12

129 5 0
                                    

"Dia datang dengan apa?" Soal Namjoon pula. 

"Teksi" jawab taehyun. 

"Hantar dia balik rumah, jangan bagi dia naik teksi" arah Namjoon pula dan taehyun terima arahan dengan baik. 

"Isteri?" Soal jungkook berminat. Namjoon hanya angguk dan senyum. 

"Boleh saya kenal?" 

"Excuse me?" Soal Namjoon balik. Pelik. 

"Ya la, orang cakap tulang belakang seorang suami ialah isterinya. Saya nak jugak kenal isteri orang yang berjaya depan saya ni" jawapan dari jungkook buatkan Namjoon serba salah. Tapi, dia memang nak jaga hubungan baik dengan client pentingnya ini. 

"Why not, hyun panggil Puan" arah Namjoon dan taehyun hanya menurut. 

Seminit kemudian Seokjin masuk ke dalam pejabat Namjoon buat pertama kali. Jungkook dan Seokjin berpandangan lama seakan cuba untuk mengingat sesuatu. Mereka pernah berjumpa! 

"Seokjin? Seokjin...right?" Soal jungkook pada Seokjin dan Seokjin telan liur yang terasa pahit. Seokjin pandang Namjoon yang melihat mereka pelik. 

"Yes! You are. Tak ingat saya? Jungkook anak aunty heechul"jungkook perkenalkan dirinya dah gaya macam orang bodoh je. Seokjin dalam senyum nipis anggukkan kepala. Dia risau dengan pandangan tajam Namjoon menikam wajahnya. 

"Kenal?"soal Namjoon bingung. 

"Not really, dia pernah tumpang rumah kami masa sesat  dulu" terang jungkook ringkas dan tergelak sikit. Seokjin hanya mampu ukir senyum dan pandang lantai. Tak tahu mata dia harus mengarah pada siapa. 

"Tergurlah" Namjoon bersuara dan Seokjin pandang Namjoon. 

"Aunty sihat?" Soal Seokjin sopan dan jungkook ukir senyum bahagia. 

"Sihat. Dia cakap lupa nak ambil nombor awak. So, why not sekarang?" Soal jungkook dan Seokjin rasa serba salah. Telefon tak ada, macam mana nak bagi nombor. 

"Telefon Seokjin rosak. Jadi, bagi nombor rumah je la" Namjoon utarakan cadangan bila Seokjin diam je. Seokjin pandang Namjoon seakan tak percaya tapi dia dengar jugak cakap Namjoon itu. Perbualan mereka habis di situ saja dan Namjoon mula bincangkan soal kerja. 

Seokjin tahu dia akan kena marah nanti jadi dia dah ready sangat. 

"Siapa Jeon jungkook tu?" Ha! Baru je sebut dah jadi. Seokjin telan liur dan letakkan mangkuk sup atas meja. 

"Saya...tumpang rumah dia. Malam tu" jawan Seokjin cuak. 

"Bila?" Soal Namjoon tegas. 

"Malam kita pergi tu" jawab Seokjin lagi. 

"Kau tumpang rumah lelaki? Perempuan apa kau ni?!" Soal Namjoon kasar dan dia menepis mangkuk sup panas itu sehingga terkena kaki Seokjin. 

"Awww..." adu Seokjin sehingga terduduk bila sup panas itu tertumpah atas kakinya. Pedih rasa kaki dia sekarang ni, untung tak melecur je. 

Namjoon terkedu dengan tindakannya tapi dia tak endahkan Seokjin malah keluar dari dapur. Seokjin meniup kakinya yang sakit dan membersihkan dengan air. 

Namjoon semakin dingin lebih2 lagi bila jungkook dan Seokjin kembali berhubung. Pada suatu malam Namjoon terdengar perbualan Seokjin dan jungkook menyebabkan dia rasa sangat marah. "Saya ingatkan aunty yang call" jawab Seokjin takut bila dijerkah Namjoon. Lengan Seokjin dipegang kasar dan Seokjin tergerak ke depan beberapa langkah. 

"Pergi mampuslah! Kau ingat aku bodoh?!" Tempik Namjoon dan Seokjin rasa tersangat takut dan sakit. 

"Betul...dia cuma nak tanya khabar je" penerangan Seokjin hanyalah sia sia dan tak bermakna langsung pada Namjoon. 

"Masuk!" Arah Namjoon tegas dan Seokjin masuk ke dalam kolam renang yang dingin itu. Rasa sejuk menjengah segenap tulangnya. 

"Kau tidur dalam ni!" Namjoon berlalu setelah menghukum Seokjin. Dia naik ke biliknya dan baring atas katil. Dia rasa sangat kusut bila keadaan dah jadi macam ni. Perasaan dia bercelaru dan dia rasa sangat serabut dengan rentak perasaannya. 

Dia cuba lelapkan mata tapi tak berdaya, dia kerling jam di dinding, sudah tiga pagi. Dia bangun dari baring dan ke beranda untuk melihat Seokjin. 

Dia perhatikan Seokjin yang lemah, letih, pucat dan mengantuk itu. Sesekali Seokjin melurut masuk ke dalam air kerana terlelap dan Namjoon risau juga jika Seokjin terlelap dan lemas. 

"Naiklah..." gumam Namjoon perlahan dengan harapan Seokjin akan ingkar arahannya dan keluar dari kolam renang. 

"Bodoh...keluarlah..." Namjoon bersuara lagi. Bila Seokjin betul2 terlelap dan melurut masuk ke dalam air dan tak timbul lagi menyebabkan Namjoon risau. 

"Seokjin!!!" 

"Seokjin!!!" Panggilan yang tak bersahut itu menyebabkan Namjoon berlari turun ke kolam dan terus terjun bila melihat Seokjin sudah hampir ke dasar. Dia menarik Seokjin naik ke tepi kolam dan menepuk pipi Seokjin lembut. Sejuk badan Seokjin seakan mayat je. 

"Seokjin! Buka mata!" Arah Namjoon tegas tapi Seokjin langsung tak bergerak. Namjoon letakkan kepala Seokjin dan dia lakukan pernafasan mulut ke mulut. 

Beberapa kali barulah Seokjin terbatuk batuk dan air keluar dari mulutnya. Namjoon angkat badan itu dan berlari naik ke biliknya. Seokjin diletakkan dalam keadaan basah kuyup di atas katil dan dia selimutkan badan Seokjin. 

"Baju dia!" Kalut betul Namjoon sekarang ni dan dia tanggalkan baju Seokjin cepat2. Dia terdiam bila melihat tubuh itu dan matanya terasa hangat. 

Bukan kerana malu tapi kerana kasihan. Terlalu banyak kesam lebam dan biratan merah pada kulit putih itu. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now