaki yang sudah cukup bikin Hana hilang mood gila.


"Hai Hana." Tegur lelaki itu. Namun Hana sengaja tolak pintu untuk tutup tetapi di tahan oleh dia.


"Boleh aku bercakap dengan kau ? Sekejap." Kini Hana sedar suara lelaki itu mendatar itu menandakan dia serius untuk bercakap dengan Hana.


"10 minute " itu saja yang keluar dari mulut Hana.


"Kau mesti lupakan dengan aku ?" Tanya lelaki itu sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Ingat hensem ?


"Sorry , aku tak kenal kau. Macam mana kau boleh tahu nama aku ?" Tanya Hana yang kini memeluk dirinya.


"Aku dah agak. Kau mesti tak ingat apa yang jadi dekat kau dulu dengan kakak kau tu." Jelasnya lagi.


Perkataan yang baru saja diperkatakan dari lelaki tadi buatkan Hana terus membuntangkan matanya lalu memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.


"Apa yang kau tahu pasal kakak aku ?! Cakap !" Tegas Hana. Kini Hana mula kembali teringat sejarah hitam itu.


"Wow wow. Relax " cakapnya sambil tersenyum.


"Hai Hana . Aku Kang Han Bin." Jelasnya lagi.


Hana kini terkejut seperti mulutnya di kunci rapat.


"Aku harap kau dah ingat balik betul tak ?" Katanya sambil tersenyum sinis.


Hana hanya mampu berdiam dan masih menahan air matanya daripada jatuh.


"Kau sihat ?" Tanya Hanbin yang kini mahu menyentuh kepala Hana namun ,


"Hana ? Siapa tu ?" Terdengar suara Hae Joon di belakang yang kini sedang menuju ke pintu.


"Hana ?" Sambil memegang bahu kanan Hana.


Hana hanya terdiam , dia tidak tahu.


"Oh maaf. Saya datang nak jumpa Hana." Jelas Hanbin.


"Oh kalau macam tu , masuklah dulu." Ajak abangnya itu. Lantas Hana memegang tangan abangnya dengan erat seperti ketakutan.


"Eh takpa. Saya sekejap saja. Saya minta diri dulu ya ? Bye Hana , jumpa lagi. " Hanbin menunduk sedikit kepalanya bagi menanda hormat kepada mereka berdua dan lalu pergi daripada rumah mereka.


Hana kini memutarkan badannya ke belakang  , kakinya mengigil dengan kuat sekali menyebabkan dia jatuh terduduk di lantai.


Kini air matanya sudah pun mengalir laju di kedua dua pipinya.


"Hana ?!" Hae Joon menyambut Hana yang kini terduduk di lantai itu.


"Kyah , kenapa ni ? Ha ?" Tanya Hae Joon. Namun Hana masih menangis. Hae Joon kini memeluk erat adiknya itu. Dia juga pelik kenapa Hana menangis.


~~~~~~


"Kau okey ?" Tanya Hae Joon yang baru saja melabuhkan punggungnya di sofa.


Hana hanya mengangguk. Hae Joon perasan ada sesuatu yang pelik sejak dia bertemu dengan lelaki di pintu tadi. Adakah lelaki itu yang menyebabkan Hana menangis tadi ?


"Kau menangis tadi kenapa ? Ada kena mengena ke dengan lelaki tadi." Hae Joon mula tertanya tanya. Hana seorang yang sangat jarang menangis.


"Tak." Itu saja yang keluar dari mulut Hana setelah 10 minit mendiam.


"Habis ? Aku tahu adik aku ni tak suka menangis." Jelas Hae Joon.


"Aku dah cakap , ada apa-apa cerita dengan aku. Jangan pendam Hana." Jelasnya lagi.


Hana kini terdiam. Dia sendiri tidak pasti sama ada nak bagitahu atau tidak.


"Hana nak tidur. Good night oppa." Katanya sebelum bangun dari duduknya dan bergerak menuju ke tangga.

~~~~~~

Di tingkat atas Hana kini berdiri di sebuah bilik yang sudah lama dia tidak masuk.


Hana mula menggengam tombol pintu bilik itu. Dengan nafas yang di tarik panjang , Hana mula memulas tombol itu maka terbukalah pintu bilik itu.


Hana mula melangkah perlahan lahan memasuki dalam. Dia mula melabuh punggung di atas katil yang sudah lama tidak di usik.


"Hani ah , kau macam mana sekarang ?" Kata Hana sambil menyentuh permukaan katil itu. Kini matanya terhenti melihat sekeliling apabila dia ternampak frame Hani dengannya.


Ya. Hani adalah kakak kembar Hana. Dia dah meninggal 2 tahun yang lalu. Kematian Hani membuatkan Hana depress sehingga Hana diharuskan makan ubat untuk mengawal depress nya itu.


Mereka berdua mempunyai minat yang sama. Semua benda mesti sama. Walaupun , Hani kini tiada di sampingnya dia masih tidak lupa akan kenangan indah mereka bersama.


Hana kini menangis bersungguh-sungguh. Sudah semestinya dia rindu akan kakaknya itu. Dia juga rasa bersalah yang teramat dalam terhadap kakaknya.


"Ha-- Hani ah , ak-aku rindu kau" Katanya sambil memeluk erat frame gambar mereka berdua.


"Aku tak tahu nak buat apa Hani. Adik dia datang harini. Aku rasa dia nak balas dendam dekat aku Hani." Adu Hana sambil mengusap gambar Hani yang tersenyum manis itu.


"Kenapa ? Kenapa kau tinggalkan aku. Kalau kau ada , kau mesti lindung aku dari orang yang suka buli aku." Jelasnya lagi kini air matanya mencurah curah keluar.


"Tapi , aku bersalah. Aku bersalah dengan kau. Sebab kau selamatkan aku daripada dia. Kalau kau tak buat keputusan bodoh tu , kau mesti ada dengan aku sampai sekarang." Hana kini menumbuk numbuk lantai. Ya dia tahu benda itu akan menyakitkan dirinya sendiri. Tapi kakaknya lagi sakit daripada yang sedang buat itu.

---------------


( sorry watak Jungwoo akan di matikan sebentar ayuh lah kita fokus ke Hana. Jangan risau watak  Jungwoo akan datang balik ♡ )

You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]Where stories live. Discover now