3- Debaran Ini

799 46 19
                                    

Waktu Lisa memandu susur ke kiri menuju ke Butterworth, ekor matanya sempat melihat Teja yang tertidur keletihan di bahagian co-pilot. Perjalanan daripada selatan ke utara, mati-mati Teja berkeras mahu memandu. Katanya masih larat. Mata robot. Sudahnya, waktu berehat  di Sungkai,Perak; dia terlelap di tempat co-pilot. Perlahan-lahan Lisa menghidupkan enjin kereta meneruskan baki perjalanan mereka.

Jam hampir menunjukkan jam 1.30 pagi bila Lisa berjaya menemui hotel murah yang ditempahnya siang tadi. Kereta di parkir lurus, betul-betul berhadapan hotel. Siang tadi sempat memaklumkan pihak hotel, yang mereka akan check-in sekitar jam 1.00 pagi.

Lisa menoleh Teja yang masih lena. Tadi sewaktu di Taiping Teja sempat buka mata. Terkejut juga dilihatnya Lisa sudah memandu.

'Kenapa tak kejutkan saya?' Teja mencuit lengan Lisa. Lisa cuma senyum nipis.

'Awak tidola, nanti kalau tak larat saya kejut' Lisa membalas.

Teja angguk-angguk. Mengalah juga memandangkan memang dia benar-benar keletihan. Lisa menoleh lagi Teja yang duduk tegak pandang ke hadapan.

'Lahhh..tidola...sampai nanti, saya kejut...' Lisa berisyarat. 

'Takpe.., saya ok. saya teman awak drive..' balas Teja sambil senyum melihat Lisa dengan mata yang sudah merah keletihan. 

Lisa macam nak tergelak melihat gelagat Teja yang menahan matanya yang mengantuk. Tersengguk-sengguk, tapi masih acah-acah nak teman. Sudahnya tertidur juga.

Enjin kereta dimatikan. Lisa lepaskan tali pinggang keledar. 

Ditepuknya perlahan bahu Teja. Tiada reaksi. Lisa menghela nafas.

"Haa..tau kepenatan..." ucap Lisa sendiri. Dicubanya lagi membangunkan Teja.

Dalam samar cahaya lampu limpah oren, kelihatan wajah Teja yang nampak tenang. Lisa tenung lama wajah itu. Ada hati yang berdebar. Pertama kali dia merenung Teja sedekat ini. Kelihatan sedikit berbeza Teja tanpa kaca mata nerdnya. Nampak tulus, polos.

Lisa tolak ke tepi rambut Teja yang terjuntai di dahi. Dengan debaran yang bukan kepalang, Lisa memberanikan tangannya menyentuh pipi Teja yang dingin. Diusapnya perlahan dengan ibu jari. Jarak wajah Lisa dengan Teja cuma sejengkal. Lisa menahan debarannya. Beberapa saat.

.

.

.

.

Teja buka mata perlahan. Lisa segera megalihkan tangannya. Duduknya dibetulkan menghadap Teja. Teja terpisat-pisat menggosok mata. Dahinya berkerut bila terkena cahaya lampu limpah.

'Awak... sampai dah. Jom masuk' Lisa berisyarat perlahan. Teja angguk-angguk sambil memakai kembali kaca matanya.

Teja membantu mengangkat beg Lisa waktu Lisa berurusan di kaunter pendaftaran. 

Lisa membuka pintu bilik hotel perlahan. Boleh tahan lengkapnya dengan harga cuma Rm70. Mana nak dapat harga macamni di Penang. Katil queen. Kata pihak hotel,bilik dengan 2 single bed sudah habis ditempah.

Teja meletakkan beg-beg dipenjuru. Jam tangan, dompet dan kaca mata diletakkan di atas meja solek. Teja berjalan menghampiri Lisa.

'Awak, kalau saya tak mandi awak kisah tak? Teja berisyarat perlahan. Lisa hampir tergelak dengan permintaan Teja.

'Alololo... awak penat sangat ye...hahah..' Lisa mengusik sambil jari tulunjukknya pantas menyentuh hidung Teja.

Teja menggaru-garu kepalanya. 'Boleh tak awak...?' Teja cuba mohon lagi dengan mata yang makin mengecil menahan ngantuk.

'Boleh.. ish awak ni. Bukan awak nak peluk saya pun. Tapi tukarlah pakaian. Gosok gigi.' Lisa beri arahan. Teja melepaskan nafas berat dan bergerak malas menuju ke bilik air.

Lisa menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Tidak sedar entah bila dia terlena.

------

Lisa buka mata perlahan bila alarm di tepi telinganya berbunyi tepat jam 5.00 pagi. Tanpa buka mata, alarm dimatikan. Tapi!! Lisa segera buka mata bila baru terperasan ada tangan yang memeluknya dari belakang sepanjang malam. Hangat. Indah...?

Aduhai! Nampaknya sebelum azan Subuh lagi Lisa tak dapat lelap kembali.

Rezeki.


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now