6

106 6 0
                                    

"Bro, bini kau tak power ke? Cari minah lain" soal jackson dalam keadaan mabuk dan Namjoon tersengih. Rangkulannya pada pinggang perempuan itu semakin erat. 

"Tiada selera langsung!" Jawab Namjoon dan gelak jahat. 

"Bila kau nak kenalkan kat kami?" Soal jaebum pula dan Namjoon gelak lagi. 

"Pergi mampus la perempuan tu." Jawab Namjoon malas dan dia terus layan rasa mabuknya. Fikiran dia pada Seokjin langsung tiada. 

Seokjin menunggu Namjoon dengan sabar, semuanya kerana arahan Namjoon. Namjoon nak dia tunggu kepulangan Namjoon selalu. Sama ada dia balik atau tak dia tak peduli, apa yang dia tahu, setiap kali dia melangkah masuk, muka pertama yang dia nak tengok ialah Seokjin. Dia nak Seokjin layan dia macam raja dan Seokjin hanyalah hamba. 

Seokjin pernah disuruh tidur di dalam kolam renang kerana masuk tidur sebelum Namjoon balik. Seokjin kalau boleh tak nak menaikkan darah Namjoon lagi dah. Badan dia dah tak ada tempat untuk merasai mana2 luka atau lebam lagi dah. 








Penungguan Seokjin sia2 sahaja bila Namjoon tak balik semalaman dan dia tertidur dalam keadaan terduduk dan bersandar pada pintu. 

Badannya tersembam ke depan bila pintu ditolak dengan kasar dari luar. Berpisat Seokjin bangun dalam keadaan mamai dan Namjoon sudah balik. Namjoon tersengih sinis melihat keadaan Seokjin yang tak cukup tidur kerana menunggunya balik. 

"Aku nak air suam. Dalam bilik" Namjoon memberi arahan seperti biasa dan Seokjin mengangguk faham. 

Dia lega walaupun dia tersedar lewat, dia tak kesiangan. Dia segera menyediakan apa yang Namjoon minta dan ke bilik Namjoon. Saat itu Namjoon sudah bertuala dan bersedia untuk mandi. 

Seokjin hulurkan air suam dan Namjoon meneguknya sampai habis. Kelihatan dahaga betul. 

"Sediakan baju" arah Namjoon dan masuk ke dalam bilik air. Seokjin mengambil kemeja yang sesuai, paling tak, dia kena tukar kemeja lain je nanti. Dia tahu yang Namjoon sengaja tapi dia tak tahu kenapa. 

Bila Namjoon keluar dari bilik air Seokjin masih lagi di dalam biliknya. Namjoon pandang Seokjin dan dia tahu Seokjin sedang perhatikan sesuatu pada badannya. 

Namjoon rasa teringin pula nak menguji Seokjin jadi dia mendekati Seokjin dengan sangat rapat sehingga bauan mandiannya dapat dihidu Seokjin. 

Walaupun dia dah kalis tengok Namjoon tak berbaju, tapi dia rasa kekok bila berdiri sedekat ini dengan Namjoon. Air rambut Namjoon membasahkan hidung mancung Seokjin dan Seokjin semakin tak keruan. 

"Apa yang kau tengok?" Soal Namjoon berbisik ditelinga Seokjin. Seokjin dapat rasa hangat nafas Namjoon dan jiwanya bergelodak hebat. Seokjin terkebil kebil memikirkan jawapan yang sesuai. Terasa kerongkongnya terlekat tulang buaya untuk keluarkan suara. 

"Apa?" Soal Namjoon lagi dan semakin mendekat dengan Seokjin. Seokjin undurkan dua langkah dan dia tunjukkan tepat pada dada dan leher Namjoon. 

"Awak...awak...kena gigit semut ke?" Soal Seokjin tergagap gagap bila melihat banyak kesan merah pada badan putih itu. Namjoon memandang badannya dan dia terdiam. Seokjin bukannya tak tahu apa maksud kesan merah itu tapi dia tak pasti nak cakap macam mana dan satu saat dia rasa cemburu. Kenapa? Hanya Tuhan yang tahu. 

"Keluar!" Arah Namjoon tegas dan Seokjin segera tinggalkan bilik itu. Namjoon pandang badannya depan cermin dan dia lepaskan keluhan berat. 

"Tak guna punya BITCH!" marah Namjoon dan menumbuk dinding kuat sehingga tangannya luka sedikit. 






Seokjin sudah kehabisan idea untuk lakukan apa2 kerja setelah dia selesaikan semuanya. Rumah Namjoon sangat besar dan cantik tapi kenapa mama dan papanya tak tahu di mana Namjoon tinggal. 

Seokjin rasa pelik dengan keluarga ini tapi dia tak pernah ambil pusing. Seokjin membuka ikatan rambutnya dan baring di sofa. Kerja di waktu lapang Seokjin adalah. Tidur! 

Jadi, dia akan ambil kesempatan sementara Namjoon sedang bekerja. 








Namjoon yang kepenatan setelah balik dari kerja terus buka pintu dengan kasar kerana Seokjin tidak menyambutnya pulang seperti biasa. Namjoon berjalan dengan marah masuk ke dalam rumah dan dia perhatikan keadaan rumahnya. 

"Mana pulak perempuan ni?" Bengang betul Namjoon dengan Seokjin. Dia berjalan ke arah sofa dan melihat Seokjin sedang lena disitu. 

Dia pandang wajah itu geram dan dia berhasrat untuk mengejutkan Seokjin tapi, bila dia lihat wajah polos itu dia batalkan hasratnya. Dia duduk di sofa dan perhatikannya cukup lama. 

"Hyung..." dalam tidur Seokjin memanggil nama itu dan Namjoon rasa darahnya kembali menggelegak. Bantal di capai dan dibaling kuat ke atas muka Seokjin sehingga Seokjin jatuh dari sofa. 

Berpisat Seokjin bangun dan terus bersiri tegak. Rambutnya yang tak terurus buatkan wajahnya kelihatan agak lucu. Tapi, bukan itu yang menarik minat Namjoon. Bauan dari rambut Seokjin yang buatkan dia rasa senang. 

Tanpa dia sedar tangannya membaiki rambut Seokjin sehingga Seokjin hilang kata2. Pada masa yang sama dia takut Namjoon akan merentap rambut panjangnya itu. 

"A...awak...nak makan?" Soal Seokjin gagap bila Namjoon buat kali pertamanya menyentuhnya dengan lembut. Namjoon tersedar akan tingkahnya dan dia melarikan tangannya. Dia memandang ke tempat lain sebelum kembali memandang Seokjin. 

"Aku dah pesan banyak kali, aku makan atau tak tetap masak! Tu pun susah ke nak faham?" Soal Namjoon kasar dan Seokjin mula menunduk memandang lantai. 

"Angkat beg aku, masuk bilik!" Namjoon meninggalkan Seokjin dan Seokjin segera melakukan perkara yang diminta Namjoon. Seokjin masuk ke dalam bilik itu dan melihat Namjoon sedang bersusah payah membuka butang bajunya. 

Dah mula berkerut muka Namjoon bila dia tak mampu nak membuka butang bajunya sendiri. Seokjin berkira untuk menolong tapi dia bimbang dimarahi jadi dia hanya diam dan pandang. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now