17-Tamparan

474 31 24
                                    

Tenang pagi Sabtu. Dinginnya dilawan dengan kopi panas yang dihirup perlahan. Segar. Hangat mengalir masuk ke kerongkong.Duduk di atas meja, dengan menghadap tingkap yang sedikit terbuka, memang tabiatnya. Tempat duduk kegemarannya. Lebih tepat, tempat termenung.Yurisa menoleh bila dilihatnya ada pesanan yang masuk.

'Good morning. Having breakfast without me?'- Pesanan daripada Teja.

Yurisa senyum melebar. Kebahagiaan apa pagi-pagi begini.Hampir 6 bulan Teja bersamanya.Jujurnya, Yurisa dapat merasakan yang Teja belum move on sepenuhnya. Hingga saat ini pun, dia masih tidak berkongsi semua cerita silamnya. Dan Yurisa menghormati batas itu.

'I'm missing you. Are you in Boston yet? How's the flight?' Yurisa melemparkan pandangan keluar. Kopi panas dihirup perlahan lagi. Kedengaran kicau burung dari luar tingkap.Hampir seminggu berjauhan dengan Teja. Ini yang paling lama. Selalunya cuma 2-3 hari. Ada peluang perniagaan baru di Boston. Jadi Teja kesana untuk bertemu klien.

"Tok. Tok.Tok" Yurisa menoleh ke arah pintu. Bunyi ketukan yang sama berulang lagi. Dia segera menuju ke arah pintu. Mengintai daripada lubang pintu. Dia dapat melihat seseorang di luar. Bertopi biru, tapi tidak jelas wajahnya. Pintu diketuk lagi.

Yurisa membuka perlahan dengan kepalanya menjengah sedikit. Khuatir jika tetamu tidak diundang awal pagi sebegitu.

"Hai!!"- Wajah Tejal terpacul dengan jambangan ros merah di tangan.

"Arghhhhhh!!! How could youuu.... You lie to me...." manja suara Yurisa menyambut kepulangan Teja.

Leher Teja dirangkulnya erat dan lantas Teja mendukung tubuh Yurisa. Mereka berpelukan, erat. Beberapa kucupan hinggap di pipi Teja membuatkan gadis itu tertawa kecil. Teja membawa tubuh Yurisa duduk di sofa. Tenang merenung wajah Yurisa. Kusut masai rambutnya.

Bunga ros diserahkan pada Yurisa. Teja menyentuh perlahan pipi Yurisa. Dia berisyarat perlahan.

'Hey..awak menangis lagi..?' Teja mengusik.

'Awaklah. Salah awak.' Yurisa membalas sambil menumbuk perlahan lengan Teja.

"Ouch."

'Awak patut happy saya balik' tak habis menyakat lagi.

"Shut up!" jegil mata Yurisa. Makin galak Teja ketawa.

"Feed me. I'm hungry" kata Yurisa bersahaja. Teja urut dada. Nasib baik sempat beli roti panas dalam perjalanan pulang tadi. 

'Buatkan saya air Mocha boleh?' Teja pula berisyarat. Mereka berpapasan ke dapur.

----

"Did you miss me when I'm not around?" Yurisa bertanya perlahan. Pembaringannya masih dalam lengan Teja. Memeluk hangat tubuh itu.

Teja angguk perlahan. Perlahan dahi Yurisa dikucup. Suasana sunyi.

.

.

.

"Do you... still missing her?" Yurisa memberanikan diri. Jantungnya berdegup kencang.

Teja melepaskan nafas berat. Soalan itu benar-benar menganggu emosinya pagi itu. Perlahan dia bangun dan duduk di tepi katil membelakangkan Yurisa. Butang kemejanya dibuka satu persatu. Soalan tadi berlalu begitu sahaja.

Yurisa duduk berteleku di belakang Teja. Kesal juga membuat Teja marah begitu. Perlahan dia cuba menyentuh bahu Teja. Namun Teja mengelak dan terus bangun berjalan keluar menuju ke ruang tamu.

Yurisa segera bangun dan membututi langkah Teja.

"Hey!! Stop!!" Suara Yurisa meninggi. Teja menoleh memandang Yurisa. Kaget juga dia bila Yurisa bersikap seperti itu. Keadaan agak tegang. Yurisa menggenggam penumbuknya menahan marah.

'Saya buat salah apa sampai awak layan saya macam ni?!' Yuri berisyarat. Matanya tepat merenung mata Teja.

'Kenapa marah sangat ni?' Teja membalas. Cuba mengawal emosinya.

'Awak peluk saya tapi masih fikirkan dia.!!!' Yurisa berisyarat padu. Suasana jadi penuh emosi. Ada air mata yang mengalir di pipi.

Teja melepaskan nafas perlahan dan cuba mendekati Yurisa.

"DON'T TOUCH ME!!" Yurisa menjerit lagi. Ya. Entah dirasuk apa dia begitu hari ini. Teja menarik nafas dalam-dalam. Yurisa cuba menahan tangisnya daripada mengalir lagi.

"Who do you think you are Teja??!!"Soalan Yurisa benar-benar menikam. 

Teja cuma diam buntu. Dia tidak pernah melihat Yurisa sebegitu. Dipegang tidak mahu, dibalas jawapan makin marah. 

'Saya rasa macam orang bodoh. Saya ada depan mata awak. Tapi fikiran awak kemana?.Awak nak saya faham awak sampai bila??!' Bercucuran air mata Yurisa.

"Calm down Yuri... i'm ...soo sorry", Teja merayu tergagap-gagap. Inilah jalan terakhirnya memujuk. Dia tidak mahu berbalah dengan Yurisa.

"Don't sorry me!!" masih lagi tidak tenteram.

'Awak cuma pentingkan diri. Saya baru tanya macam tu, awak terus bangun dan pergi. Kalau awak masih tak boleh lupakan dia, jangan datang dekat saya dan bagi harapan!!' 

Teja tersentak dengan kata-kata Yurisa.

"Almost 6 months and you never. Never once you touch me. Why? You still in love with her!!" Yuri mahu meluahkan semua kekesalannya. Teja melayannya baik, tetapi masih ada sesuatu yang masih belum lengkap. Ini bukan soal hubungan intim, cuma Yurisa dapat merasakan kedinginan Teja.

Rasa memerah telinga Teja menahan emosi. Provokasi Yurisa yang sebegitu menaikkan darahnya.

'So? you want sex?' balas Teja.

Pang!!! 

Satu tamparan kuat mengena pipi Teja. Teja mengawal nafasnya yang turun naik laju. Matanya berkaca.

"Don't you ever come to my life. Again!"

Teja berlalu pergi. Pintu dihempas.

---



Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now