9-Kembali Asing

524 35 26
                                    


Teh hijau panas dihirup perlahan-lahan. Masih berasap-asap. Lega mengalir memasuki tenggorok perlahan-lahan. Sesekali Teja menggosok perlahan sudut matanya yang ternyata masih mahu lelap. Jet lag masih ada, namun digagahkan jua bangun. Takut kalau sakit kepala menyerang sebab berlebihan tidur. Lama Teja merenung luar jendela. Memerhati dedaunan musim luruh yang jatuh perlahan. Tenang. Tapi kosong.

Perlahan dia menggenggam kocek bajunya di bahagian sebelah kiri dadanya. Tersimpan telefon bimbit Lisa disitu. Entah mengapa, semua perkara mesti jadi sebab untuk meredakan hati yang sedang rindu. Kenapa dikocek situ? Biar terasa Lisa masih dekat didadanya. Biar dapat tenangkan hatinya yang masih sakit kehilangan. 

Sudah terbiasa tiap saat ada bersama, diuji hilang begini tiba-tiba, apa kau rasa?

Teja beristighfar perlahan. Meraupi wajahnya. 

Ada sentuhan lembut dibahunya.

'Morning. I thought you were sleeping?' Sapa Sarah perlahan. Dengan kemeja gobos putih paras peha, tahulah Teja yang teman lelakinya bermalam di situ malam tadi.

'Morning. I'm hungry' Isyarat Teja perlahan. Sarah tertawa kecil.

'Ok. let me make us breakfast' pelawa Sarah. Teja buat wajah kagum.

'Impressive' Teja mengusik.

'Hey. I can cook. A good one' Sarah membalas Teja.

Teja cuma senyum mengiyakan. Dia bangun menghampiri Sarah untuk membantu.

'What do we have here' Tanya Teja ambil tahu. 

Dan, Sarah seperti biasa datang paniknya bila berada di dapur. Sedaya upaya disorok dan cuba nampak tenang di mata Teja.

'Scamble egg, toast, coffee, asparagus' Sarah angguk-angguk yakin.

Teja angkat kening dan angguk perlahan. Tiba-tiba sudu yang dipegang Teja terlepas dan jatuh disebelah kaki Sarah. Segera dia tunduk dan mengambilnya.

'Astagha..' Teja menutup matanya bila dia terlihat sesuatu sewaktu mengambil sudu tadi.

Sarah menolak bahu Teja. 

'What??' Sarah curiga. Terasa sesuatu berlaku dibawah tadi.Dilihatnya wajah Teja yang memerah.

'Can you at least wear an underwear??' Teja tergelak-gelak mengusik. Matanya masih terpejam.

Sarah menjerit kecil dan berlari pantas masuk ke dalam bilik.

Teja geleng-geleng. Kadang-kadang kelakar si Sarah ni. 

Segera dia mencapai beberapa biji telur dan di pecahkan masuk ke dalam mangkuk. Secubit garam penambah rasa dan susu cair sedikit. Telur dipukul pantas. Api kuali juga dihidupkan perlahan. Bila sudah panas, bancuhan telur dimasukkan perlahan-lahan. Telur dikacau perlahan agar cantik scramblenya. Kalau mahu makan dengan toast, masak ala-ala medium rare adalah yang paling lazat. 

Teja pejam rapat matanya bila rindu menyerangnya kembali. Selalu kalau sedang masak begini, pasti ada tangan yang memeluk hangat tubuhnya daripada belakang. Yang tetap melekat kesana-kemari walaupun bila Teja bergerak keliling dapur. Teja tarik nafas dalam-dalam bila rasa ngilu menyerang lagi sekeping hatinya.

"Hey. Are you ok?" Sarah memegang bahu Teja.

Teja terperanjat sedikit. Dibiarkan pertanyaan Sarah.

'Hah! Pants' Teja senyum mengusik lagi memandang seluar paras lutut Sarah.Sarah menolak lagi bahu Teja.

'What are doing. Don't ruin my kitchen!!' Sarah beraksi yakin. 

'Yeah right!' Balas Teja. Scramble egg diangkat dan dihidangkan dalam dua pinggan.

'Ok. Let me do the asparagus' Sarah bersuara yakin sekali lagi.

'NO. You will burn this house. Just make the toast and coffee' Arah Teja pula. Sarah buat muka tapi akur denga arahan Teja.

Kali terakhir Sarah didapur, sebuah kereta bomba hampir-hampir datang. Kuali hampir terbakar, asap berkepul-kepul. Matilah. Sebab penggera kebakaran dah berbunyi bising. Dan beberapa jiran datang mengetuk-ngetuk pintu rumah. Kalau difikirkan jiran-jiran memang ambil berat hal-hal begini. Tapi habislah kena maki kalau cuma asap-asap berkepul. Sebab, bunyi penggera sangat kuat dan mengganggu jiran-jiran lain. Skala takut rentung terbakar tu taklah tinggi sangat. Tapi skala takut kene maki dengan jiran memang tinggi. Silap-silap jiran boleh lapor polis sebab mengganggu.

Sarapan pagi dihidangkan lengkap atas meja. Baru hendak menyuap scramble egg, Joshua pula keluar cuma pakai boxer menuju ke dapur.

"Hey babe. Come and join us." Panggil Sarah manja.

Joshua senyum lebar dengan pelawaan Sarah. Dahi Sarah dikucup dan dia duduk disebelah Sarah.

"Good morning Teja. How are you?"Joshua menyapa mesra sambil menyuap roti bakar masuk ke dalam mulut.

'Morning. Good. I'm fine. How are you?' Teja bersuara agak tersekat-sekat.

"Oh. Last night was wonderful" 

"Pffffftttt.." Tersembur kopi yang baru dihirup Sarah. Tepat mengena wajah Joshua.

Teja tergelak besar. Ditepuk-tepuk perlahan dadanya. Takut tersedak scramble egg.

"Baby!!! You made me wet..." Joshua menyapu perlahan air kopi yang mengenai wajah dan dadanya.

"Do you need to report the details??" Sarah menjegilkan matanya.

Teja makin reda ketawanya.

'Ok guys, carry on..' Teja meminta izin untuk masuk ke biliknya.

.

.

.

.

Badan direbahkan perlahan. Sweater Lisa yang terletak kemas di sebelah kanan pembaringannya, dipeluk erat. Bau harum tubuh Lisa masih segar dalam ingatannya. Tenang.


'Baby..datang dalam mimpi ye.. Sayang rindu baby sangat...'

Mata dipejam rapat. Masih, ada air mata kerinduan yang mengalir perlahan.

----

Kredit:

Namamu kini Jadi Sebutan oleh EYE.



Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now