18

113 7 0
                                    

Namjoon perhatikan Seokjin yang seronok bermain air di tepi kolam. Hasratnya nak bermain air bersama Seokjin dibatalkan dan dia menolak badan Seokjin sehingga jatuh ke dalam kolam. Seokjin mula terkapai kapai tapi Namjoon hanya memandang. Tapi, bila Seokjin seakan tenggelam dia segera terjun dari kolam dan menyelamatkan Seokjin.

"Jin!" Panggil Namjoon keras bila Seokjin tak sedarkan diri lagi dah. Namjoon menggosok kasar belakang Seokjin dan air keluar dari mulut Seokjin. Seokjin terbatuk batuk dan Namjoon memegang pipi Seokjin.

"Ok?" Soal Namjoon risau dan Seokjin angguk.

"Kalau ok senyum" pinta Namjoon mengarut tapi yang tak boleh blahnya, Seokjin senyum. Nak je Namjoon peluk cium insan yang begitu polos ini. Seokjin rapatkan badannya dan dia merangkul erat leher Namjoon.

"Sejuk" ujarnya perlahan dan Namjoon merapatkan badannya juga dan memeluk Seokjin erat.

"Tak pandai berenang" ujar Seokjin dan Namjoon angguk faham. Kejam betul jadi orang, tolak isteri sendiri dalam kolam.

Sejak tahu Seokjin tak pandai berenang bukannya nak jauhkan Seokjin dari kolam malah sengaja nak Seokjin belajar berenang.

"Joon..." rayu Seokjin bila Namjoon meminta dia turun ke dalam kolam renang.

"Bunyi hebat sangat 'sanggup' kau tu" itulah bahan yang Namjoon gunakan untuk memaksa Seokjin. Seokjin turun ke dalam kolam perlahan lahan dan Namjoon ukir senyum gembira. Dia terjun ke dalam kolam sengaja percikkan air di wajah Seokjin.

"Come!" Panggil Namjoon supaya Seokjin datang kepadanya, Seokjin gelengkan kepala dan mula memanjat tangga untuk naik semula tapi Namjoon sudah berada di belakangnya.

"Now" bisik Namjoon ditelinga Seokjin dan memeluk pinggang itu supaya turun dari tangga. Seokjin mula terkapai kapai bila kakinya tak mencecah lantai lagi dan dia segera memeluk erat badan Namjoon yang tak berbaju itu. Namjoon tergelak besar bila Seokjin seakan anak kecil yang begitu takutkan air.

"Tak nak..." rayu Seokjin takut dan masih lagi erat memeluk leher Namjoon.

"Aku nak kau pandai berenang jugak." Ujar Namjoon tak pedulikan perasaan Seokjin langsung. Namjoon leraikan pautan Seokjin dan biarkan Seokjin di tempat dalam itu sendiri. Bila Seokjin dah lemas dia dapatkan Seokjin balik. Terbatuk batuk Seokjin bila air masuk ke dalam mulutnya. Dasar diktator kejam!

"Tak nak dah..." Seokjin gelengkan kepala beberapa kali dan Namjoon lagi seronok nak kenakan Seokjin.

'Lets play the game' Seokjin bercakap gaya setan dalam hatinya dan bila Namjoon lepaskan dia di dalam air dia sengaja tenggelamkan diri sebab dia tahu, dia tak pandai berenang tapi nafas dia agak panjang. Dia bertenang dan biarkan dirinya tenggelam.

"Jin!" Panggil Namjoon kuat bila Seokjin tak muncul dipermukaan air. Dia berenang ke dasar dan Seokjin ada di sana. Cepat2 dia selamatkan Seokjin dan menarik Seokjin ke permukaan dan meletakkan Seokjin di tepi kolam. Dia menepuk pipi Seokjin beberapa kali tapi Seokjin tetap juga kaku. Bila dia letakkan jari dihidung Seokjin sudah tiada hembusan lagi. Namjoon mula khuatir dan dia gelabah.

