12 Setia

566 39 13
                                    

Hujung minggu menjengah lagi. Hampir jam 8:30 pagi dan orang ramai semakin membanjiri Shiloh Park. Antara taman rekreasi yang terdapat di kawasan North Carolina ini. Taman sederhana luas ini menjadi garisan mula untuk larian kesedaran berkaitan jantung sihat. Garisan tamat terletak di Jordon Lake State Recreation Park yang berjarak 30km daripada Shiloh Park. Agak jauh juga sebenarnya, tetapi 30km bagi masyarakat di sini adalah sesuatu yang biasa dan tetap ramai penyertaannya. Suhu pagi itu 18 darjah celcius, tidaklah terlalu sejuk. 

Yurisa membetulkan ikatan tali kasutnya. Jersi warna biru muda menyerlahkan lagi sisi gadis Jepunnya. Dia masih menunggu Teja menyelesaikan urusannya yang juga sukarelawan bagi larian ini. Sesekali dia berbual ringkas dengan peserta-peserta yang ada disitu. Rupanya, ini acara bulanan bagi komuniti di situ. Rata-rata peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Dari yang baru pandai berjalan, hinggalah yang sudah bongkok masih berjalan. Dan selalunya acara begini adalah peluang untuk berkumpulnya komuniti yang ada disi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bahu Yurisa dicuit lembut. Yurisa menoleh dan dibelakangnya Teja dengan dua tangannya penuh 2 cawan kopi dan sandwich. Teja ajak Yurisa duduk di bahu jalan mengadap rumput hijau.

'Dapat daripada mana kopi ni?' Yurisa berisyarat.

'Cafe. Drive ke sana kejap tadi. Makanlah. Jauh 30km.' balas Teja. Yurisa senyum nipis. Terharu dengan Teja yang masih prihatin seperti dulu-dulu.

Teja mengunyah perlahan sambil menghadap padang rumput, tapi Yurisa bersarapan sambil menghadap Teja. Dia juga tidak perasan perlakuannya sendiri. Teruja barangkali. Atau lebih kepada rindu mungkin. Sambil hirup kopi, sambil senyum manis merenung wajah Teja.

"Hmmm..." Teja buat muka kelat.

'Pahit kan kopi ni?' Teja menoleh Yurisa.

"hA?" Yurisa tersedar.

Dihirupnya kembali kopi. 

Ya. Pahit.

'Saya lupa letak gula sikit tadi' sesal Teja.

'Its Ok.' balas Yurisa.

'Awak suka kopi pahit?' Teja bertanya.

Yurisa menggeleng tetapi tetap menghirupnya sambil memandang wajah Teja. Ada manis yang meresap.

Setelah sarapan dihabiskan, Teja minta diri ke kelompok urusetia terlebih dahulu dan berjanji akan mencari Yurisa di garisan permulaan nanti. Larian akan bermula tepat jam 9.00 nanti.

-----

Yurisa telah melintasi Mills School Park bila tiba-tiba Teja muncul berlari disebelahnya.

'Sorry, ada urusan tadi.' isyarat Teja.

'Ok. No problem' Balas Yurisa senyum. Hampir 16km lariannya. Mujurlah dia kerap bersenam, kalau tidak, tentu 10km tadi dah kalah.

Teja berlari tenang mengikut rentak larian Yurisa. Ramai peserta yang cuma lari-lari anak menikmati suasana taman di kiri dan kanan laluan larian. Sesekali Teja mengangkat tangan bila bahunya dicuit teman-teman kejiranan yang lari melepasinya.

Yurisa cuba tenang berlari disebelah Teja yang seolah-olah berjalan pantas disebelahnya. Bukan berlari. Tekanan pula rasanya. Sekali Teja buka langkah bersamaan dua kali langkah Yurisa. Bila-bila masa kalau Teja mahu, dia boleh mendahului Yurisa.

Yurisa cuit lengan Teja.

'Boleh tak lari belakang saya?' Yurisa mengarahkan.

'Ha? Kenapa?' Teja hairan.

'Rasa macam lumba lari bila awak ada sebelah' Yurisa kerut dahi.

Teja tertawa kecil dan dia memperlahankan larian dan membuntuti Yurisa di belakang.

Pada setiap 7km, akan ada satu checkpoint yang menyediakan air percuma atau yang memerlukan bantuan perubatan juga boleh berhenti. Dan setiap checkpoint perlu dilalui oleh para peserta dengan mengambil riben yang akan diberikan oleh petugas.

Sesampainya di checkpoint White oak Park, Yurisa memperlahankan lariannya dan menuju ke tempat mengambil air. Teja juga masih mengikutinya di belakang.

Air mineral diteguk perlahan. Teja membetulkan topinya sambil menunggu Yurisa menghabiskan minumannya.

'Air?' Yurisa suakan pada Teja. Teja sambut botol yang diberi dan meneguk sedikit air. Tidak mahu minum terlalu banyak, bimbang berkocak hebat dalam perut.

'Yuri.. masih boleh lagi?' Teja cuba memastikan keadaan Yurisa yang sudah terduduk di atas rumput.

'Berapa jauh lagi..?' Tanya Yurisa.

'emm.. lebih kurang 18km' balas Teja.

Yurisa melepaskan nafas. Baru separuh larian, tapi terasa letihnya.

'Masih awal lagi. kita tamat jam 1.' Teja membelek jam tangannya.

Yurisa angguk-angguk sambil meneguk baki air yang tinggal.

'Tak perlu paksa. Kita jalan kaki Ok.' Teja memujuk. Risau pula bila lihat Yurisa sefokus itu. Padahal ini bukan pertandingan lumba lari.

"Nope. Catch me if you can!" Yurisa lari meninggalkan Teja terpinga di belakang.

Teja tertawa melihat kesungguhan Yurisa. Baru mahu membuka langkah, telefon bimbit dikocek bergetar.

.

.

.

Reminder:

3rd Year Annivessary with Teja Sayang, Love of My Life.

.

.

Teja tenung lama telefon bimbit kepunyaan Lisa. Dia seolah-olah tenggelam dengan perasaan yang bercampur baur. Wajah Lisa kembali lagi menerjah fikirannya. Memori-memori lama datang mengasak dengan kejam. Teja tarik nafas dalam-dalam. Kelopak matanya bergenang lagi. Dia berjalan perlahan meneruskan ke checkpoint yang terakhir.

"Happy Annivessary Lisa Cintaku.." Teja ucap perlahan sambil menyeka perlahan airmata yang mengalir.

Teja menaip sesuatu di telefon bimbit Lisa dan kemudian disimpan semula di dalam kocek sebelah kanan.

Kocek sebelah kiri diseluk bila telefon bimbit Teja bergetar. Ada pesanan yang masuk.

Sayang... happy annivessary. Balik awal tau. Kita dinner sama-sama.-Lisa

Terasa ada arus hangat yang mengalir dalam hati waktu itu. Rasa teruja melihat nama Lisa di skrin telefon masih sama seperti selalu. Teja senyum dan menyeka lagi air matanya.

Ok Cinta.. Tunggu Sayang tau. Love. -  Teja membalas pesanan.

----


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now