17

117 6 0
                                    

Sejak itu dia mula tanamkan cinta untuk Namjoon dan rasa itu semakin mendalam bila dia menjadi isteri. Dulu dia tak percaya yang dia mampu mencintai lelaki lain tapi Tuhan itu adil. 

Seokjin meraih tangan Namjoon dan menggenggamnya erat. Namjoon kembali memandang Seokjin dan dia tundukkan wajah. Air hangat mengalir di pipinya menyebabkan rasa egonya sebagai lelaki jatuh merudum. Seokjin merapatkan diri pada Namjoon dan memeluk tubuh tegap itu erat. 

"Aku tak pernah rasa disayangi" luah Namjoon sebak dan Seokjin semakin eratkan pelukannya. Belakang Namjoon diusap lembut dan Namjoon membiarkan dirinya ditenangkan Seokjin. 

"Hoseok sayang awak. Dia menyesal sangat tak sempat nak tunjukkan sayang tu." Ujar Seokjin lagi dan Namjoon melepaskan pelukan Seokjin. 

"Aku tak tahu" Namjoon bangkit dan tinggalkan Seokjin sendirian di sofa. Seokjin rasakan dengan menceritakanceritakan hal yang sebenar pada Namjoon keadaan membaik tapi keadaan menjadi sepi dan tiada jawapan yang pasti. Seokjin mengesat air matanya dan dia ikut sama kembali ke bilik. 

"Kau benci orang yang salah!" Marah Namjoon pada dirinya sendiri dan dia terus meringkuk di sebelah katil. Dia terlalu memaksa diri untuk membenci sehingga tubuh Seokjin dikasari. Dia tak berhak memiliki wanita itu. Dia hanya layak untuk orang yang sama jahatnya seperti dia. Rasa benci pada diri sendiri bila tak mampu nak merasai cinta dari orang yang layak. 

"Kau  Pemabuk! Tak layak untuk min Seokjin !" Marah Namjoon lagi dan saat itu pintu biliknya terbuka. Seokjin melangkah perlahan dan dia melutut di sebelah Namjoon. Namjoon angkat muka pandang Seokjin dan dia rasakan perpisahan memang perlu. Dia perlu benarkan Seokjin memiliki cinta yang tulus, suami yang baik, bukannya setan bertopengkan manusia seperti dia. 

"Seokjin!dont touch me! Dont even you dare to stay close with me" marah Namjoon dan jauhkan dirinya. Dia membuka pintu bilik dan meminta Seokjin supaya pergi. Seokjin menggelengkan kepalanya dan Namjoon dengan kasar menarik tangan Seokjin supaya keluar. Bila sampai di muka pintu dia menolak tubuh itu sehingga terjatuh. Sekarang masanya untuk benci balik. Itulah yang Namjoon harapkan. Dia tak perlu kata maaf, dia cuma nak Seokjin benci dia. Esakan Seokjin di luar pintu dapat didengari Namjoon dengan jelas dan dia rasa ingin menikam dirinya sendiri. 

Setelah seminggu melayan Seokjin dengan dingin dia dah putuskan untuk melepaskan Seokjin. 

"Aku akan lepaskan kau kalau kau yang mintak" ujar Namjoon mendatar dan cawan di tangan Seokjin jatuh dan pecah. Seokjin cepat2 mengutip kaca yang pecah itu dan tangannya yang berdarah dia tak pedulikan. Namjoon hanya tayang muka bodoh tanpa memandang Seokjin. 

Seokjin membuang kaca itu ke dalam tong sampah dan membasuh tangannya, luka masih lagi berdarah tapi dia tak hiraukan langsung. 

"Saya takkan terima awak lagi selepas awak tinggalkan saya" ujar Seokjin dan mengesat air matanya. Namjoon terkejut bila Seokjin cakap macam tu dan dia seakan terpana. Tangan Seokjin yang berdarah buatkan dia terbangun dari kerusi dan tangan Seokjin digenggam. 

