Monolog-Izinkan Namamu di Hati

689 41 33
                                    

Aku jejakkan kaki lagi ke bumi bertuah ini. Tempat pertama kali aku pergi jauh membawa diri. Terasa lelah menarik bagasi sejauh ini. Sendiri. 

Sayang, sewaktu berjalan di laluan yang panjang ini, kerap kali aku tersasul mahu memeluk pinggangmu. Seperti selalu. Namun, tiada sesiapa disisiku Sayang. Yang ada cuma angin. Sepi. 

.

.

.

Aku lalu ditempat kesukaan kita kalau ke sini Sayang. Haruman kopi dan muffin kesukaanmu bagai menoreh luka hatiku.

Mujur aku dapat duduk ditempat kegemaran kita, Sayang. Turun naik kapal terbang masih seperti dulu.Cahaya mentari pagi tetap melimpahi tempat dudukmu selalu. Damai sekali.

Sayang, orang meja sebelah dari tadi asyik merenung ke meja kita. Mungkin ganjil melihat 2 mug air kegemaran kita di atas meja. Dengan muffin dan roti kesukaanmu. Nah...ini untuk kamu. Latte. Sayang temankan aku minum kan?

.

.

Kerap kali aku membelek telefon bimbitku Sayang. Terasa aneh tidak lagi menerima pesanan ringkas darimu. Ku renung lama namamu di skrin. Aku masih mahu tunggu kalau mungkin ada pesanan darimu.

Ku seluk poketku. Ambil telefon bimbit wasiatmu Sayang dan ku taip pesanan:

"Sayang yang kacak tapi comel... dah sampai ke tu....?"

Bila sampai pesanan di telefonku, aku tersenyum sendiri Sayang. Masih rasa bahagia macam dulu. 

.

.

Sayang, tak banyak yang berubah tempat ini. Masih, ada lot kosong yang selalu kita bualkan. Tentang idea kedai nasi lemak di lot kosong itu. Kamu memang serius kan sayang mahu aku buka restoran di sini? Kita banyak berangan kan Sayang?

Sayang, entah kenapa aku jadi berkecil hati dengan mu. Kamu jahat kan Sayang. Kamu pujuk aku pulang ke Kuala Lumpur. Janji semua hidup ini cuma kita berdua. Masa hadapan kita rencana. Dan kini, aku kembali lagi ke sini. Sendiri. 

.

.

.

.

Aku perlu memulakannya lagi Sayang. Tanpa kamu. Bagaimana ya?

Aku belum biasa Sayang dengan lapangnya waktu tanpa aku melayani kamu. Memujuk rajukmu yang tidak menentu. Memeluk dirimu kalau aku rindu. Aku belum biasa.

Sayang...

Sungguh Aku gentar hadapi hari-hari mendatang sendiri

Maafkan aku sayang.

Aku belum biasa tidak menyebutmu.

---

Kredit:

Izinkan Selamanya Namamu DiHati oleh EYE

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now