1

320 8 0
                                    

Sampai bila harus aku menahan peritnya rasa menjadi orang buangan dalam rumah sendiri. Menjadi insan yang dibenci oleh insan yang sepatutnya menjaga, melindungi dan paling penting menyanyangi isterinya. 

Percayalah dalam hidup ini tiada siapa yang pohon untuk dibenci, apatah lagi seorang isteri. Min Seokjin terpaksa menanggung rasa dibenci suami sendiri bukan atas kesalahannya. 

Mengahwini kim Namjoon bukanlah satu impiannya. Dia mencintai hyung kepada lelaki itu, Kim hoseok. 

Namun, apakan daya, bukan jodoh mereka malah Tuhan dah tentukan semua jalan yang perlu dilalui Seokjin. Perkahwinan yang berlangsung memang gilang gemilang, pengantin perempuan dah tepat tetapi pengantin lelaki yang berbeza. Hoseok kemalangan dan terus meninggal ditempat kejadian. 








Namjoon membenci isterinya bukanlah kerana terpaksa menjadi galang ganti hyungnya tapi terpaksa berkahwin dengan kekasih hyungnya dan kekasihnya sendiri memuja hyungnya. 

Bencinya pada hyungnya menyebabkan dia membenci orang yang mencintai hyungnya. Bukan salah hoseok kerana dicintai Jisoo, kekasih Namjoon, tapi Namjoon tak berfikir sebegitu. 

Dia bencikan hoseok sejak kecil lagi kerana mendapat sepenuh kasih sayang daripada semua orang. Dia pula dipandang jelik tanpa sebab yang dia tak tahu kenapa. 

Terasa dirinya disisihkan dan dia tak berpeluang merasai apa yang hyungnya rasai. Dia hanya dibesarkan dengan kemewahan, bukan kasih sayang. Walau sehebat mana dia mencuba untuk meraih cinta tapi tak berhasil. 

Dia mula bencikan orang disekelilingnya dan dia mula membenci dirinya sendiri kerana ada dalam keluarga itu. 

Seokjin sedaya upaya menahan tangis bila dia diherdik kasar oleh Namjoon tapi dia cuba untuk kuatkan dirinya. 

Kenapa mesti dia berkahwin dengan pengganti hoseok, dia sendiri tak pasti tapi dia yakin itu semua kehendak Tuhan. 

"Aku benci kau! Baik kau mampus je senang!" Pekik Namjoon dan menolak Seokjin sehingga jatuh terjelopok di atas lantai. Habis sengal badannya bila ditolak dengan begitu kuat. Bilik hotel yang luas itu seakan terasa kecil dan menghimpit dirinya sehingga rasa sakit disegenap tubuhnya. 

"Dengar sini!" Rambut Seokjin ditarik kuat sehingga air matanya mengalir tanpa dipinta. 

"Kau tidur luar!" Dengan kasar Namjoon menarik Seokjin untuk keluar. Bila pintu dibuka tubuh itu ditolak kasar supaya keluar. 

"Namjoon..." rayu Seokjin lemah bila dia tak berdaya lagi nak menghalang. 

"Blah!" Jerit Namjoon kuat dan menutup pintu dengan kuat.





Sepatutnya ini bulan madu mereka berdua, tapi, nampaknya ini adalah neraka bagi Seokjin. Seokjin bangun dari duduk dan berdiri dengan susah payah. Masih lagi dengan busana pengantin dia melangkah pergi dari hotel itu. 

Air mata yang mengalir menghapuskan semua mekapnya. Apa yang jelas diwajahnya kini hanyalah hiba dan sakit. 

Seokjin berjalan ditempat yang asing baginya, dia berjalan keluar dari hotel walaupun hujan tengah turun dengan lebat . Seokjin terfikir mana dia perlu pergi malam sebegini tanpa duit pun. 

Boleh ke dia menyewa satu bilik hotel dalam keadaan poket kosong macam ni. Seokjin melintas jalan raya yang agak lengang itu dan mencari pondok sebagai tempat dia berlindung untuk sementara waktu. 

Namjoon termenung di beranda dan dia menghirup udara segar di Bukit itu. Walaupun udara segar itu meresap masuk ke dalam badan Namjoon, rasa bencinya tak pernah pudar bila dia mula mengerti satu perkataan. 

Iaitu perasaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Iaitu perasaan. Perasaan yang mengajar dia membenci dan sepanjang dia hidup hanya benci yang dia kenal kecuali bila hadirnya Jisoo. 

Tapi, bila dia mula mencintai, dia dikhianati kerana orang yang paling dia cintai mencintai orang yang dia paling benci. 

Seokjin menahan dingin kerana dibasahi hujan tapi dia tetap kuatkan kaki untuk melangkah. Sebaik dia tiba di sebuah pondok, dia segera berhenti dan duduk di situ. 

Kepalanya pening dan dia pasti badan dia terasa sangat panas. Dia bersandar lemah pada dinding dan air mata menuruni pipinya lagi. 

FLASHBACK POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


FLASHBACK POV

"Oppa akan buat Seokjin jadi isteri paling bahagia di dunia ni" lafaz hoseok ceria bila mereka sama2 mencuba pakaian pengantin dibutik. 

Seokjin tersenyum senang dan anggukkan kepala, dulu, dia sangat menentang couple ni sebab dia tahu yang seseorang lelaki tak akan pernah ikhlas pada seseorang perempuan tapi, bila kenal hoseok semuanya mula berubah. Hoseok dan dia sudah mula bercinta sejak di sekolah menengah lagi. 

"Oppa cintakan Seokjin" ucapan sayang itu selalu buatkan hati Seokjin lemah segenap saraf dan dia percaya pada cinta yang dilafaz itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Oppa cintakan Seokjin" ucapan sayang itu selalu buatkan hati Seokjin lemah segenap saraf dan dia percaya pada cinta yang dilafaz itu. Seokjin senyum lagi dan dia memandang hoseok dalam2. 

"Oppa nak sangat jadi suami Seokjin" sambung hoseok lagi dan dia duduk di depan Seokjin. Seokjin senyum lagi dan dia duduk disebelah hoseok. 

"Jinnie nak sangat kahwin dengan oppa. Jinnie selamanya hak oppa" Seokjin turut membalas ikhlas dan hoseok tersenyum. 

"Kalau oppa tak mampu jadi suami jinnie,jinnie tetap kena kawin tau. Cari suami yang lebih baik dari oppa" 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now