8

103 5 0
                                    

"Lain kali aku call kau lagi ya. Ada kerja ni chow!"jimin terpaksa meletakkan panggilan dan Seokjin bertambah sedih. 

"Wah! Wah! Wah! Hebat kau ya" Namjoon yang muncul entah dari mana sambil bertepuk tangan menyebabkan Seokjin terkedu. 

"Rindu? Kenapa? Rumah ni macam neraka ke?" Soal Namjoon sinis dan Seokjin telan liur. 

"Ke kau ada jantan lain kat luar? Lebih baik dari aku?" Soal Namjoon lagi dan Seokjin rasa perutnya kecut sebab terlalu takut. Rambut Seokjin dipegang kemas dan Seokjin menahan sakit. 

"Siapa yang kau rindu?!" Soal Namjoon kasar dan menolak badan Seokjin hingga terjatuh ke lantai. Telefon Seokjin diambil dan digenggam kemas. 

"Siapa?!" Soal Namjoon keras. 

"Ka...kawan...se...se...sekerja" jawab Seokjin takut. 

"Bukan dah berjuta kali aku pesan. Jangan libatkan diri kau dengan orang luar!" Tengking Namjoon sehingga Seokjin menikus terkejut. 

"Bodohnya kau ni!" Kepala Seokjin ditunjal kuat sehingga dia rebah lagi. 

"Apa lagi yang ada dalam telefon ni?" Soal Namjoon sinis dan dia duduk di atas katil di bilik Seokjin. Dia mula mencari cari sesuatu. 

"Oh, hoseok?" Soal Namjoon dan gelak jahat. 

"Kau ingat orang dalam kubur boleh angkat call ke?" Soal Namjoon lagi dan dia terus gelak jahat. 

"Banyaknya gambar. Gambar hoseok pun banyak ni. Kau rindu dia ke?" Soal Namjoon dengan suara dibuat buat kesian. Seokjin hanya mampu memandang Namjoon takut. 

"Hebat! Ada folder lagi. Hyung ya?" Soal Namjoon jahat dan dia menekan sesuatu. 

"Meh sini!" Panggil Namjoon dan Seokjin dengan takut mendekati Namjoon. 

"Jari kau?" Pinta Namjoon dan Seokjin hanya mampu menurut. 

"Option, delete, yes!" Namjoon tersenyum puas bila Seokjin sendiri yang memadamkan gambarnya dan hoseok. Air mata Seokjin mulai gugur bila gambar itu mula terpadam. Namjoon bangun dari katil dan dia berdiri di beranda. 

"Rasa macam dalam drama sedih je." Namjoon berkata sinis dan dia memegang telefon Seokjin tinggi. 

"See this!" Saat itu juga telefon Seokjin dibaling jatuh ke atas tanah dan pastinya berderai. Seokjin berlari ke beranda dan dia hanya mampu menangis bila hadiah yang dibelikan Irfan sudah musnah sepenuhnya. 

"Aku tahu, telefon tu hoseok yang hadiahkan. Kan?" 

"So! My pleasure to destroy it!" Namjoon gelak jahat dan berjalan keluar dari bilik Seokjin. 

"Lupa! Laptop kau mana?" Soal Namjoon setelah kembali semula ke bilik Seokjin. Seokjin memandang mejanya dan Namjoon segera melangkah ke meja itu. Dia mengambil laptop itu dan berlalu pergi. 

Seokjin terus menangis hiba dan dia berlari turun ke laman untuk melihat telefon itu. Dari jauh dia sudah nampak setiap cebisan telefon itu dan dia terduduk lemah di atas rumput. 

Air matanya mengalir laju dan dia biarkan sahaja rasa sedih dan sakit itu. 



Seokjin melihat Namjoon yang baru sahaja balik dari kerja. Seokjin dengan langkah lemah mengambil beg di tangan Namjoon tanpa senyuman. 

Namjoon angkat kasar dagu Seokjin supaya memandannya kerana dia sakit hati betul bila Seokjin tak berikan senyuman dan layan dia seperti biasa lagi sejak hari dia buang telefon milik Seokjin itu. 

"Kau nak protes ke ni?!" Soal Namjoon kasar dan Seokjin menahan sakitnya yang melampau. Cengkaman Namjoon dipipinya sangat kuat. 

"Ta...tak..." jawab Seokjin lemah dan air mata mula menuruni pipinya. Kali ini Namjoon terdiam bila melihat wajah sedih itu. Namjoon menolak Seokjin sehingga terjatuh dan dia berlalu ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup dengan kasar dan dia membuka bajunya dengan kasar. 

Dia tumbuk cermin sehingga pecah dan tangannya luka dan berdarah. Dia biarkan darah mengalir dari tangannya kerana dia rasa lebih tenang begitu. Dia terduduk dan memarahi dirinya sendiri. 

Bunyi benda pecah menyebabkan Seokjin berhenti menangis serta merta dan berlari ke bilik Namjoon. Dia terkejut bila melihat cermin bertaburan di lantai dan matanya jatuh pada tangan Namjoon yang luka. 

Seokjin berlari mendapatkan Namjoon dan dia duduk disebelah lelaki itu. Dia tak faham kenapa dia perlu risau sangat tapi dia memang tak boleh tengok Namjoon cedera. 

"Namjoon..." hanya itu yang mampu keluar dari mulut Seokjin kerana terlalu risau. Kotak tisu di atas meja diambil untuk lap darah tapi tak berjaya kerana darah keluar terlalu banyak. 

Dalam keadaan darurat macam tu Seokjin mengoyak skirtnya kerana dia tak rasa selamat untuk tinggalkan Namjoon seorang diri sementara dia mencari kain balutan. 

Namjoon hanya memerhatikan wajah cuak itu tanpa sebarang bantahan. Seokjin membalut luka Namjoon dengan berhati hati dan matanya mula bergenang. 

"Saya tak kisah awak marah saya, tapi tolong jangan cederakan diri awak" rintih Seokjin sayu dan memandang anak mata Namjoon. Namjoon ingin memeluk tubuh itu tapi egonya membataskan.

"Aku ok" Namjoon bersuara serius dan bangun dari situ. 

"Kemas!" Arahnya tegas dan Seokjin hanya mampu menurut. Seokjin mengambil penyapu dan mula menyapu. Dia membersihkan semua serpihan dan Namjoon duduk di birai katil sambil memerhatikannya. 

"Saya ambilkan ubat" Seokjin keluar dan membawa first aid kit kepada Namjoon. Dia bersimpuh di lantai dan tangan Namjoon diraih dengan lembut. 

Dia bersihkan luka itu dan meletakkan ubat sebelum membalutnya. Namjoon hanya mampu diam dan biarkan Seokjin merawatnya. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now