"Min Seokjin! Aku arahkan kau sedar sekarang jugak!" Jerit Namjoon tapi Seokjin masih lagi diamkan diri. Namjoon letakkan telinganya di dada Seokjin untuk dengar heartbeat. Masih lagi berdenyut.

"Jin!" Panggilan Namjoon hanyalah sia2. Namjoon telan liur dan dia buat CPR. jalan terakhir untuk selamatkan Seokjin tapi Seokjin tetap juga tak beri apa2 respon.

"Jin..." panggil Namjoon lemah dan memeluk badan kaku Seokjin lemah. Dia angkat Seokjin ke dalam kereta dan bila dia memandang Seokjin semula mata Seokjin mula terbuka perlahan lahan. Namjoon pegang kedua pipi Seokjin dan dia ukir senyum lega.

"Aku ingatkan kau dah mati!" Bentak Namjoon dan Seokjin sembunyi senyum. Dia larikan tangan Namjoon dari pipinya dan keluar dari kereta.

"Biarlah, kalau saya mati pun kenapa? Awak nak tinggalkan saya kan? Awak dah buang saya" Seokjin terus menonong masuk ke dalam rumah dengan senyuman melebar. Seokjin gembira sebab dia tahu yang Namjoon ambil berat tentangnya. Merajuk tadi? Taktik!

Namjoon mengeluh dan melihat tubuh itu pergi tinggalkannya. Dia salahkan diri sendiri lagi. Sebab dia nyawa Seokjin hampir melayang dan dia akan kehilangan Seokjin buat selamanya.

Seokjin gembira betul bila Namjoon belikan dia baju baru dan ajak dia keluar makan malam bersama sama.

"Mulai esok kau kerja di office aku" ujar Namjoon bila berada di dalam kereta bersama Seokjin. Seokjin tayang wajah tak suka, dia lebih suka duduk di rumah dan tunggu Namjoon balik daripada kena kerja. Dia tak nak bahagikan masa untuk Namjoon dan kerja. Dia nak sepenuh masanya bersama Namjoon je.

"Tapi...saya suka duduk rumah" bantah Seokjin secara halus.

"Kau nak jadi penganggur terhormat ke? Siapa nak bagi kau makan?" Soal Namjoon kasar dan Seokjin berdiam diri kerana terasa hati. Namjoon telan liur dan dia rasa bersalah bila buatkan Seokjin diam.

"Saya sudi jadi maid awak. Sampai mati pun" jawab Seokjin perlahan dan Namjoon terkejut dengan jawapan sebegitu. Dia tak menyangka yang Seokjin sanggup berkorban untuknya sedemikian rupa.

"Aku nak kau kerja dengan aku dan kau kena dinner dengan kawan aku malam ni" Namjoon terusan memberi arahan dan Seokjin hanya mampu diam menurut. Dua malam lepas Namjoon temukan dia dengan seorang lelaki, entah apa maksud Namjoon lakukan hal sedemikian. Aturkan blind date untuk isteri sendiri. Out of mind barang kali.

"That guy. Turun" arah Namjoon dan menunjukkan seorang lelaki yang kemas berkemeja ungu. Dengan berat Seokjin buka pintu kereta dan keluar. Dia memandang Namjoon dengan harapan Fizi akan tarik balik benda yang dia sedang buat ni. Namjoon memaksa Seokjin untuk masuk ke dalam restoran itu.

"Sekalipun awak tak suka saya, awak tak perlu carikan orang lain untuk saya" lemah Seokjin bertutur tapi dia tetap melangkah masuk ke dalam restoren itu. Kalau ikutkan hati nak je dia hempuk Namjoon dan lelaki itu dengan kayu besbol.

"Aku nak yang terbaik untuk kau" gumam Namjoon perlahan bila Seokjin berjalan perlahan masuk ke dalam restoran.

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now