Part 23

47 6 0
                                    

Sesudah habis membersihkan diri serta baju tidur sudahpun terpasang pada tubuhnya , Hana terus saja menuju ke katil.

"Erhh." Keluh Hana selepas merenggangkan tangannya sebelum tidur sudah jadi kebiasaannya merenggangkan badannya supaya lebih selesa untuk tidur.

Terus saja dia mencapai telefon pintarnya selepas sudah siap melakukan aktivitinya itu.

"Eh ? Siapa pula chat aku malam-malam macam ni ?" Kejutnya melihat ada satu mesej yang telah pun masuk sebentar tadi. Dengan perasaan ingin tahu terus saja dia menekan aplikasi Whatsapp dan melihat nama yang terpampang ialah ,

JUNGWOO ♡

Aduh , Jungwoo chat. Sebelum Hana saja yang memulakan perbualan antara mereka.

Terus saja jarinya memainkan peranan untuk membuka mesej personal mereka.

Jungwoo ♡
Hai Hana ? Awak busy ?

Baru Hana perasan , waktu Jungwoo mesej dia , Hana masih lagi dalam bilik air. Sekarang jam sudahpun menunjuk hampir pukul  11 malam.

Baru saja jarinya ingin membalas chat tersebut ,

Jungwoo ♡ is calling ~

Bagai mahu gugur jantungnya melihat Jungwoo sedang menelefonnya. Terus jarinya slide ke kanan untuk menjawab panggil tersebut.

"Hai Jungwoo." Kata Hana.

"Oh hai !! Akhirnya awak jawab. Erh awak tidur ke tadi ?? Kalau awak tidur maaflah saya menganggu pula." Balasnya. Suara yang masih sama , yang masih disukai oleh Hana.

"Eh taklah. Saya belum tidur lagi. Tadi saya dalam bilik air , itu yang tak sempat nak balas mesej awak. By the way ada apa ya ?" Tanya Hana sambil mengemaskan rambutnya dengan menyikat rambut yang baru saja dicuci tadi.

"Oh , just saya nak tanya , e-esok awak free ?" Pertanyaan Jungwoo bikin Hana suspen. Ada apa ?

"Esok saya cuti sekolah , free je. Kenapa ye ?" Tanya Hana.

"Erh macam ni esok saya ada masa dalam 24 hours ... macam tu untuk keluar , jadi saya ingat nak jumpa dengan awak lepas saya balik ke rumah saya. Boleh ?" Balasnya sambil menggigit kuku menunggu jawapan dari Hana.

"Oh i see . Boleh je nanti. Pukul berapa and dekat mana ?" Tanya Hana. Dalam hati dah macam cacing kepanasan pujaan hati ajak keluar. Cis.

"Okey. Kita jumpa pukul 1:00 dan tempat , hmm awak tunggu dekat cafe yang awak pergi dengan kawan-kawan awak hari tu boleh ?" Tanya Jungwoo.

"Ohh situ , boleh. Jumpa esok." Balas Hana sebelum meletakkan ganggangan telefon itu.

~~~~~~

~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Okey kot. Haa bedal jelah." Kata Hana selepas melihat dirinya di depan cermin biliknya. Dia mencapai telefon dan beg tangannya selepas matanya melirik ke arah jam yang menandakan pukul 12:30 tengah hari.

Ibunya melihat anaknya yang berpakaian cantik sudahpun turun dari bilik dan menuju ke arahnya sambil mengata ,

"Omma , Hana nak keluar tau." Kata anaknya. Dia dapat merasakan Hana seperti sudah biasa keluar rumah. Dia bersyukur akan sikap anaknya yang sekarang itu. Bukan apa , dulu selepas kematian Hani , Hana menjadi seorang yang berubah 100% lain daripada dirinya. Dia tidak mahu keluar rumah , susah untuk di bawa bual macam-macam lah.

Tapi sekarang melihat sikap anaknya semakin pulih , ibunya bersyukur tak terkata.

"Yelah. Tapi ingat ja--"

"Jangan balik lewat." Potong Hana. Ibunya tersenyum melihatnya yang sudahpun faham perinsip ibunya itu.

"Hana pergi dulu ya omma. Byee." Katanya sebelum bersalaman dengan ibunya.

~~~~~~

Hana kini berada betul-betul di hadapan kedai cafe itu. Bukan depan pintu yaa.

Sesekali dia melihat jam yang tersusun rapi di tangan kanannya , hampir pukul 1 dan kelibat Jungwoo masih tidak nampak.

Sedang leka , ada sesuatu menyentuh bahu kiri Hana menyebabkan dia sedikit terkejut lantas berpusing ke belakang. Oh Jungwoo rupanya. Tapi ,

"Kenapa awak pandang saya macam tu ? Saya nampak pelik ke ?" Tanya Jungwoo.

"Hmm , saya rasa orang boleh kenal awak kalau awak pakai mask mulut ni." Kata Hana sambil melihat atas bawah.

"Erh , ketara sangat ke ?" Tanya Jungwoo untuk kepastian. Hana mengangguk beberapa kali.

"Hmm , takpa. Awak tunggu sini kejap. Saya pergi kedai area sini. Kejap je okey ?" Katanya sebelum dia melangkah laju masuk ke kedai ,

Farmasi ?

Kelibat Hana yang baru saja keluar dari kedai itu menyebabkan hati Jungwoo berasa lega. Takut hilang pula anak orang itu.

Jungwoo melihat Hana yang datang ke arahnya sambil tersenyum manis. Mahu. Gugur. Hati. Woi.

"Tada !" Katanya Hana sambil menunjuk mask mulut di tangannya itu. Reaksi Jungwoo tertanya-tanya.

"Meh saya tolong awak tukar mask tu." Katanya sambil menarik tangan Jungwoo ke tempat yang tiada orang berlalu lalang di situ.

Hana membuka mask mulut yang sudahpun di pakai oleh Jungwoo itu , lalu menggantikan yang dibeli sebentar tadi.

"Awak nak tahu sebab apa saya beli mask ni ?" Tanya Hana. Jungwoo hanya memerhati gelagat Hana yang giat memasang mask tersebut.

"Sebab , kalau awak pakai mask ni , orang lain takkan perasan siapa awak. Tapi kalau awak pakai mask hitam ni , orang akan tahu itu awak. Because ramai k-idol pakai black mask kan ? Jadi orang boleh fikir yang awak ni artis." Katanya. Betul juga apa yang di kata oleh Hana itu. Tak pernah terlintas di fikiran Jungwoo.

Dahlah pakaian macam betul-betul k-idol. Dengan cap , black jeans , white hoodie. Nasib baik hoodie bukan hitam kalau tak , memang kena lah.

"Dah. Now orang dah boleh kenal awak." Kata Hana tadi menyentak Jungwoo ke alam yang nyata.

"Terima kasih awak." Keikhlasannya itu dapat dirasai oleh Hana. Hana hanya tersenyum manis.

( HAI GUYSSS !!! 😭😭 I'M SO SORRY for those yang tunggu cerita ni publish :") . Saya ada masalah kritikal dengan line 🤦‍♀️ so agak susah nak publish new chapter ~~ huhu it's been a while dohhh tak publish 😂😂 about 3 month i guess 🤔 fuhhh. Sorry yaaaaaaa. Btw enjoy your readingg ♡♡♡♡ )

You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]Where stories live. Discover now