1- Cinta, Aku Datang

1.8K 51 19
                                    

"Teja, jemput minum kopi tu." Pelawa Haris mesra sambil melabuhkan punggung di atas sofa betul-betul berhadapan Teja.

"Daripada rumah?" tanya Haris sambil diperhatikan Teja.

Teja mengiyakan angguk-angguk perlahan.

"Lisa... macamana? ok?" ujar Teja perlahan-lahan dalam gagap-gagap suaranya. 

Haris melepaskan nafas perlahan. Dia tersenyum nipis. Tidak pasti ayat terbaik untuk diberikan pada Teja saat itu. 

"Alhamdulillah.. Setakat ni tak ada demam atau sakit-sakit yang lain..." Haris lembut menuturkan.

Teja angguk-angguk lega.

"Sekejap lagi turun la tu. Tadi ibu pujuk-pujuk pergi mandi. Dua tiga hari ni Lisa nampak moody sikit...asyik termenung..tak tahu dia fikir apa" ujar Haris menunjukkan kerisauan.

Teja cuma tenang menghadam kata-kata Haris. Hujan renyai-renyai di luar sedikit menenangkan debaran Teja. Sudah seminggu Lisa keluar daripada rumah sewa mereka. Haris membawanya tinggal bersama ayah dan mama Haris. Ibu Lisa turut tinggal di banglo besar itu. Teja bersyukur Lisa di bawah jagaan keluarganya sendiri dengan baik. 

Walau jauh disudut hatinya, tidak mahu melepaskan Lisa kepada sesiapa.

Seminggu Lisa tiada, jadi sepi rumah yang dulunya terasa meriah. Setiap sudut langkahnya seakan terbayang Lisa ada. Di mana-mana. 

Rindu. 

Rindu yang bukan kepalang. 

Rindu yang terasa sakit.

Kalau ke dapur, pasti apron gambar cerek yang dibelek Teja. Terkadang dia tersenyum sendiri merenung lama gambar cerek berasap yang kerapkali jadi modalnya mengusik Lisa. Tapi siapa sangka, kenangan cerek berasap; selalu membuatkannya akhirnya menangis sendiri. Pemilik semua kenangan itu semakin hari semakin jauh melupakannya. 

Seminggu Lisa pergi, selama itulah hidupnya jadi tidak keruan. Mandi terasa tak basah. Makan terasa tak lalu. Semuanya benar. Hari-hari ada bersama, tiba-tiba hilang begini. Sepi. Rasa mahu mati kan?

Entah apalah yang tinggal, bila orang yang selama ini kita perjuangkan akhirnya pergi. Habis direntap segala semangat dan tujuan hidup. Jadi kosong. 

Teja hirup perlahan kopi panas. Haris dihadapannya masih mesra seperti dahulu. Bercerita itu dan ini. Berkisar tentang kerja dan teman-teman lama. Sesekali Teja mencelah. Walau dalam hatinya dia cuma mahu bertemu Lisanya. Haris juga dilihatnya sudah sedikit berjambang. Teja tahu kalau Haris turut risau perihal Lisa.

Teja mengangkat kepala sedikit bila dari jauh kelihatan Lisa berjalan perlahan dari arah dapur sambil dipimpin adik lelakinya. Serta merta Teja bangun sambil melemparkan senyuman paling manis untuk nyawanya. Haris cuma memerhati Teja dan kemudian memandang ke arah Lisa.

Teja terlebih dahulu berjalan perlahan menghampiri Lisa. Mahu menyambut dan memimpin kekasih hatinya. Teja masih senyum manis bila dia betul-betul berhadapan dengan Lisa. Cantik. Tetap manis sama macam selalu. Takkan jemu ditenung selalu.

Lisa berkerut dahi merenung gadis dihadapannya. Matanya terkelip-kelip perlahan cuba mengingati. Ditenungnya Teja daripada atas ke bawah. Sweater hoodie milik Teja digenggamnya perlahan di bahagian lengan. Lisa semakin dekat merapati tubuh Teja. Disentuhnya perlahan wajah gadis dihadapannya. Perlahan Lisa usap kening Teja lalu merenung dalam mata gadis itu yang mula berkaca. Lama.

.

.

.

.

.

"Awak pergi mana...? Awak dah tak mahu saya lagi ke..?" Lisa bersuara sebak. Perlahan dipeluknya tubuh Teja. Bau harum tubuh Teja seakan membuatkan Lisa terasa begitu intim dengan gadis yang dipeluknya itu. Terasa begitu rindu dengan haruman itu.  

Teja mengeratkan pelukannya. Air matanya turut gugur.

'Saya ada sayang...Saya tak kemana-mana...Saya rindu awak sangat-sangat....' Rintih Teja dalam esakan perlahannya.

----


     

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now