"Lepas beberapa hari , abang dah pun di sabit hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah kerana sebelum ni dia ada juga pernah buat hal. Kesalahan dia minum minuman keras ketika memandu dan melanggar. Masa kejadian tu abang kau pengsan dalam kereta lepas dia langgar kakak aku. Pihak berkuasa dapat tahan dia." Jelas Hana.
"Aku dah ceritakan semua benda betul dekat kau." Kata Hana sambil memandang Han Bin yang tergamam serta diam.
"Ta-pi , macam mana kau tahu aku adik dia ?" Tanya Han Bin kepada Hana.
"Aku ada ternampak nama ahli keluarga kau. Masa aku jadi saksi kejadian tu , peguam aku ada beritahu sedikit tentang keluarga kau. Dari situ aku tahu nama kau , tapi bukan rupa kau." Jelasnya.
"Aku tahu masa tu kau duduk di luar negara. Parents kau hantar kau ke sana sebab tak mahu kau jadi macam dia kan ?" Kata Hana.
"Ta-pi , dia tak pernah kasar dengan aku Hana. Dia adalah abang yang .. ba--ik ." Jawab Han Bin.
"Kalau baik , kenapa dia ambil keputusan macam tu Han Bin ?" Tanya Hana untuk kepastian. Hana nampak Han Bin kini resah untuk menjawab soalannya.
"Kau cuma tahu abang kau masuk penjara sebab langgar orang. Itu saja kan ? Kau tak tahu cerita sebenar. Betul tak ?" Desak Hana lagi.
Han Bin kini terdiam kaku. Dia tidak tahu harus respon seperti apa. Dia sudah pun sedar , yang dia dah buat keputusan yang salah. Dalam sedar tak sedar , air matanya mula mengalir perlahan di pipi kananya.
Hana melihat Han Bin yang kini menangis. Dia faham perasaan Han Bin. Han Bin tersepit antara benar dan tidak benar.
Hana cuba untuk mencapai lengan Han Bin untuk membantunya untuk duduk di kerusi yang sudah disediakan.
Hana mengeluarkan sapu tangan dan menghalakan ke arah Han Bin tapi , tidak di ambil olehnya. Terus saja Hana mengelap air mata Han Bin yang mengalir itu.
"Dahlah. Jangan menangis. Benda pun sudah jadi. Sekarang syukurlah kau dah tahu cerita sebenar." Kata Hana.
"Kau tak marahkan abang aku ?" Tanya Han Bin sesudah memegang pergelangan tangan Hana yang giat mengelap air matanya.
"Marah ? Mesti aku marah. Tapi sampai bila Han Bin ? Sampai bila aku nak benci orang ? Ya , memang dia bunuh orang yang aku sayang. Tapi , semuanya takdir." Jawab Hana.
"Aku -- minta maaf. Bagi pihak abang aku." Balas Han Bin yang kini memegang kedua-dua tangan Hana.
"Aku dah lama maafkan dia. Aku harap , bila dia ada dekat dalam tu bolehlah mengubah sikap dia yang lama." Jawab Hana sambil senyum.
"Aku tak sangka. Kau memang kuat." Kata Han Bin.
"Aku kena kuat , untuk dia" jawab Hana sambil melihat gambar Hani.
"Tapi , aku malu dengan kau. Aku malu. Aku tak sepatutnya simpan dendam juga dengan kau." Kata Han Bin yang kini melepaskan tangan Hana.
"Han Bin , seburuk mana pun kita ataupun sejahat mana pun kita. Kita juga berhak dapat peluang kedua." Hati Hana kini lega selepas berceritakan semuanya.
"Terima kasih , sebab bagitahu aku semuanya. Kalau aku tak ikut kau daripada tadi , mungkin sampai sekarang aku tak tahu benda sebenar." Balasnya.
"Lagipun aku tahu kau ikut aku tadi. Bau minyak wangi kau kuat tau. Sakit hidung aku." Kata Hana sambil mengetip kedua-dua lubang hidungnya.
Han Bin tergelak kecil melihat gelagat Hana.
~~~~~~
"Thanks sebab hantar aku balik." Kata Hana sesudah membuka helmet yang dipakai dari tadi.
"Takpayah berterima kasih sangat. Aku tu yang patut berterima kasih dengan kau sebab sedarkan aku awal-awal lagi." Kata Han Bin.
"Yelah , yang penting aku dah jalankan tugas aku nak beritahu kau semuanya. Akhirnya." Balas Hana sambil tersenyum.
"Dah pergi masuk , orang perempuan tak elok dekat luar malam-malam ni." Jawab Han Bin yang terus saja merampas helmet yang dipegang oleh Hana.
"Aku gerak dulu. Masuk cepat." Kata Han Bin sebelum menekan minyak dan berlalu pergi.
Hana terus melangkah masuk ke dalam rumah namun ,
"Kena hantar dengan pakwe lah tu."
Erhhhh. Dekat mana-mana mesti ada dia ni. HAE JOON.
"Kawan okey kawan." Jawab Hana.
"Yelah tu , lepas kawan jadi apa pula ?" Katanya sambil membuat muka tertanya-tanya.
Hana hanya berlalu pergi mendaki anak tangga dan terus masuk ke dalam bilik.
Hana melemparkan dirinya di atas katil. Fuh.
"Lega hati aku dah ceritakan semuanya dekat dia." Monolog hatinya.
"Dia tu kan , ada rupa doh. Takkan tak ada awek ? Fuhh , recikss." Kata Hana sebelum dia bangun dan menuju ke bilik air.

YOU ARE READING
You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]
RomanceBerceritakan tentang seorang gadis yang berjuang untuk menempuhi kehidupannya.. dan cuba untuk menjadikan angan-angannya menjadi kenyataan.. pelbagai masalah yang sering ditempuhi olehnya namun gadis itu mengambilnya sebagai ujian kepada dirinya.. s...