3

117 6 0
                                    

"Guest? Btw, saya jungkook" dengan senyuman manis jungkook perkenalkan dirinya dan Seokjin ukir senyum ringkas yang pelik. 

Dia tak betah nak membalas pandangan dan senyuman lelaki itu. 

"Seokjin dah makan?" 

"Seokjin tak lapar ahjumma, Seokjin nak rehat je" sopan Seokjin berbicara dan berikan senyuman manis. 

"Seokjin masuk dulu ahjumma" Seokjin berikan senyuman ringkas pada jungkook sebelum masuk ke dalam bilik. Jungkook pandang bondanya dengan senyuman dan memeluk bahu wanita itu lembut. 

"Who is she?" Soal jungkook mesra. 

"I dont know her either. I met her just now, she slept at the Church with wet cloth" 

"Really? Ingat calon menantu bonda tadi" jawab jungkook sambil tersengih dan bondanya buat muka pelik. Tak sangka yang anaknya akan bercakap soal itu. Selalunya berat betul nak cakap soal jodoh ni. 

"I hope so. But, she wore wedding dress tadi and she lost" 

"What? Weird ni bonda. Betul ke orang tu bonda?" 

"Jungkook! Mula la tu nak mengarut" marah Dato dan jungkook ketawa pula. Dato ikut sama senyum dan dia gembira dengan adanya jungkook dia rasa sangat lapang dan tenang. Tapi, dia masih mencari anak lelakinya. Anak lelakinya yang dibawa pergi suaminya sejak lahir lagi . sampai hari ini tiada jejak anaknya itu. 








Namjoon bangun dari tidur bila jam dah berganjak ke 11 pagi. Dia memerhatikan sekeliling dan tiada sesiapa di situ. Dia masuk ke dalam bilik air dan mandi. 

"Baguslah! Tak kena tengok muka bodoh tu!" Bentak Namjoon tanpa sebab dan dia mengenakan pakaian untuk keluar makan. Namjoon mengenakan jeans dan baju t ringkas, sudah cukup untuk membuatnya kelihatan kacak. Jika dibandingkan dengan hoseok rupa paras memang menang Namjoon. Tapi, dari segi budiman, budi pekerti jauh lebih baik hoseok. 

Seokjin sudah bersedia untuk kembali ke hotel dan dia menunggu dato di ruang tamu. Jungkook yang baru sahaja keluar dari biliknya turun ke ruang tamu bila dia melihat Seokjin ada di situ. Jungkook dengan selamba duduk di sofa dan Seokjin mula rasa tak senang. Dia rasa sangat kekok bila berdekatan dengan jungkook. 

"Hai" sapa jungkook ramah dan Seokjin pandang jungkook sebagai tanda dia membalas sapaan mesra itu. 

"Saya Jeon jungkook" jungkook perkenalkan dirinya lagi sekali dan Seokjin mengangguk. Berapa kali nak perkenalkan diri pun tak tahu la. 

"Bonda cakap dia jumpa awak kat gereja, pakai baju kawin. Awak sesat for real or larikan diri dari majlis ni?" Soal jungkook dan mulut Seokjin terbuka lama. 

"Awak, tutup mulut" tegur jungkook bila nampak Seokjin ternganga je sejak tadi. Seokjin segera tutup mulutnya dan jungkook tergelak kelucuan. Gadis di hadapan dia ni terlalu polos dan lurus. Seokjin palingkan wajahnya yang sudah mula membahang dan dia tak pedulikan semua soalan jungkook. Siapa jungkook untuk dia ceritakan semuanya. 

"Seokjin, jom" Seokjin lega banyak bila Dato turun ke ruang tamu menyertai suasana senyap dan kekok itu. 

"Pergi mana bonda?" Soal jungkook bila melihat dua wanita itu sudah bersedia untuk pergi. 

"Bonda nak hantar Seokjin balik hotel lepas tu bonda nak pergi office jap." 

"Ok. Take care" jungkook mencium pipi bondanya sebelum mereka pergi. Jungkook memang anak yang manja dan baik, sifatnya persis hoseok. Sangat penyayang. 

Setelah Dato heechul beredar dari situ Seokjin berkira untuk masuk ke dalam biliknya ataupun tidak. Dia takut dimarahi lagi tapi dia perlu ambil barangnya. Kalau tak, dia terpaksa tidur merempat lagi. Bila Seokjin melangkah ke arah biliknya dia bertembung dengan Namjoon di dalam lif dan dia rasa umurnya memendek dengan cepat. Dia telan liur dan cuba untuk bertentang mata dengan lelaki itu. 

"Kau pergi mana?" Soal Namjoon kasar dan lengan Seokjin dicengkam kuat. Mata Seokjin tertutup menahan sakit tapi tak ada apa yang dia boleh buat sekarang ni. 

"Aku tanya ni" semakin kuat cengkaman Namjoon dan Seokjin menggigit bibir menahan sakit. 

"Saya...saya tumpang rumah orang" jawab Seokjin perlahan. 

"Tumpang?" Berpisat Namjoon memandang Seokjin dan renungan tajam itu buatkan Seokjin gerun. 

"Esok aku nak balik seoul. Pandai2 la kau cari jalan ke rumah aku. Dengar sini! Aku tak nak sesiapa tahu pasal kita!" Keras amaran itu diberikan dan cengkaman dilepaskan. Seokjin rasa lega dan dia anggukkan kepala bila dengar amaran itu. Dia tak tahu mana rumah Namjoon tapi dia tetap perlu ikut Namjoon ke rumah itu. Kenapa Namjoon begitu membencinya? Jenuh Seokjin fikir soal itu tapi dia buntu. 

"Aku tak nak tengok muka kau dalam bilik ni. Lantak kau la nak tidur mana malam ni" pintu bilik ditutup kuat dan Seokjin terkedu. Seokjin menuju ke hujung bangunan hotel dan dia menaiki lif semula untuk ke lobi. Bila dia duduk di situ dia mula rasa mengantuk. Akhirnya dia terlelap di sofa lobi. 

Namjoon yang kebetulan turun ke lobi memandang Seokjin setelah seorang pekerja hotel memaklumkannya. Namjoon tayang muka bodoh dan tak cakap apa2. Namjoon keluar dari hotel dengan keretanya. 

Seokjin membuka mata bila dia terdengar suara seseorang dan dia ternampak Namjoon sudah beredar dari situ. Cepat2 Seokjin bangun dan berlari ke kaunter. 

"Saya nak kunci lagi satu untuk bilik 507" pinta Seokjin cepat dan dia memandang bimbang Namjoon berpatah balik. 

"Tapi, bilik itu dibawah nama En. Hafizi" 

"Ya, saya isterinya. Saya call tadi, dia cakap dia bawa kunci. So, saya tak dapat nak masuk ni. Dia minta saya guna kunci lain" Seokjin berbohong. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now