[Mohon pasang earphone dan dengar lagu di atas sepanjang pembacaan]
.
.
.
.
.
Disaat siang, ku tampung cahaya mentari itu
Kututup rapat dalam sebuah wadah
Dikala malam.. Kubuka wadah itu.. Kemana cahaya mentari pergi..?
Padahal aku masih disini semenjak siang tadi..
Semalam, ku kepung seluruh ingatan tentangmu
Agar tiada satu pun terpapar dimataku
Dikala malam.. dalam dingin sendiri.. seluruh ingatan mengulit mimpiku
Hari ini kukunci semua kenangan tentang kamu
Tapi...Walau dalam ramai sekalipun, semuanya terputar tentang kamu
Bagaimana harus aku sayang?
Satu pun pesanmu tidak mampu aku tunaikan
"Hidup baik-baik saja, capai segala impianmu, jaga makan minummu, jangan rindukan aku."
Bagaimana harus aku melalui itu semua tanpa kamu??!!!
Aku telah redha kehilanganmu, tapi ini terlalu sakit..
Ini bukan tentang kehilangan lagi.. Ini tentang menerima kenyataan dengan keikhlasan..
Sayang...aku ingin tidur yang panjang. Aku ingin malam selamanya. Aku tahu,
Kerna cuma dalam mimpi aku akan memelukmu lagi..
----
Teja buka perlahan kelopak matanya. Seperti malam-malam dingin sebelumnya, bantal pembaringannya basah dengan air mata. Lisa datang lagi memeluknya sebelum lenyap pergi. Seperti malam-malam sebelumnya juga. Teja duduk ditepi katil dan menghidupkan lampu tidurnya yang cuma di tepi katil. Wajahnya diraupi sambil menahan sebak di dada yang masih tersisa. Dia beristighfar perlahan.
'Allah...bila semua ni nak pergi...' Teja merintih lagi. Air matanya di tahan dengan telapak tangannya. Masih jua mahu mengalir. Dilap bersih-bersih wajahnya. Telefon bimbit dicapai.
Jam 2.00 pagi. Dia menekan video call. Menunggu beberapa saat dan kemudian panggilan di jawab. Terasa sebak datang lagi mengasak bila dilihat wajah Yurisa ditalian.
'Hei....?' Yurisa berisyarat. Nampak samar-samar cahaya lampu tidur. Dia menggosok-gosok matanya.
Teja seka lagi air matanya.
'Hai Yuri..' Teja lambai dengan senyuman nipis.
Yurisa cepat-cepat duduk daripada pembaringannya. Jantungnya berdegup menerima panggilan Teja pagi-pagi buta begitu. Apakah ada perkara buruk yang terjadi?
'Hei... awak ok..?' Yurisa berisyarat. Jelas terlihat wajah Teja yang menundukkan kepalanya sedikit menyembunyikan sesuatu.
'Boleh saya datang tempat awak sekarang?' isyarat Teja di hujung talian.
Makin bingung Yurisa dengan permintaan Teja. Langsung tidak pernah Teja begitu. Yurisa tidak mahu bertanya panjang. Hatinya tidak tenteram melihat Teja begitu.
'OK. ok. ok. I'll wait' Yurisa isyarat ringkas.
----
Waktu bunyi ketukan pintu, tepat jam 230 pagi. Yurisa perlahan menjengah daripada lubang pintu. Kemudian pintu dibuka perlahan.
Teja berdiri tegak dimuka pintu. Matanya sayu merenung Yurisa.
'Can i... hug you..?' isyarat Teja dengan jemari yang menggigil. Sedaya upaya menahan air matanya daripada gugur.
Terus Yurisa tarik tangan Teja dan masuk ke dalam rumah. Tubuh Teja dirangkulnya erat. Dia tidak pasti apa sebabnya Teja begitu rapuh malam itu. Yurisa ikut sayu mendengar esakan Teja dalam pelukannya.
Dieratkan lagi pelukannya bila tubuh itu seakan tidak mampu berdiri lagi. Kedua-duanya terduduk dilantai. Teja masih lagi teresak dalam pelukan Yurisa. Tidak ada kata yang mampu menenangkan Teja dikala itu. Yurisa meleraikan pelukannya, hatinya tidak keruan melihat Teja begitu. Segera dihapus air mata yang masih mengalir pada wajah Teja.
"Hey..hey... what's wrong... why are you crying like this?" ucap Yurisa sambil memegang bahu Teja.
Makin sebak Teja dengan pertanyaan yang begitu. Dia cuba berisyarat perlahan-lahan.
'She's gone....she's gone Yuri...She left me.....I miss her so much...' makin deras air mata yang mengalir. Terasa beban yang terlalu lama disimpan sendiri terluah waktu itu.
"Who...? Who left you..."tanya Yurisa lagi dengan suara yang sebak.
"Li..sa..Lisa.." ucap Teja tersekat-sekat dengan air mata yang masih deras mengalir.
Yurisa memejamkan matanya dan memeluk erat semula wajah Teja. Air matanya turut mengalir. Seakan turut merasai kesakitan yang ditanggung Teja.
---
Aku terlalu lelah untuk semua ini...
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)
RomanceKita cuba. PERLANGGARAN HAK CIPTA Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di antara perbuatan pelanggaran h...