11

120 5 0
                                    

Dia melihat kesan biratan pada lengan Seokjin dan rasa marahnya semakin menggunung. 








Seokjin tersedar dari tidur dan badannya rasa sakit2 tapi dia masih lagi larat untuk bangun. Kenangan ngeri semalam buatkan dia rasa takut tapi saat dia terpandang wajah Namjoon yang lena disofa dia rasa tenang. 

Wajah Namjoon direnung lama dan dia masih lagi mampu rasakan pelukan hangat Namjoon. 

Seokjin turun dari katil dan dia terkejut bila dia berada di dalam bilik Namjoon. Dia keluar dari bilik itu perlahan lahan dan masuk ke biliknya. Dia sendiri masih trauma.

dia masuk semula ke dalam bilik Namjoon dan Namjoon masih lagi lena. 

Seokjin melihat ada kesan darah pada balutan tangan Namjoon dan dia segera mendapatkan Seokjin. balutan itu dirungkaikan dan Namjoon tersedar bila dia rasa sakit. Wajah Seokjin yang sedang tersenyum memandangnya buat dia rasa tenang. 

"Ok?" Soal Namjoon lembut dan Seokjin senyum sambil anggukkan kepala. Namjoon lega betul dan tangannya menyentuh kepala Seokjin. 

"Luka awak berdarah balik" Seokjin bersuara perlahan dan membersihkan luka itu. 

"Aku ok" jawab Namjoon dan Seokjin senyum lagi. 

"Aku nak mandi. Nak pergi kerja" ujar Namjoon selamba dan Seokjin rasa cuak nak bersendirian dalam rumah itu tapi dia tak cakap apa2 selain mengangguk. 

Seokjin rasa berat untuk biarkan Namjoon pergi sebab dia rasa sangat takut. Saat dia hulurkan beg kepada Namjoon dia seakan tak nak lepaskan beg itu je. 

Namjoon pelik dengan perangai Seokjin tapi dia tak rasa nak naik angin pula. Bila dia tatap wajah kesian Seokjin dia seakan dapat rasakan yang Seokjin harap dia tak pergi. 

"Fine! Aku tak pergi" Namjoon buat keputusan dan Seokjin tersenyum bahagia. Namjoon masuk semula ke dalam rumah dan hempaskan badan pada sofa. Seokjin gembira sangat tapi dia tak cakap apa2. 

Namjoon meminta taehyun menghantar orang untuk datang ke rumahnya. Semua barangan dalam bilik Seokjin dikeluarkan dan diganti yang baru. Kecuali pakaian Seokjin sahaja. Dari katil, almari dan warna bilik juga diubah. 

Namjoon tak nak Seokjin rasa terganggu bila menggunakan bilik itu dan dia tak benarkan Seokjin gunakan bilik lain. Seokjin pelik dengan perangai Namjoon tapi tak ada apa yang dia boleh buat. 







Namjoon ke pejabat setelah empat hari berada dirumah. Kadang2 dia pelik bila dia sanggup berkorban demi Seokjin. 

"Aku dah gila!" Marah Namjoon pada dirinya sendiri kerana sudah mula berlembut dengan Seokjin. 

"Taehyun!" Laung Namjoon dan taehyun berlari masuk ke dalam bilik itu. 

"Ada apa2 jawapan?" Soal Namjoon. 

"Blur boss." 

"Ok. Keluar" malas pulak Namjoon nak meninggikan suara dan naik angin hari ni jadi dia biarkan je masalah itu. 

Dia lagi berminat nak fikirkan soal kim Seokjin sekarang ni. Perempuan yang kelihatan biasa tapi luar biasa sebenarnya. Namjoon cuba bayangkan hubungan dia dan jisoo, sudah dua kali mereka berdua terlanjur, kenapa terlanjur? 

Atas dasar cinta. Tapi, jisoo lebih memilih hoseok yang jauh lebih baik daripada Namjoon. Kerana benci dia menghukum Seokjin. Pantaskah Seokjin dibencinya?. 

"Mama, papa. Kenapa tak sayangkan Namjoon sama seperti hyung?" Soal Namjoon lirih, dia tahu dia anak angkat dalam keluarga itu tetapi kenapa dia mesti 

dilayan dengan dingin? 


FLASHBACK POV

Beberapa tahun lepas, Namjoon selalu dimasukkan ke dalam hospital kerana paru parunya dijangkiti kuman tapi tak ada siapa yang sudi menjaganya. Setelah arwah Harabeojinya meninggal tiada lagi orang yang menyayanginya. 

Dia bukan berniat untuk menjadi liar tapi dia sendiri tidak dididik dan di asuh sebaik hoseok. Dia membesar di asrama sejak sekolah rendah lagi, tapi, hoseok dibesarkan di samping keluarga. 

Dia mula rasa dicintai bila bersama dengan Jisoo. Mereka bercinta sejak zaman universiti lagi. Bila mereka serius Jisoo dibawa berjumpa dengan keluarganya dan Jisoo jatuh hati pada sikap ramah dan budiman hoseok. 

Kerana tak dapat terima hakikat hoseok bakal berkahwin dengan Seokjin, jisoo rancang untuk mati bersama hoseok. Kini, hanya Namjoon yang tersakiti ada. Dendam lama dan baru buatkan dia tegar untuk menyakiti Seokjin hanya kerana Seokjin orang yang paling dicintai hoseok. 

FLASHBACK POV END





"Boss!" Taehyun terpaksa tinggikan suaranya bila Namjoon mengelamun jauh betul. 

"Yes?" Soal Namjoon bila tersedar. 

"Jeon jungkook dah sampai" ujar taehyun dan Namjoon betulkan duduknya. 

"Suruh dia masuk" ujar Namjoon dan taehyun menjemput jungkook, Aqmal masuk. Mereka bersalaman dan Namjoon menjemput jungkook duduk. 

"Besar betul syarikat encik" 

"Syarikat  Harabeoji saya bukan saya punya. Btw, thanks sudi bekerjasama dengan kami" 

"Kami yang kena berterima kasih. Semua orang berebut nak kerja dengan syarikat ni" 

"Melambung sangat" balas Namjoon terhadap pujian itu dan jungkook tergelak. 

Sekali lagi ketukan pintu dan taehyun muncul lagi. 

"Puan Seokjin bawakan dokumen yang boss nak" maklum taehyun. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now