9

106 7 0
                                    

"Aku nak mandi" Namjoon membuka mulut dan satu senyuman terbit di bibir Seokjin. Senyuman manis yang ikhlas. 

"Saya sediakan" Seokjin masuk ke bilik air dan sediakan air mandian. Susah untuk Namjoon gunakan shower dalam keadaan macam ni. 

"Dah" Seokjin senyum lagi dan hulurkan tuala kepada Namjoon. Namjoon ambil tuala itu kasar dan berlalu ke dalam bilik air. Dia termenung bila melihat tangannya yang berbalut. 

'Macam mana nak mandi?' Fikirnya dan dia membuka semula pintu bilik airnya. Seokjin kembali berpaling bila terdengar bunyi pintu bilik air. 

"Aku nak mandi macam mana?" Soal Namjoon mendatar dan Seokjin terus berjalan ke arah bilik air dan masuk. Terkebil kebil Namjoon bila Seokjin masuk macam tu je. Namjoon didudukkan di atas tab mandi dan Seokjin mengambil bekas untuk mencedok air. 

"Saya mandikan" ujar Seokjin senang dan Namjoon seakan terlopong dengan kata2 itu tapi dia tak pula membantah. 

"Awak...nak bertuala ke?" Soal Seokjin takut dan Namjoon anggukkan kepala je. Tak pernah tengok Namjoon setenang ini selama ini. 

Seokjin mula menjirus badan Namjoon dan menggosok perlahan badan tegap itu. Dia ambilkan sabun pula dan memang Namjoon betul2 dimandikan oleh Seokjin. 

"Dah, saya ambik tuala lain" Seokjin senyum dan keluar dari bilik air. Dia mengambil tuala kering dan berikan pada Namjoon. 

"Saya keluar dulu" Seokjin keluar dari bilik air dan sediakan pakaian Namjoon. Namjoon pulak macam tunggul je dalam bilik air. Namjoon menyentuh badannya yang disentuh Seokjin tadi, kali pertama dia rasa senang dengan sentuhan Seokjin dan dia mula sukakannya. 







Bukan je mandikan, pakai baju, makan pun Seokjin yang uruskan. Seokjin naik ke bilik Namjoon dengan dulang makanan, kebetulan Namjoon sedang bersusah payah memakai baju. Segera Seokjin letakkan dulang makanan dan membantu Namjoon. 

"Aku boleh turun makan kat dapur. Tak payah nak layan aku macam aku ni lumpuh" tegas Namjoon dan air muka Seokjin mula berubah. 

Seokjin angkat semula dulang itu dan dia pergi. Namjoon berkira untuk memanggil Seokjin semula tapi dia tak buat pun. Dia mengeluh dan keluar dari bilik. Seokjin sedang menunggunya di dapur tanpa senyuman langsung. 

"Malam ni aku buat parti. Sediakan makanan ringan je" Namjoon memaklumkan dan Seokjin angguk faham. Seokjin duduk di depan Namjoon dan menyuapkan makanan seperti biasa. Namjoon juga tak menolak malah dia senang. 

"Berapa orang?" Soal Seokjin tanpa memandang Namjoon sebab dia tak betah nak memandang wajah Namjoon lama. 

"10" jawab Namjoon mendatar. Suasana menjadi senyap dan hanya aktiviti suap menyuap je ada sekarang ni. 

Juadah ringan sahaja yang Seokjin sediakan seperti yang Namjoon minta . Seokjin masuk ke dalam biliknya kerana Namjoon yang suruh dia jangan keluar langsung sepanjang parti nanti. 

Suasana rumah besar itu mula bising dengan kehadiran tetamu dan Seokjin pula sendirian di bilik. Seokjin peluk lutut dan duduk di tepi beranda biliknya. Dia sukakan suasana malam di sudut itu, sama sepertinya. Sunyi. 

"Mana bini kau?!" Jackson menyoal Namjoon kuat sebab suasana bising dengan muzik keras. Namjoon sengih sinis dan tak menjawab soalan kawannya itu. 

"Aku nak jumpa dia!" Jaebum pula bersuara dan Namjoon gelengkan kepala. 

"Kedekut!" Balas jackson dan Namjoon tergelak. 

"Bukan taste korang pun!" Balas Namjoon balik dan Kawannya buat muka meluat. 

"Kenapa tak ada air keras? Bosan la parti minum coke je" jaebum pula buka mulut. 

"Tak payahlah air tu masuk dalam rumah aku!" Balas Namjoon dan tergelak. Dia tak pernah mabuk di dalam rumahnya sendiri dan dia tak benarkan dirinya buat semua itu. 

"Kau telan tak apa" protes jaebum. 

"My house! My law!" Senang Namjoon menjawab dan dua kawannya mencebik. 

"Awek?" Soal jackson lagi. 

"Tak boleh jugak dalam rumah ni!" 

"Bosan la kau ni Namjoon!" 

"Relax ar. Just enjoy my clean party" 

"Boring! Bro, aku ada awek baru. Model kaki panjang. Nak try?" Pelawa jackson dan Namjoon tersenyum sikit. 

"Tiffanny?" Soal Namjoon pada jackson dan ternyata jackson agak terkejut. 

"Mana kau tahu?" Soal jackson. 

"Dia dah melutut kat aku dulu! Kayu!" Komen Namjoon dan jaebum tergelak bebas. Kelakar rasanya melihat muka jackson yang frust menonggeng. 

"Aku pun tak try lagi!" Bentak jackson dan Namjoon ikut sama gelak dengan jaebum. 

"No worries, aku just ringan2 je. Tak selera" jawab Namjoon sambil tersenyum bangga. Jackson tepuk bahu Namjoon dan ikut sama senyum. 

"Aku pergi tandas jap" jaebum minta diri dan berlalu dari situ setelah membuat isyarat mata pelik pada jackson tanpa Namjoon sedar apa2. 

"Aku pun bro. Pergi la join orang lain dulu" saran jackson sambil bangun. Namjoon angguk dan dia menari bersama beberapa kawannya yang lain. 

"Jom!" Ajak jackson pada jaebum yang sedang menunggunya di kaki tangga. 

"Jom!  bini dia lawa gila. Sebab tu kedekut tak ingat" ujar jaebum dengan gelak jahat. 

"Aku pun rasa macam tu" jackson ikut sama tergelak jahat. Mereka membuka pintu bilik satu persatu dan ada satu pintu yang buatkan mereka ukir senyum. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now