14

114 5 0
                                    

"Ahjussi, saya nak jumpa isteri saya" ujar Namjoon bila bersembang dengannya. 

"Pergi je la" 

"Tak mudah ahjussi. Saya tak dibenarkan masuk ke kawasan hospital" 

"Ya ke? Habis tu?" 

"Tak apa, pandailah saya ikhtiar" jawab Namjoon lalu tersenyum. 

Namjoon tinggalkan rumahnya dan dia ke hospital. Dia perhatikan cermin keretanya dan dia telan liur sekali. Dia menumbuk kuat cermin sisi keretanya sehingga pecah dan tangannya berdarah. Sakit? Gila tak sakit. 

Dengan cara itu je dia dapat masuk ke dalam hospital dengan bersebab. Dia dibawa untuk diberikan rawatan. Akhirnya! Dia berjaya masuk ke dalam hospital. 

Dia membalut sendiri lukanya dan berlari keluar dari bilik rawatan. Dia menuju ke wad Seokjin ditempatkan dan bila dia ingin membuka pintu dia tergamam. 

"Ramai lelaki yang sudi jadi suami awak selain Namjoon. He is too much!" Suara Dr.yoongi meninggi memarahi Seokjin. 

"Saya tak perlukan semua tu." 

"Arwah yang minta saya jaga awak" 

"Listen, I have a husband and I can take care of myself!" Marah Seokjin balik. Tak pernah walau sekali Namjoon rasa Seokjin naik angin. 

"Dia dera awak. I know that!" 

"He is my husband." 

"What kind of husband is he? He is hurting you!" 

"So what? Saya yang sakit, saya yang cedera, awak susah apa?" 

"Seokjin, mintak cerai dan awak akan bebas." 

"Dia suami saya, saya isteri dia. Awak jangan masuk campur urusan rumah tangga saya!" Suara Seokjin dah sampai tahap tertinggi. 

"Awak cakap lagi, setakat ni je kita kenal" perlahan Seokjin bertutur dan Dr. Yoongi terpaksa mengalah dengan cakap Seokjin. Dia pasrah. 

Namjoon seakan terkedu bila Seokjin begitu kuat pertahankan hubungan mereka walaupun dia layan Seokjin macam hamba. 

Rumah tangga atau neraka? Nak sahaja Namjoon tanyakan hal itu. Namjoon bersembunyi bila Dr. Yoongi keluar dan dia masuk selepas itu. 

"Awak nak apa lagi?!" Soal Seokjin geram dan bila dia berpaling dia terkejut. 

"Na...Namjoon..." rasa marah terus bertukar takut bila wajah Namjoon yang muncul. Namjoon mendekati Seokjin yang sudah turun dari katil bila dia muncul. Dia terus berjalan dan Seokjin mengundur beberapa tapak ke belakang sebab takut. Namjoon mempercepatkan langkah dan kini dia sudah berada betul2 di depan Seokjin. 

Seokjin hanya mampu menunduk memandang lantai dan menunggu apa yang bakal Namjoon lakukan. Dahi Seokjin disentuh dan Namjoon melepaskan nafas lega. 

"Dah tak panas" Namjoon bersuara dan Seokjin ukir senyum nipis. 

"Dah dua hari" Seokjin pula membuka mulut dan Namjoon hanya menatap senyuman ringkas Seokjin. Seokjin melihat tangan Namjoon yang berbalut dan dia meraih tangan itu lembut. 

Seokjin pandang Namjoon dengan mata bundarnya seperti bertanya kenapa. 

"Awak tumbuk apa?" Soal Seokjin perlahan. 

"Side mirror" jawab Namjoon tenang dan Seokjin terngadah. 

"Aku tak boleh masuk hospital sebab tumbuk doktor, jadi..." Namjoon hentikan percakapannya dan dia berpaling. Dia tak berhasrat untuk ceritakan perbuatan bodohnya itu. 

"Jadi awak cederakan diri awak sendiri?" Soal Seokjin menyambung ayat Namjoon yang separuh jalan itu. Namjoon tak menjawab dan tak hiraukan apa yang Seokjin sedang fikir. 

"Awak kena bersihkan luka ni" Seokjin menarik tangan Namjoon ke dalam bilik air dan membersihkan luka itu. Namjoon hanya diam dan langsung tak respon apa2. 

"Dah." Ujar Seokjin dan dia keluar dari bilik air bersama Namjoon. Luka dikesat sehingga kering tapi belum dibalut. 

"Kena letak ubat ni" maklum Seokjin tapi Namjoon tak endahkan pun. Kemudian Dr.yoongi masuk ke dalam wad itu. 

"Kau buat apa kat sini? Nurse, call security" arah Dr. Yoongi dan Seokjin berkerut. 

"Dr.yoongi! You are too much!" Bentak Seokjin geram dan selepas itu dua orang guard masuk ke dalam wad itu. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now