16

131 5 0
                                    

Aku boleh cancel pergi kerja untuk semua ni" mata Namjoon memandang tubuh Seokjin dengan galak tapi Seokjin tetap berkeras. Namjoon pula rasa buntu dan tak tahu apa yang dia perlu buat untuk buat Seokjin mengalah.

"I' m your mine" bisik Seokjin ditelinga Namjoon dan dia bangun dari katil dan keluar dari bilik. Mukanya rasa panas sebab cakap macam tu pada Namjoon tapi dia puas hati. Namjoon pula terduduk di katil dan dia ukir senyum ringkas. Dia baring di atas katilnya dan mendepakan tangan seluasnya.

"Kim Seokjin" nama itu bertutur di bibir Namjoon menyebabkan dia tersenyum senang.





Seokjin senyum pandang Namjoon yang baru sahaja turun ke dapur untuk makan pagi. Agaknya Namjoon tidur je sepanjang pagi hujung minggu macam ni. Selalunya Namjoon akan keluar tapi hari ini dia tak keluar pula. Seokjin pandang jam yang sudah menunjukkan jam sebelas pagi.

"Tak payah nak perli aku" Namjoon terus bersuara bila Seokjin tersengih sambil melihat jam di dinding.

"Morning!" Sapa Seokjin ceria dan Namjoon mencebikkan bibir. Seokjin ni semakin berani bila Namjoon sudah tak pandai nak naik angin.

"Ei!" Namjoon mencubit pipi Seokjin sebab dia geram sangat. Seokjin tergelak senang bila Namjoon mencubit pipinya.

"Gelak la, nanti aku geletek kau sampai pengsan" ugut Namjoon pula dan Seokjin tayang muka mencabar. Namjoon yang sudah duduk kembali bangun dan menggeletek Seokjin tapi Seokjin kelihatan tenang.

"Saya tak geli. Awak kut yang geli" Seokjin memandang Namjoon dan menggeletek perut Namjoon sehingga Namjoon tergelak. Namjoon memang tak tahan betul kalau kena geletek.

"Stop it!" Arah Namjoon dan Seokjin segera hentikan.

Dia tak nak Namjoon naik angin pulak nanti. Seokjin jauhkan diri daripada Namjoon dan dia meletakkan jem pada roti bakar.

Namjoon tersenyum bila dia dan Seokjin sempat bergurau sebentar tadi. Dia kembali duduk dan makan roti itu dengan senyuman.

"Jungkook ada call tadi" Seokjin buka mulut sebab dia tak nak rahsiakan apa2 pada Seokjin. Seokjin hilang selera makannya dan dia letakkan semula roti ke atas pinggan.

"Dia nak apa?" Soal Namjoon kasar.

"Dia cari awak. Dia cakap dia call awak tak dapat, sebab tu call rumah" terang Seokjin dan Namjoon kembali tenang sedikit. Namjoon pandang Seokjin pula.

"Dia nak apa?" Soalan sama lagi.

"Dia nak awak call dia balik" ujar Seokjin pula dan Namjoon angguk faham.

"Jin" panggil Namjoon lembut dan Seokjin pandang Namjoon dengan rasa sayang. Namjoon jadi lemah bila dia membalas tatapan itu.

"Tak ada apa" Namjoon mengelak untuk cakap apa yang terbuku dalam hatinya.

'Mampu ke kau nak tengok dia pergi?' Hati Namjoon berbicara sendiri.

Namjoon tahu yang siaran tv langsung tak menarik minatnya . Seokjin yang sibuk mengemas juga menjadi santapan matanya.

"Seokjin, duduk" arah Namjoon dan Seokjin menghentikan kerjanya. Dia duduk di depan Namjoon dan memandang wajah serius itu lama.

"Aku betul2 maksudkan yang kau boleh keluar dari rumah ni" Namjoon bertutur serius dan Seokjin rasa debaran dalam hatinya. Adakah Namjoon sudah mahu melepaskannya? Itulah yang menjengah otaknya.

"Saya... tak nak pergi mana pun" jawab Seokjin lembut.

"Apa yang Dr. Yoongi cakap tu betul. Kau boleh minta cerai" Namjoon terus nyatakan apa yang bermain dalam otaknya. Seokjin seakan hilang kata2 bila Namjoon cakap macam tu.

"Saya...saya..."

"Aku serius. Kau boleh pergi. Aku dah bosan dera kau" ujar Namjoon tanpa memandang Seokjin.

"Kalau betul...awak dah bosan tengok muka saya...pandang saya. Pandang saya dan cakap awak bencikan saya" mata Seokjin bergenang dan suaranya bergetar menahan sebak. Namjoon pandang Seokjin yang sudah mengalirkan air mata. Namjoon rasa sebak bila melihat air mata itu mengalir.

"Aku...benci..." Namjoon tak mampu habiskan ayatnya bila terdengar esakan Seokjin.

"Aku benci..." Namjoon pandang Seokjin yang memegang tangannya.

"Sebelum awak lafaz benci awak. Saya nak awak tahu sesuatu." Ujar Seokjin dan Namjoon bersedia untuk mendengar.



FLASHBACK POV

"Hyung tak boleh tinggalkan jin" pinta Seokjin lemah bila melihat wajah hoseok yang berlumuran darah di hospital.

"Jim, hyung nak jin kahwin dengan Namjoon. Cintai dia dan raih cinta dia" pinta hoseok perlahan.

" hyung cakap apa ni? Jin akan kawin dengan hyung je"

"Hyung tak sempat Seokjin. Hyung nak jin bersama dengan Namjoon. Hyung nak Namjoon tahu yang cinta ikhlas wujud dalam dunia ni. Papa, mama dan hyung banyak salah pada Namjoon. Walaupun dia anak angkat, mama dan papa selalu lebihkan abang. Dia jadi macam tu sebab kami. Kesian Namjoon. Dia dihukum bukan kerana salahnya. Hyung nak orang yang Hyung cinta jaga dia, cinta jin paling ikhlas yang hyung pernah jumpa. Boleh jin tunaikan permintaan hyung?" Panjang lebar hoseok berbicara sehingga Seokjin rasa berat untuk menolak.

"Jin cintakan hyung"

"Hyung cintakan jin, hyung sayangkan Namjoon. Boleh cinta hyung jaga adik hyung sayang hyung kan?" Pinta hoseok semakin lemah.

"Boleh" jawab Seokjin lemah dan air matanya mengalir.

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now