16 Akhirnya

673 41 12
                                    

Imbas Kembali

Di ruangan itu semuanya berkumpul diam menantikan kedatangan doktor pakar yang merawat Lisa.

Haris dan keluarga, keluarga Lisa dan Teja. Masing-masing termenung melayan perasaan sendiri. Masing-masing mengangkat wajah bila dua orang doktor pakar masuk ke ruangan itu. Salah seorangnya adalah Dr Kamal yang merawat Lisa berkenaan Alzhemiernya. Seorang lagi Dr Fauzi.

Mereka berdua tenang duduk menghadap ahli keluarga Lisa.

Dr Fauzi memulakan bicara.

"Semuanya ahli keluarga Lisa ya di sini?" dia menyapa mesra.

" Ya. semua ada kat sini Dr." Haris menjawab. Dr Fauzi angguk-angguk.

"Nama saya Fauzi. Seperti semua sedia maklum sejak hari pertama Cik Lisa warded, saya yang dipertanggungjawabkan untuk memantau keadaan Cik Lisa. Sebelah saya ni Dr Kamal. Dia dah lama memantau kes Alzhemeir Cik Lisa. " Masing-masing menarik nafas.

"Saya telah berbincang dengan Dr Kamal dan 3 lagi pakar berkaitan kes Cik Lisa. " Dr Fauzi kemudian bangun dan meletakkan dua keping gambar x-ray pada lampu pemancar yang tersangkut di dinding. Semua memerhati x-ray tersebut.

"Ini x-ray pada hari pertama Cik Lisa Warded. Yang putih-putih di bahagian paru-paru kiri bawah ni, tandanya ada jangkitan kuman. Kita panggil Pneumonia. Kemudian..., ini x-ray pada hari ke 3. Kuman ni..., dah makin merebak ke bahagian kanan paru-paru." Dr Fauzi kembali duduk dikerusinya.

"Saya akan terangkan keadaan Cik Lisa setakat hari ini. Hampir 4 hari kita pantau dan cuba kurangkan jangkitan, tetap hasilnya tidak begitu baik. Kalau keadaan ini berterusan, kami khuatir Cik Lisa tak boleh survive." Semua berkerut mendengar penjelasan Dr Fauzi.

Dr Kamal pula mencelah.

"Saya cuba jelaskan kenapa jadi macam ni. Kita semua maklum Cik Lisa jugak penghidap alzhemeir dan makin hari, keadaan makin teruk. Bila fungsi otak makin banyak yang lemah, daya kebolehtahanan badan jugak akan semakin lemah. Sistem yang selama ni bekerja untuk hasilkan antibodi melawan bakteria dalam tubuh ni...dah tak terima arahan daripada otak. Sebab tu, dalam masa 3 hari kuman merebak dengan sangat cepat." Dr Kamal menghela nafas.

Dr. Fauzi pula menambah.

"Beberapa hari ni, kita dah beri antibiotik dengan dos yang sangat rendah untuk lihat tindak balas. Itulah... berbanding kita yang tak ada alzhemier ni, antibiotik akan tunjukkan kesan positif penyembuhan. Tapi.. untuk pesakit alzhemier ni..sebaliknya. Berdasarkan pemantauan kita, ada kesan alergic pada kulit dan boleh memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Cik Lisa sudah berada di tahap late stage of alzhemier. Dan agak sukar kita nak tentukan treatment terbaik untuk pneomonia pada saat ini. Sebab semuanya yang sepatutnya positif, jadi makin teruk" Dr Fauzi berkerut dahi.

.

.

.

"Apa pilihan lain yang kita ada Dr?" Dato' Kamal, ayah haris menahan sebak.

.

.

"Saya minta maaf. Pihak kami telah berusaha sedaya upaya. Tak ada pilihan lain lagi. Kita akan biarkan pesakit pergi secara semulajadi. Kita doakan sama-sama moga umur Cik Lisa panjang dan ada kejaiban yang berlaku." Dr Fauzi tenang menjelaskan.

---
[Sila pasang earphone dan mainkan lagu di atas].
.
.

Lisa memerhatikan sayu gadis dihadapannya yang tekun daripada tadi menguruskannya. Seminggu lepas Lisa tidak sedarkan diri di rumah. Awalnya cuma daripada demam yang berlarutan hampir tiga hari. Kini dia terbaring di katil hospital dengan bantuan alat pernafasan dan segala wayar dan tiub. Terasa lemah dan sakit seluruh tubuh. Hendak bernafas juga terasa kepayahannya.

Kain lembab yang mengenai kulit Lisa terasa dinginnya hingga ke tulang temulang. Sesekali Teja mengerling reaksi Lisa yang nampak kedinginan. Perlahan-lahan, Teja mengelap bahagian lengan Lisa. Senyuman dilemparkan bila Lisa merenungnya tidak lepas-lepas daripada tadi.

Teja mengambil tuala bersih lain dan direndam pula dalam basin berisi air sedikit hangat. Kain diperah dan dilapkan perlahan pula pada wajah kekasihnya. Lisa masih merenung Teja yang perlahan-lahan mengangkat kepala dan tubuh Lisa, kemudian diampuhkan pada bahu Teja. Wayar-wayar yang melingkari tubuh Lisa diketepikan berhati-hati. Bahagian belakang Lisa kemudian dilap perlahan. Setelah selesai, Lisa dibaringkan semula.

Satu kucupan hinggap di dahi Lisa. Hangat. Lama.

Lisa tahu, yang disisinya waktu itu, adalah gadis yang paling dicintainya. Yang selalu sabar melayan kerenahnya. Yang tetap menghadirkan perasaan hangat dalam hatinya.

"Baby..awk dah...  wangi dah..." Teja bisik perlahan ke telinga Lisa. Terasa hangat irama suara Teja, mengalir sampai ke hati.

Teja meraih jemari Lisa. Ada air mata yang mengalir dari sudut mata Lisa disekanya pula perlahan.

.

.

.

"Baby..sayang ada sini... tak mahu... nangis ye..." bisik Teja lagi.

Perlahan, Lisa cuba membawa genggaman jemari Teja ke dadanya. Rindu rasanya mahu mendakap gadis kesayangannya itu. Teja usap perlahan ubun-ubun Lisa.

Masih.

Lisa merenung penuh kasih cinta terakhirnya.

.

.

Lisa tarik sedikit nebulizer. Cuba bercakap dengan Teja. Teja rapatkan wajahnya pada Lisa.

"Peluk saya ... boleh?" Lisa ucap lemah. Teja angguk perlahan. Pipi Lisa dikucupnya perlahan.

.

.

.

Berhati-hati Teja membaringkan tubuhnya di sebelah Lisa yang tetap merenungnya. Tangan kanannya sudah dipeluk Lisa, manakala tangan kirinya lembut mengusap dahi Lisa.

.

Teja merenung Lisa penuh kasih. Lisa tarik sekali lagi nebulizer.

Jelas sekali kedengaran kata-kata Lisa pada Teja.

.

.

.

"Sayang.... cinta akhir saya..."

---

Sayang, aku yakin harinya pasti tiba

Hari aku berhenti menyakitimu

Kau yang terakhir, dan kaulah yang terindah.

Dan semua cinta ini hanya untuk kamu.

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now