"Tiada lagi peluang kedua" sambung Seokjin dan menarik tangannya pergi serta tinggalkan Namjoon termangu di situ. Namjoon rasa ada baiknya kalau dia hentak kepalanya di situ dan ingatannya hilang. Ingatan yang dia telah menyiksa Seokjin selama berbulan bulan ini. 

Namjoon mengambil first aid kit dan naik ke bilik Seokjin dengan tergesa gesa. Dia perlu rawat luka Seokjin yang disebabkan dirinya. Sampai bila dia nak mendera Seokjin? 

Pintu bilik yang terbuka luas buatkan Seokjin diam sejenak. Dia pandang Namjoon yang masuk ke biliknya tanpa ketukan. Namjoon terus ke katil dan tangan Seokjin dibelek sekilas. Dia segera meletakkan ubat tapi Seokjin menghalangnya. 

"Awak tak perlu pedulikan saya, awak benci saya, awak nak buang saya." Lirih Seokjin bersuara dan Namjoon pegun seketika. Seokjin bangun dari katil dan berdiri membelakangkan Namjoon. Namjoon ikut sama berdiri dan memalingkan badan Seokjin supaya menghadapnya. 

"Kau tak nak pergi dari rumah ni?" Soal Namjoon serius dan Seokjin gelengkan kepala. 

"Baiklah! Kau kena dengar semua arahan aku. Sanggup?" Namjoon memberi syarat pada Seokjin sangat mudah. 

"Sanggup!" Jawab Seokjin yakin dan Namjoon rasa hatinya tenang. 

"Now, let me cure you" pinta Namjoon dan Seokjin dengan senyuman menghulurkan tangannya. Namjoon jadi lemah setiap kali melihat senyuman bahagia itu. 

"Kau kena ready setiap kali aku nak 'guna' kau" ujar Namjoon tegas dan Seokjin pelik. 

"Nak guna saya?" Soal Seokjin perlahan. Namjoon pandang Seokjin sekilas dan angguk. 

"Nak guna jadi apa?" Soal Seokjin lurus dan Namjoon hampir tergelak dengan soalan polos itu. 

"Guna untuk ni" Namjoon bangun dari katil dan membuka bajunya dan Seokjin ternganga sikit. Seokjin terkebil kebil memandang Namjoon yang hanya berseluar pendek di depannya tanpa baju. 

"Urut?" Soal Seokjin lagi dan giliran Namjoon untuk ternganga. 

"Kalau nak saya urut kejap, saya ambilkan ubat" Seokjin bangun dari katil tapi Namjoon segera menolak tubuh kecil itu sehingga jatuh ke atas katil. Dia menindih Seokjin dan memegang kedua tangan Seokjin. Seokjin dah mula berdebar dan rasa gerun mula menguasai diri. Tapi dia biarkan sahaja. Seokjin dah faham dari perkataan 'guna' lagi tapi dia sengaja berlagak bodoh. 

Tangan Namjoon membelai rambut Seokjin dan jarinya mula bermain di wajah Seokjin. Seokjin telan liur dan dia biarkan je apa yang Namjoon lakukan. Dia suka la kut. 

"Awak" Seokjin menolak dada Namjoon bila Namjoon semakin mendekat dengannya. Namjoon angkat kening sebelah sebab dia yakin yang Seokjin akan mengalah. Dia tak pernah berniat untuk lakukan apa2 pada Seokjin pun sebenarnya. Saja nak uji kesanggupan Seokjin. 

"Saya period, jadi... ringan2 je ya?" Pinta Seokjin segan dan giliran Namjoon pula hilang kata2. Namjoon rasakan muka dia panas dan dia bangun dari katil Seokjin. Dia ambil baju di lantai dan menyarungnya semula serta cepat2 tinggalkan bilik itu. 

"Kenapa aku jadi malu?" Gumam Namjoon dan segera masuk ke dalam biliknya

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now