15

110 5 0
                                    


"Suami saya tak buat apa2 pun" Seokjin berdiri di hadapan Namjoon bila guard itu muncul. 

"Guard!" Arah Dr.yoongi lagi dan Seokjin tetap tak berganjak dari depan Namjoon. Namjoon jadi kelu bila seorang wanita yang selalu dipukulnya, yang lemah, pertahankan dia hari ini. Matanya mula bergenang tapi dia seka dengan cepat. 

"Aku pergi dulu. Nanti aku jemput kau balik" Namjoon putuskan untuk pergi tapi Seokjin pula tak benarkan. Seokjin tanggalkan semua jarum yang ada pada tangannya dan dia pegang erat jemari Namjoon. 

"Saya ikut awak balik" Seokjin berkata yakin dan Namjoon seakan hilang sekejap di dunia. Seokjin sanggup pertahankan dia sampai macam tu sekali. 

Dr. Yoongi sendiri tak mampu nak halang apa yang Seokjin buat akhirnya dua orang itu meninggalkan hospital. 

Dalam kereta namioon dan Seokjin masing2 diamkan diri sejak tadi. Seokjin pandang Namjoon yang sedang memandu dengan tenang dan perlahan lahan dia terukir senyum. Dia rasa sangat gembira melihat Namjoon hari ini. 

Semakin lama dia rasakan Tuhan sangat adil dan cinta itu datang selepas jodoh. Bila kita berjodoh dengan seseorang cinta akan datang secara semula jadi. 

Seokjin pandang Namjoon lama sehingga Namjoon rasa tak selesa. Namjoon rasa tak selesa dan tak keruan bila dua mata itu sedang memerhatikannya. 

"Kau nak apa?" Soal Namjoon serius dan Seokjin tersentak. Seokjin pandang ke luar tingkap dan gelengkan kepalanya beberapa kali. 

"Kalau kau sakit lagi aku tak peduli" tiba2 je Namjoon cakap macam tu buatkan kening Seokjin bertaut rapat. 

"Kau lari dari hospital, jadi kalau sakit jangan nak mengadu" Namjoon menyambung dan Seokjin tergelak kecil. Namjoon pelik pula bila Seokjin tak ambil serius apa yang dia cakapkan. 

"Saya yang ambil risiko, saya akan tanggung sendiri" jawab Seokjin tenang dan dia pandang Namjoon yang sedang merenungnya tajam. Erk! 

"Maaf" pinta Seokjin laju bila dia terbuat aksi mesra dengan Namjoon. 

'Dia bukan hoseok' Seokjin menegur dirinya sendiri dan dia memandang ke luar tingkap semula. Kecut perut dia bila ditenung tajam macam tu. 

Seokjin pelik bila Namjoon sudah tak naik angin dan marah2 lagi. Namjoon seakan melarikan diri daripadanya dan langsung tak menghiraukannya. Seokjin lebih suka Namjoon memarahinya daripada dia berdiam diri macam ni. 

"Awak nak makan?" Soal Seokjin takut dan bukakan butang baju Namjoon seperti biasa. 

"Erm" itu sahaja jawapan yang Namjoon berikan. Seokjin senyum dan keluar dari bilik Namjoon untuk menyediakan makan malam. Seokjin berfikir lama mengenai perubahan Namjoon dan dia sendiri tak pasti kenapa Namjoon berubah menjadi pendiam. 

"Dah mandi?" Soal Seokjin pula bila Namjoon turun ke dapur. Namjoon tak membuka mulut langsung dan mula makan macam tu je. Seokjin berdiri di sebelah Namjoon seperti biasa menanti Namjoon untuk selesai makan. 

Namjoon tahu yang Seokjin canggung dengan dirinya sekarang tapi dia takut untuk membuka mulut dan dia takut untuk berlagak seperti biasa. Takut Seokjin akan meninggalkannya. 

Selesai makan Namjoon keluar dari dapur dan ke ruang tamu. Seokjin kemaskan meja dan sediakan kopi untuk Namjoon. 

"Kopi" Seokjin letakkan cawan kopi di atas meja dan Namjoon betulkan duduknya. 

"Aw...awak...penat?" Soal Seokjin berani dan Namjoon memandangnya tanpa riak. 

"Nak...saya...urut?" Soal Seokjin lagi dan Namjoon kerutkan dahinya pula. 

"Saya urut ya!" Ujar Seokjin ceria dan tangannya mengurut bahu Namjoon yang tegang. Jelas sangat yang Namjoon stress dan dia lega bila tangan itu mengurutnya. Namjoon rasa tenang segenap hatinya merasai sentuhan ikhlas itu. 

"Duduk" arah Namjoon serius bila dia rasa berdebar dengan sentuhan lembut itu. Seokjin tak tunggu lama terus mengambil tempat duduk agak jauh dari Namjoon. 

"Aku izinkan kau kerja" tenang Namjoon bertutur. 

"Kau boleh keluar dari rumah ni bila2 masa je" sambung Namjoon lagi. 

"Kau tak perlu buat semua kerja ni lagi, tak perlu dengar arahan aku lagi" Namjoon habiskan katanya dan dia tinggalkan Seokjin yang termangu di situ. Namjoon berjalan ke biliknya dengan lemah dan dia duduk di katilnya. 

Seokjin langsung tak keluar dari rumah itu walaupun dah dapat kebenaran dan dia tetap lakukan hal sama seperti sebelumnya. Pagi itu Seokjin masuk ke dalam bilik Namjoon untuk siapkan Namjoon ke tempat kerja. 

"Berapa kali kau nak aku cakap?" Marah Namjoon bila Seokjin berdegil untuk melakukan perkara yang dia sudah biasa lakukan. 

Seokjin terdiam dan langkahnya mati di situ je. Seokjin menunduk dan dia berpaling ke belakang, dia mahu beredar dari situ sebelum Namjoon betul2 naik angin. 

Namjoon telan liur bila Seokjin berlalu pergi dan dia segera mencapai lengan Seokjin menyebabkan Seokjin berhenti melangkah. 

"Kalau kau masuk lagi bilik aku, aku takkan biarkan kau pergi macam tu je" ugut Namjoon serius dan Seokjin kelihatan bingung. 

"Maksudnya?..." soal Seokjin polos dan Namjoon hampir tergelak dengan soalan lurus itu. 

"Maksudnya macam ni" Namjoon merangkul pinggang Seokjin dan menariknya rapat ke badan dan Seokjin rasa tak keruan. Matanya terbuka luas dan Namjoon tersenyum senget. 

"Ma...macam...ni je?" Soal Seokjin perlahan dan Namjoon berkerut. Nampaknya Seokjin masih lagi berani. 

"Kalau macam ni?" Soal Namjoon dan menolak lembut badan Seokjin ke dinding dan dia mengepung Seokjin sepenuhnya. 

"Ok" Seokjin menambah lagi dan Namjoon rasa Seokjin cukup berani. Namjoon mengangkat tubuh kecil Seokjin dan dibaringkan di atas katil pula. Seokjin kecut tapi dia tetap mempamerkan keberanian. 

Aku Yang Kau BenciWhere stories live. Discover now