Suasana dalam bilik mesyuarat masih tegang semenjak 20 minit yang lalu. CEO, Datuk Fauzi turut ada sama memandangkan projek empangan ini melibatkan ketirisan wang yang banyak. Tidak pernah terjadi dalam sejarah syarikat perkara ini. Ketidakjujuran menyebabkan Datuk Fauzi hilang kesabaran. Segala bukti telah dibentangkan pegawai penyiasat persendirian (PI) yang diupah Datuk Fauzi. Tiga orang manager lelaki yang tadinya tidak mengaku dan menafikan tuduhan Datuk Fauzi, kini terkedu seribu bahasa. Bukti gambar dan trasaksi wang ke akaun bank mereka jelas buat mereka terduduk.
Mei Yee yang senyap daripada tadi menahan perasaannya, hampir-hampir namanya terlibat disebabkan ada dokumen yang dipalsukan tanda tangan. Kalaulah kederatnya kuat, mahu bertumbuk rasanya dengan 3 lelaki tersebut.
Benarlah, mahu percaya orang perlu berwaspada. Perlu bijak menapis maklumat. Mujur setiap dokumen yang ditandatangi Mei Yee, ada simpanan dalam bentuk softcopy. Kalau tidak, habis masa depannya.
Sewaktu PI Dato' Fauzi sedang menyimpulkan hasil penemuan mereka, telefon bimbit Mei Yee begetar di poket seluarnya. Perlahan dia menyeluk, mahu baca pesanan untuk tenangkan sedikit hatinya.
TEJA
"Selamat pagi Mei Yee. I'm really sorry to text you like this.
Lisa was passed away, 9am this morning. She'll be buried in KL. We'll have the ceremony in Haris's parents' house. This is the location. "
Berulang-ulang Mei Yee membaca pesanan itu. Semalam dia dan Jess baru sahaja melawat Lisa di hospital. Semalam Lisa sempat bergurau dengannya. Semalam, kuat genggaman jemari Lisa. Semalam Lisa masih ketawa.
Tanpa sedar air matanya mengalir deras. Jarak Mei Yee dengan Dato' Fauzi cuma selang dua kerusi.
"Mei Yee.. kenapa..?" Dato' Fauzi menegur. Semua mata tertumpu pada Mei Yee yang cuba menyembunyikan tangisnya. Mei Yee memandang tepat Dato' Fauzi.
"I'm sorry Dato'. i just received a message from Lisa's family. She passed away, early this morning." Suaranya serak. Mei Yee mengesat air matanya.
" Innalillahiwainnalillahirojiun.." Masing-masing terdiam dengan berita itu. Walau pun hampir dua tahun Lisa berhenti kerja, namun susuk Lisa adalah sesuatu yang sangat diingati oleh rakan-rakan sekerjanya. Banyak projek-projek mega milik Dato' Fauzi adalah usaha keras Lisa terdahulu. Orang kepercayaan Dato' Fauzi di awal-awal penglibatannya dalam bidang pembinaan.
"Kita tangguhkan dulu hal ni." Dato' Fauzi menutup meeting. Dia tersandar di kerusi.
------
Teja melepaskan pelukan Wani. Adik perempuan bongsu arwah Lisa. Baru tingkatan 3. Teresak-esak Wani daripada tadi. Mereka bertiga termasuk Aiman, adik lelaki Lisa masih di hospital, bilik jenazah. Menguruskan hal-hal terakhir di hospital. Jenazah akan sampai untuk dimandikan di hospital juga, sebentar sahaja lagi. Keluarga Haris dan ibu Lisa sudah pulang dahulu menguruskan hal di rumah pula.
"Waanii... Aiiman..." ucap Teja dalam gagapnya. Sedaya upaya. Teja mahu kuat sepanjang hari ini.
"Anggap...ini bakti ...terakhir kita semua untuk Along ya..." Ucap Teja. Dipeluknya erat bahu Wani.
Aiman angguk-angguk. Menekup wajahnya yang sudah berjujuran air mata. Terasa tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung sangat besar selepas ini. Usianya baru 18 tahun. Selepas ketiadaan Lisa, dialah bakal jadi tulang belakang keluarganya.
"Aiman.. pegang telefon Along... nanti.... call abang Haris....keadaan rumah macam...mana. Update abang Haris." Teja beri arahan pada Aiman. Aiman angguk-angguk sambil mengesat air matanya.
Mereka bertiga menoleh bila ada jenazah yang diusung masuk.
Berdebar-debar jantung Teja.
"Ini waris Melisa Ardani..?" seorang staf perubatan lelaki inginkan pengesahan.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)
RomanceKita cuba. PERLANGGARAN HAK CIPTA Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di antara perbuatan pelanggaran h...