Tarikh untuk Fan Meeting untuk NCT dah semakin dekat. Hana dan Ji ho mula membuat persediaan untuk pergi ke sana. Malah Hana sudah membeli lightstick NCT dengan duitnya sendiri. Dia juga membawa album terbaru mereka iaitu NCT 2018 Empathy.
"Hana ! cepat Ji ho dah lama tunggu kamu ni." jerit ibunya
"kejap omma , Hana turun sekarang" balas Hana.
Hana pun memulakan langkahnya turun ke bawah dengan pantas dengan menggalas beg di bahu kanannya. Hana mengenakan pakaian jaket jeans serta seluar jeans yang berwarna navy blue itu. Dia juga melepaskan rambutnya yang panjang bewarna dark brown itu.
"Ji ho , jom" kata Hana.
Ji ho hanya menggangguk menandakan mereka mahu berangkat.
"Omma.. Hana balik lambat tau." sambil tersengih kepada ibunya yang sedang mencuci pinggan di dapur.
"yelah. Omma nak pesan hati hati okey ?" balas ibunya
"ye omma , bye omma !" Hana pun mula melangkah keluar rumah dan mula menaiki kereta yang di pandu oleh pemandu Ji ho itu.
Sesudah sampai ke tempat tersebut , Hana melihat begitu ramai sekali peminat-peminat yang sudah berada di situ.
"Ji ho , adakah kita terlalu lambat ?" tanya Hana.
"Tak lah. dorang itu je yang datang awal. Aku dengar ada yang siap tidur sini lagi wehhhhh." balas Ji ho sambil mencari tiket mereka yang berada di dalam beg nya itu.
"Yeker?? gila la dorang ni sanggup nya. Aku tak berani doh. Lagi-lagi kau tahu la omma aku macam mana kan." balas Hana sambil membetulkan rambutnya.
"omma kau boleh jadi gila kalau kau tidur sini. silap hari bulan dia suruh kau tidur luar rumah jangan bagi kau masuk. Hahahaha" balas Ji ho sambil ketawa.
"tahu pun."
Tiba-tiba mereka dengar pintu terbuka dan masing-masing mula menunjuk tiket yang sudah sedia ada itu.
Ji ho dan Hana begitu teruja. oh lupa nak cakap , bukan Hana saja minat dengan NCT , tetapi Ji ho juga minat , dan dia paling obses dengan Jae hyun. mereka mula mengambil tempatnya sebelum sesi fan meeting itu bermula. Hati Hana mula berdebar-debar kerana dia tidak sabar ingin melihat sesorang yang sudah pernah mengambil hatinya itu. Ini adalah kali pertama dia akan melihatnya dengan realiti.
Selepas beberapa minit kemudian , NCT mula di panggil masuk ke dalam untuk melaksanakan fan meeting tersebut. Mata Hana mula mencari pujaan hatinya itu , dan akhirnya dia melihat pujaan hatinya itu mengenakan pakaian yang sama dengannya , jaket jeans dan jeans navy blue tersebut. Hana terkejut apabila dia melihat pakaian nya sama dengan lelaki tersebut.
NCT mula melambai tangan kepada fans mereka begitu juga pujaan hati Hana. Dengan tidak sengaja, lelaki itu memandang kepada Hana sambil tersenyum lebar. Hana mula merasa bahang di bahagian kedua dua pipinya itu.
Selepas beberapa minit kemudian , tiba saatnya mereka akan menandatangani album yang di bawa oleh fans mereka. Giliran untuk Hana dan Ji ho masih lambat lagi. Sudah menjadi kebiasaan fans akan berborak seketika dengan idol mereka. Ji ho masih mengambil gambar idol nya itu.
Manakala Hana , dia masih merenung kepada pujaan hatinya itu , melihat begitu mesranya dia melayan fansnya itu , tidak sengaja dia tersenyum kepada Hana. Itu telah memberi heart attack kepada Hana.
Sudah tiba giliran Hana dan Ji ho , Hana memulakan dengan pergi ke pada idol yang bernama Lucas. Sepanjang Hana berada di atas stage tersebut dia hanya tersenyum lebar dan gelak apabila bersemuka dengan idol-idol yang kian meningkat itu. Mereka begitu baik dan sopan santun ketika bercakap kepada fans mereka , walaupun mereka baru saja naik , namun ramai juga fans yang hadir ke fans meeting itu.
Namun , sudah tiba waktu Hana pergi ke pujaan hatinya itu. Hana begitu gementar dan jantung berdegup dengan begitu laju selepas melihat idol kesayangannya itu. Hana hanya memberikan reaksi yang baik kepada pujaan hatinya itu supaya dia tidak dapat tahu betapa gembiranya Hana ingin bersemuka dengannya.
"hai !!" lelaki itu hanya memberi salam dan tersenyum lebar
"hai" balas Hana.
"huh?" muka lelaki itu mula berkerut.
"pipi awak merah sangat , kenapa ? awak sakit ke ?" lelaki itu mula meletakkan tangannya di dahi Hana untuk melihat suhu badan Hana.
"merah?" balas Hana , sambil memegang pipinya.
"hehe.. comel by the way nama awak ?" balas lelaki itu.
"nama saya... Kim Hana" balas Hana dengan suara yang malu.
"ohh Kim Hana.. saya Kim Jungwoo..nama keluarga kita sama ^^" balas Jungwoo
"bias awak siapa dalam NCT ?" tanya Jungwoo
"bias saya.. ialah awak" balas Hana sambil memandang tepat ke mata Jungwoo.
"ohh.. terima kasih sebab terima saya sebagai bias awak ^^ " balas Jungwoo dengan senyuman nya yang menawan itu.
"bukan.. awak lebih daripada itu pada saya Jungwoo , awak bukan sekadar bias saya.. tapi awak dah curi hati saya Jungwoo.. hati saya kuat kata awak adalah jodoh saya" kata Hana di dalam hatinya itu..
"umur awak berapa ?"
"saya 18 tahun" balas Hana.
"ohhh mudaaa lagi ^^ "
Mereka mula berborak seperti sudah lama , namun sudah tiba masanya Hana turun dari stage tersebut kerana dia harus memberi peluang kepada fans yang lain.
"Jungwoo , saya nak awak tahu , saya ikhlas cinta kan awak dan saya akan tunggu awak lambat atau cepat saya masih ada untuk awak" kata Hana.
Jungwoo terdiam dan tergamam dengan kata-kata Hana itu.. dan tersedar bahawa sebelum Hana pergi , Hana mencapai tangannya dan memberikan sepucuk surat.

YOU ARE READING
You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]
RomanceBerceritakan tentang seorang gadis yang berjuang untuk menempuhi kehidupannya.. dan cuba untuk menjadikan angan-angannya menjadi kenyataan.. pelbagai masalah yang sering ditempuhi olehnya namun gadis itu mengambilnya sebagai ujian kepada dirinya.. s...