4

111 7 0
                                    

Untung sahaja ada pekerja yang ingat mereka pernah datang bersama jadi dia dapat kunci lain. Seokjin segera ke bilik itu dan dia kemaskan semua barangnya dan mengambil beg tangannya. 

Seokjin segera pulangkan kunci ke kaunter dan keluar dari hotel. Dia berharap dapat cari hotel lain yang lebih jauh dari tempatnya sekarang. At least tempat dia boleh tidur. Seokjin menaiki teksi untuk ke hotel lain dan untung sahaja dia jumpa. 

Setelah check in Seokjin masuk ke dalam bilik itu, walaupun tak semewah hotel dulu dia dah cukup berpuas hati. Seokjin buka tingkap dan dia rasa sedikit lega dan tenang. 

"Kau tak boleh relax Seokjin! Kau kena cari tahu alamat rumah dia" Seokjin kalut pula bila dia tak tahu macam mana nak ke rumah Namjoon nanti. 

"Hello, Eomma. Eomma tahu tak alamat rumah Namjoon?" Soal Seokjin semasa menghubungi ibu mertuanya. 

"Tak tahu? Ok" Seokjin mematikan telefon dan dia termenung lagi. 

"Matilah aku" Seokjin mengeluh berat dan dia duduk di atas katil. 

Namjoon rasa ego dia tercabar bila Seokjin melarikan diri darinya. Dia rasa yang Seokjin tak cukup takut pada dirinya jadi sekarang ni dia berdiri di depan pintu rumahnya menunggu Seokjin muncul. Dah terlalu lama dia menanti dan amarahnya sudah sampai kemuncak. 

"Mana pulak perempuan ni?" Soal Namjoon geram dan dia hempaskan tubuh atas sofa. Telefon diambil dan nombor Seokjin didail. Tak sampai 10 saat panggilan itu sudah bersahut. 

"Kalau kau tak sampai dalam masa 10 minit, kau tidur luar rumah!" Tengking Namjoon setelah dia memberi alamat rumahnya dan dia berpeluk tubuh memandang pintu. 10 minit berlalu dan Seokjin belum muncul. 

Hampir satu jam menunggu akhirnya Seokjin sampai dan tika itu Namjoon sedang bercekak pinggang di depan pintu. Seokjin rasa dia memang kena tidur luar malam ni. 

"Bila ada orang dah masuk kawasan aku, hanya dengan izin aku dia boleh keluar! Jadi, kau tak boleh keluar dari pagar rumah ni bila kau dah berani masuk. Aku cakap 10 minit,tapi kau ambil masa berpuluh minit. Tidur luar!" Pintu utama rumah ditutup kasar dan Seokjin tersentak. Seokjin hanya mampu mendengar dan dia mengeluh lagi. Seokjin masuk ke dalam keretanya sendiri dan berniat untuk tidur di situ. 









Pagi2 lagi banglo Namjoon mula bising bila Namjoon membuat bising dengan bunyi hon keretanya. Seokjin terus tersedar dari tidur dan dia keluar dari kereta dengan cepat. Namjoon yang masih lagi berbaju tidur tutup pintu keretanya dan bergerak ke hadapan Seokjin. 

"Iron baju! Masak breakfast! Aku nak pergi kerja" arah Namjoon kuat dan Seokjin angguk faham. Seokjin berlari masuk ke dalam rumah besar itu dan dia keliru dengan bilik Namjoon. Rumah itu terlalu besar dan bilik terlalu banyak. 

"Mana satu ni?" Soal Seokjin pada dirinya sendiri dan dia ikut Namjoon dari jauh. Bila Namjoon masuk ke satu bilik Seokjin berkira untuk ikut sama masuk. Seokjin ketuk pintu dan bila ada jawapan Seokjin buka pintu dan dia rasa nak pengsan bila Namjoon dengan selamba sedang membuka baju dan hanya bertuala sahaja. 

"Ba...ba...baju...kat mana?" Tergagap gagap Seokjin nak bertanya dan dia mula rasa segan. 

"Tu bilik pakaian" Namjoon jawab selamba dan terus masuk ke dalam bilik air. Seokjin telan liur dan segera mengambil sehelai kemeja untuk digosok. Bila dah selesai gosokkan baju dia tinggalkan di atas katil dan berdiri di luar bilik. 

"Seokjin!!!" Lima minit lepas tu berdentum suara Namjoon dan Seokjin cepat2 masuk semula. Dia dah bersedia sekalipun diherdik dan dikasari. 

"Aku nak kemeja kuning!" Jerkahnya dan Seokjin seakan rasa gegendang telinganya bergetar beberapa kali. Kuat sungguh. 

"Ya!" Seokjin terus berlari untuk mencari kemeja kuning. Bagai nak gila Seokjin bila mencari baju kemeja di dalam bilik besar itu. Jenuh dia membuka pintu almari tapi tak jumpa. Namjoon mula naik darah bila melihat Seokjin yang masih lagi tak jumpa kemeja yang dia nak. Dinding kaca itu tak membataskan penglihatannya. 

"Cepat sikit! Lembab!" 

Seokjin mencapai kemeja kuning dan mula menggosoknya. Selesai je terus dia berikan kepada Namjoon. Namjoon memakai kemeja itu tanpa riak dan kemudian dia buangkan kemeja itu dengan kasar ke lantai. 

"Kau pandai gosok baju tak?" Soal Namjoon kasar dan Seokjin diherdik kasar olehnya. 

"Aku nak kau gosok dari dalam dan ke luar. Aku nak every jahitan digosok. Kau gosok balik!" Tengking Namjoon dan cepat2 Seokjin ambil baju dilantai dan dia menggosoknya. 

Sekali lagi baju itu dibuang ke lantai. "Kau ingat aku pengemis? Pakai baju yang dah buang. Baju lain!" Arah Namjoon kasar dan menolak Seokjin sehingga jatuh ke lantai. Sengal siku Seokjin bila terhentak kuat pada lantai. Seokjin cuba untuk bangun dan dia kembali mampu berdiri. Dia mencari kemeja kuning lain dan mula menggosoknya. Air mata yang mula bergenang dia seka dengan cepat. 

Begitulah kerja harian Seokjin. Walaupun kerja dia sudah sempurna tetap nampak macam sampah pada Namjoon. 



"Saya...saya...nak minta izin" kecut jugak Seokjin nak cakap dengan Namjoon.Namjoon yang sedang makan angkat muka pandang Seokjin tajam. 

"Saya nak keluar" laju Seokjin membuka mulutnya. 

"Mana?" Soal Namjoon malas. 

"Kerja" jawab Seokjin perlahan dan Namjoon berhenti masukkan makanan ke dalam mulutnya. Dia memandang Seokjin yang hanya tunduk memandang lantai dan meletakkan sudu dan garfu dengan kasar. 

"Kau ingat aku tak mampu ke nak bayar kau?" Soal Namjoon bengang. 

"Bu...bukan. saya...nak...kerja" jawab Seokjin takut. Serta merta bunyi pinggan pecah bertaburan kedengaran. Namjoon menepis pinggan di atas meja sehingga semuanya jatuh ke lantai. Dia bangun dari kerusi dan tenung Seokjin dalam. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now