21

123 6 0
                                    

Dia berikan satu ciuman ringkas yang berjaya buatkan Seokjin terkejut dan menolaknya jatuh ke dalam kolam. 

"Kau dah dapat aku" ujar Namjoon dan Seokjin pandang Namjoon terkejut. Jarinya masih lagi melekap pada bibirnya. Dia ukir senyum bermakna dan gigit bibir bawahnya. 

"Tapi saya tak pandai berenang" 

"Sokay, aku boleh ajar" ujarnya tenang dan Seokjin ukir senyum lagi. 

"Awak betul2 nak saya?" Soal Seokjin balik. 

"Bukan kau ke desperate nak aku?" Soal Namjoon sinis. Seokjin lompat terjun kolam lagi sekali dan memeluk erat Namjoon. 

"Saya desperate sangat!" jawab Seokjin yakin dan bibir Namjoon ukir senyum. Walaupun ringkas tapi ikhlas. Namjoon tak membalas pelukan itu tapi dia menghargainya. Pelik betul dia dengan perangai Seokjin ni. 

'Betul ke dia sayang aku?' Soal batinnya sendiri. Seokjin terlalu beri perhatian pada dia sampaikan dia rasa yang Seokjin sayangkan dia tapi, dia juga takut dengan bayangan hoseok. Mereka terlalu secocok berdua dan bersama. 

"Kalau hoseok masih hidup. Antara aku dan dia? Siapa kau pilih?" Soalan Namjoon yang tak dijangka itu buatkan Seokjin lepaskan pelukan dan dia memegang tangga kolam. Dia memanjatnya naik dan berdiri. 

"Kalau hoseok hidup, saat itu saya isteri awak. Saya akan pilih awak" jawab Seokjin yakin dan berlau pergi. 

Namjoon rasa sebak dan hampir menangis bila Seokjin cakap sedemikian. Dia tahu, dalam bicara Seokjin selalu sahaja ikhlas. Andai hoseok tak meninggal, Namjoon tak akan dapat merasa cinta sebenar. 

"Hoseok hyung. Kau dah dapat perempuan terbaik" Namjoon menggumam sendiri dan dia ikut sama naik. Apa jadah jugak dalam baju kerja lagi dah berenang sakan. Dia keluar dari kolam dan melihat barangnya yang dicampak tadi. 

"Ah! Telefon pun aku campak sebab nak selamatkan kau" Namjoon mengambil telefon dan begnya. Dia senyum lagi dan masuk ke dalam rumah. Seokjin sudah datang bersama dengan sehelai tuala kering dan dia berikan kepada Namjoon. Barang di tangan Namjoon dia ambil dan hantar ke bilik Namjoon. 

Namjoon malas nak menukar pakaian di bilik air jadi dia melucutkan pakaian basah disitu sahaja dan memakai tuala je. Untung tak jatuh tergolek atas tangga dengan aksi Namjoon ni. 

Seokjin patah balik daripada turun tangga dan masuk ke biliknya. Namjoon ukir senyum lagi dan masuk ke biliknya pula. Pakaian kering dia dah tersedia atas katil. Namjoon masuk ke dalam bilik air dan dia terus mandi. 

Setelah selesai mandi dan berwudhuk dia keluar semula dan memakai baju.

Seokjin rasa air matanya hampir menitis bila melihat Namjoon

'Apa dah jadi dengan Namjoon?' Soal hati Seokjin sendiri tapi dia suka. Terlalu suka. 

"Jin" panggilan itu buatkan Seokjin tersentak dan berkalih memandang Namjoon. 

"Aku lapar" ujarnya

"Dah sedia. Jom" ajak Seokjin senang tapi Seokjin pelik bila Namjoon hulurkan tangannya. Terkebil kebil Seokjin tengok tangan itu dan dia menggaru telinga yang gatal. 

Namjoon menarik tangan Seokjin dan mereka ke dapur serta merta. Seokjin tersengih bila Namjoon menariknya untuk ke dapur. Kerusi di tarik dan Seokjin didudukkan dengan agak kasar. Seokjin bangun semula untuk meletakkan nasi ke dalam pinggan Namjoon. 

Usai membersih pinggan Seokjin tahu, pasti Namjoon berada di laman untuk hisap rokok. Namjoon tak pernah hisap rokok di dalam rumah. Seokjin duduk disebelah Namjoon tanpa pelawaan dan dia mencapai kotak rokok Namjoon. 

Sebatang rokok di tarik keluar dan pemetik api dicapai. Baru sahaja Seokjin mula menyalakan api, rokok di mulut Seokjin ditarik kasar dan di campak ke tanah. 

"No! Kau tak boleh merokok" Namjoon bertegas dan Seokjin ambil lagi sebatang rokok dan diletakkan dibibirnya. Sekali lagi juga rokok itu diambil dan dicampak ke tanah. 

"Tak faham bahasa ke?" Soalnya kasar dan Seokjin buat bodoh malah mencapai lagi sebatang rokok. Rokok terakhir Namjoon dalam kotak itu. Namjoon membuang semua rokok termasuk di mulutnya yang baru sahaja dihisap satu suku. 

"Good" ujar Seokjin bila selamat rokok Namjoon dicampak ke tanah. Seokjin mengutipnya dan membuang ke dalam tong sampah. 

"Kau sengaja kan?" Soal Namjoon geram dan Seokjin anggukkan kepala. Dulu hoseok pun seorang yang suka hisap rokok jugak. Tak semua orang hisap rokok tu jahat or nakal, but, it looks like that. Hihihi. Tak semua orang jahat dan nakal hisap rokok jugak. Kan? 

"Ni dah jadi habit aku" ujar Namjoon lagi. 

"Kalau macam tu, saya akan jadikan habit jugak. Jangan lupa, saya desperate nak awak" sempat Seokjin kenyitkan mata sebelum naik ke biliknya. Namjoon hilang kata seketika bila Seokjin cakap macam tu. Seokjin dah jadi pelik dan cukup berani sekarang. Malah, nakal dan sedikit kejam pun dah ada tapi, Namjoon suka. Suka semuanya yang ada pada Seokjin. 

Di pejabat juga Namjoon akan berada di bilik stor untuk hisap rokok dan Seokjin kenal sangat Namjoon ni. Dulu dia tak berani nak menegur tapi sekarang Namjoon dah tak gunakan kekerasan padanya dan dia jadi suka. Seokjin ikut masuk ke dalam stor dan menutup pintu rapat, malah menguncinya pula. 

"Saya nak satu" pinta Seokjin pada Namjoon. 

"Ni je ada!" Tungkas Namjoon pula. Bohong sangat. Tapi memang dalam tangannya kini hanya ada sebatang. 

DIA TERPAKSA SOROK ROKOK SEBAB SEOKJIN AKAN BUANG SERTA MERTA KALAU TERNAMPAK.
ha! Sign board la tu. 

"Ok. Share" Seokjin mengambil rokok itu dan dia matikan apinya dengan segera. Dia tinggalkan Namjoon keseorangan di situ. 

"Jin!" Panggil Namjoon tapi Seokjin just buat bodoh dan pergi. Namjoon tersenyum sinis dan keluarkan sekotak rokok di dalam poket seluarnya.

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now