Part 14

47 4 0
                                    

Di rumah~


Hari untuk menjalani peperiksaan sudah semakin hampir. Hana kini mula belajar dengan tekun tidak seperti kebiasaannya , sedangnya mengulangkaji dia mendengar ketukan di pintu biliknya.


Tuk !


Hana beranggap itu adalah ibunya. Ibunya turut tahu dia tidak mahu untuk di ganggu kerana dia tahu Hana seorang yang tekun apabila belajar.


"Ya ?" Itu saja yang di balas oleh Hana , matanya masih menatap pada buku dihadapannya.


Namun tiada bunyi dari luar biliknya itu. Hana hanya kembali fokus ke soalan yang masih dia belum selesaikan.


Tuk !


"Ya omma ?. Hana tak kunci pintu pun. Omma masuklah." Kini Hana terjerit sedikit apabila terdengar ketukan kedua kalinya.


Hana terdengar pintu biliknya di buka , namun dia masih tidak mengalihkan matanya ke arah pintu biliknya.


"Omma ? Siapa omma kau ?" Kata gerangan itu.


Terus saja tangan Hana terhenti daripada bergerak. Dia kini memandang ke arah dinding di depannya itu , almaklum lah meja belajar di letakkan depan dinding , katanya boleh buat Hana lebih fokus untuk belajar.


Sekejap , kenapa aku kenal suara ni ? Monolog hatinya.


Terus saja dia berpaling ke belakang dan hampir tercabut tulang rahangnya itu ternganga melihat gerangan tersebut.


"Kyah ! Bila oppa balik ?!" Jerit Hana.


"Kyah~ kau nak menjerit ni asal ? Aku bukannya jauh pun dari kau. Aigoo" keluh abangnya.


Terus saja Hana bangun daripada kerusinya itu , berlari anak-anak ke arah abangnya itu lalu memeluknya dengan erat.


Abangnya tersenyum lebar melihat adiknya semakin besar.


"Aigoo , kim Hana" keluh abangnya sambil membalas peluk adiknya itu.


"Aigoo Kim Hae Joon" Hana membalas.


"Rindu aku lah tu kan ??" Tanya abangnya. Ya dia lebih suka ber 'kau-aku' dengan adiknya. Dia juga suka menyakat adiknya.


"Boleh la. Tak banyak pun." Itu saja di balas Hana selepas melepaskan pelukannya.


"Aigoo , Hana aku ni mana pernah nak tipu aku kan ?" Sambil menunjal kepala adiknya.


Hana hanya memberikan pandangan tajam ke arah abangnya itu.


"Haaa mata tu nak aku cungkil ke pandang aku macam tu ?" Balas Hae Joon.


"Oppa , dah habis ke belajar dekat sana ?" Tanya manja Hana.


"Belum. Ada lagi satu sem. So nanti aku kena balik sana balik." Balasnya dengan suara dingin.


"Lagi ? Haish." Balas Hana dengan keluh berat.


"Hello kau ingat apa ? Aku belajar dekat US tau. Kau ingat dekat sini ke ??." Balasnya sambil mengusutkan rambutnya adik.

You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]Where stories live. Discover now