Imbas Kembali
Teja menghulurkan tangan pada Lisa yang agak kekok berjalan di batas bendang. Sawah padi yang tengah menguning dengan angin bertiup kencang membuat langkah Lisa lebih berhati. Digenggamnya erat jemari Teja yang begitu cermat memimpinnya.
Dalam hal ini, Lisa tidak boleh banyak berbunyi, kerana ini juga ideanya. Katanya mahu rasa mee udang sedap di Sabak Bernam. Di tengah sawah. Cuma kecil pondok kedainya. Perlu jalan ke tengah sawah melalui batas-batas yang kecil dan kadangkala licin. Agak ramai juga pelanggan di situ. Lima minit berjalan tibalah mereka berdua di kedai yang dimaksudkan.
Teja menarik tangan Lisa ambil mencari tempat duduk kosong. Walaupun cuaca panas, masih tiupan angin mendinginkan tubuh.
Lisa cuma menurut bila Teja tidak mahu melepaskan genggaman. Bila mereka sudah mahu duduk dibangku, barulah Teja perlahan meleraikan pegangan tangan. Lisa cuba mengawal reaksi wajahnya ketika itu. Jantungnya masih tersisa debar yang tadi. Sesekali dia memandang wajah Teja yang . . . . tiada perasaan... Matanya tersembunyi disebalik kaca mata hitam yang kelihatan cool dengan wajah Teja.
Teja menoleh Lisa dan melemparkan senyuman nipis.
'Dah boleh order?' Teja berisyarat.
Lisa angguk-angguk sambil memanggil remaja lelaki sekitar umur 15 tahun untuk mengambil order.
"Emm.. adik. Bagi mee udang special 2..., air.. limau ais dengan teh ais." Pantas Lisa menyebut menu.
"Ok.. akak nak apa-apa lagi? Keropok lekor dengan goreng pisang pun ada. Ikan baru kak. Pisang pun baru petik. " pelawa remaja lelaki itu.
Lisa menoleh Teja. Teja cuma angguk memberi isyarat tak kisah (ok) pada Lisa.
"Ok bolehhla dik. Buat seringgit, seringgit ya" tambah Lisa lagi.
"Orait kak" pesanan pantas dicatat dan berlalu pergi.
Teja memerhati sawah padi yang terbentang luas. Nasib baik pakai kaca mata hitam. Kalau tak, tentu silau dengan cuaca panas begini.
Lisa mencuit lengan Teja.
'Bukalah spek tu..' Lisa berisyarat.
'Panaslah.. silau...' balas Teja dengan dahi berkerut.
'Memanglah silau..awak tengok sawah padi tengah-tengah panas macam ni...' Lisa tidak mahu mengalah. Helaian rambut yang terjuntai di dahi diselak perlahan ke belakang.
'Pandanglah saya..kan tak silau..' Lisa mencadangkan lembut. Ahh!! Sudah!! Sekali lagi Lisa cuba kawal reaksi wajahnya sendiri.
'Ape hal lah cakap macam ni ..' Lisa menyumpah dalam hati.
Teja dengan reaksi tanpa perasaan memandang pada Lisa. Kaca matanya dibuka dan diletakkan di atas meja. Dia senyum nipis.
'Yelah. Tak silau.' isyarat Teja.Mata Lisa sempat direnungnya beberapa saat sebelum seorang remaja lelaki datang membawa semua pesanan tadi.
Segala pesanan terhidang di atas meja. Teja dan Lisa menjamah perlahan mee udang special. Istimewa mee udang disini, kuahnya dibuat satu persatu. Bukan kuah yang dibuat dengan banyak dan kemudian cedok dan curah atas mee. Setiap pesanan mee udang, dimasak satu persatu. Enam ekor udang besar sepinggan. Barulah puas makan mee udang.
Keropok lekornya juga memang sedap. Terasa ikannya berbanding tepung. Dicicah dengan sos pedas-pedas manis, memang padu. Tidak kalah dengan rasa keropok lekor Terengganu.
Lisa meletakkan seekor udang yang telah dikupas ke dalam pinggan Teja. Teja mengangkat wajah memandang Lisa.
'Lama sangat awak kupas. Awak tak reti makan udang ye..?' Usik Lisa. Kemudian ambil seekor udang yang belum dikupas daripada pinggan Teja.
Teja senyum segan dengan aksi Lisa sebentar tadi.
'Tak biasa kupas udang...takpelah.. awak makanlah...tak perlu kupas untuk saya...' Teja menegah, bila seekor lagi udang yang telah dikupas diletakkan ke dalam pinggannya.
'It's Ok.. tak susah pun. Makanlah mee dengan udang tu. Manis.' Lisa menyuap mee ke dalam mulut.
Teja bangun mencapai sekotak tisu di meja sebelah. Sehelai tisu ditarik dan didekatkan ke mulut Lisa.
'Awak memang makan comot ye?' Teja pula mengusik. Comotnya bukan cuma di mulut. Sampai ke pipi.
Lisa mengambil tisu yang disuakan. Merona merah wajahnya dengan usikan Teja. Segera dibersihkan kesan comot. Lisa memang tak pernah anggun kalau dengan Teja. Comot adalah peneman setianya.
Teja cuma senyum sendiri. Entah kenapa, rasa bahagia bila berdua begitu dan mengusik Lisa.
Udang yang telah dikupas Lisa, dikunyah perlahan. Terasa manisnya, sampai ke hati.
---
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)
RomanceKita cuba. PERLANGGARAN HAK CIPTA Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di antara perbuatan pelanggaran h...