Teja menguak pintu pejabat perlahan. Sudah hampir jam 10 pagi. Sengaja dia datang lambat harini. Sambil berjalan perlahan, matanya melirik pada Yurisa yang sibuk di meja kerjanya.
'Ok. dia tak pedulikan aku..pandang pun tak...' Teja menghela nafas berat.Sedihnya. Berjalan menuju ke mejanya.
"Morning Miss" Sapa Azhar. Staff baru 3 bulan bekerja. Orang Malaysia. Betul-betul baru habis belajar. Azhar ditugaskan membantu Teja untuk bahagian programming dan lain-lain ICT.
"Morning" balas Teja. Dia mengambil tempat duduk.
"What happened to your face?" Azhar berkerut dahi. Memang nampak agak sedikit biru pipi Teja. Kena penampar dengan pemegang tali pinggang hitam. Memang nahaslah hasilnya.
"Its ok....nothing..." Teja senyum nipis. Azhar angguk perlahan dan menyambung kerjanya.
Teja menyemak surat-surat di atas mejanya. Dari jauh kedengaran kasut tumit Yurisa semakin menghampiri. Teja angkat kepala perlahan. Ya, Yurisa berjalan laju ke arahnya.
"Follow me" Yurisa menarik tangan Teja. Dibawanya ke bahagian pantry. Teja cuma terpinga-pinga. Takut pun ada juga. Manelah tahu, kalau mendapat side-kick pula pagi ni.
Yurisa membelek-belek wajah Teja. Dahinya berkerut. Disentuhnya pula pipi Teja yang nampak sedikit biru dan membengkak. Dan Teja cuma diam membiarkan. Keliru, sebab Teja ingatkan Yurisa dah tak pedulikannya lagi.
'Masih sakit lagi?' Yurisa berisyarat.
Teja angguk-angguk.
"Sit there" Yuri beri arahan dan Teja akur.
Yuri membuka bahagian atas peti ais dan mengambil beberapa ketul ais lalu dimasukkan ke dalam gelas sehingga penuh. Perlahan, dituamkan pada bahagian wajah Teja yang lebam.
Teja cuma diam merenung Yurisa. Hatinya mencair lagi dengan kebaikan Yurisa.
"I'm.. sorry.." ucap Teja perlahan. Matanya tidak lekang merenung Yurisa. Matanya berkaca. Rasa bersalah menyelubungi otaknya kini.
"I'm sorry too. I shouldn't hit you" balas Yurisa pantas tanpa memandang Teja. Tangannya masih pantas menuam wajah Teja. Suasana sepi seketika.
.
.
.
"I'm sorry..." Yuri tertunduk dan menangis perlahan. Melihat Teja lebam begitu buat dia rasa begitu bersalah.
"Hey..." Teja usap-usap bahu Yurisa. Teja angkat sedikit wajah Yurisa.
'Walaupun saya rasa pening lepas awak tampar. Tapi saya ok sekarang' Teja berisyarat. Cuba memujuk. Makin deras air mata Yurisa. Teja jadi garu kepala.
'Saya patut lindungi awak. Bukan pukul awak..' Yurisa berisyarat. Air matanya diseka.
'Saya janji takkan sakitkan awak lagi' Yuri berisyarat. Teja mengangguk perlahan.
"Stop...crying" ucap Teja lembut. Teja seka air mata Yurisa.
.
.
.
'Beberapa hari ni saya fikirkan semua kata-kata awak' Teja isyarat memulakan.Jadi gementar jadinya. Yurisa memandangnya. Kali ini dengan pandangan yang lebih lembut. Teja menarik nafas perlahan.
'Betul, saya belum lupakan dia. Semuanya betul apa yang awak cakap. Saya tak layak pun untuk awak' Teja isyarat perlahan-lahan.
'No.No. Please stop' Yurisa pula mencelah.
'Saya yang pentingkan diri dan tak sabar. Saya tahu awak masih terluka dan kehilangan. Tapi saya desak2 awak juga.' Yurisa berisyarat kesal.
'Saya sayangkan awak sepenuh hati saya. Tapi...'
Teja genggam erat jemari Yurisa. Tidak mahu dia melihat penyelasan Yurisa. Padahal dalam hal ini, jelas Teja puncanya.
Teja tarik nafas dalam-dalam.
.
.
.
'Terima kasih sebab awak tampar saya. Selama ni saya tak sedar awak terluka.Saya khayal dengan kenangan.Saya bagi awak harapan, tapi saya tak jaga awak sungguh-sungguh.Saya sia-siakan semua kebaikan awak. Saya ambik mudah kasih sayang dan perhatian awak pada saya.Saya cuba untuk sembuh, tapi saya sakitkan awak.' Teja berisyarat penuh penyesalan.
.
.
.
'Saya serik rasa sakitnya dengan kehilangan. ' Teja cuba mengumpul kekuatan.
'Saya merayu...awak jangan buang saya...' Teja isyarat satu persatu sayu. Air matanya tumpah lagi. Dia menunduk menahan perasaan.
Yurisa menarik rapat kepala Teja. Dirangkulnya erat.
---
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)
RomanceKita cuba. PERLANGGARAN HAK CIPTA Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di antara perbuatan pelanggaran h...