4-Rojak

758 44 25
                                    

"Eh Lisa. Sorry2.. saya tengah meeting tadi. Ni ha.. data semua ada dalam ni" Lelaki segak berkot hitam menyerahkan sesuatu pada Lisa.

"Oh...it's ok Lan. Sorry kena kacau pulak masa meeting." Lisa berbasi-basi.

"Duduklah dulu. Meeting tinggal sikit ja. Dato' dah bagi greenlight  keluar awal." Lelaki itu tidak lekang senyum pada Lisa.

"Oh ini kawan saya, Teja. " Lisa memperkenalkan. Lelaki bernama Lan cuma senyum nipis dan kemudian memandang Lisa semula.

"Kita lunch sama-sama. Saya belanja. Lama tak sembang" Lan mengajak Lisa. Lisa nampak teruja. Teja cuma diam memerhati. Memerhati cara Lan memandang Lisa. 

Lisa cuit lengan Teja.

'Kita makan dulu ya? Lan ajak' Lisa seakan meminta izin.

Teja angkat kening tanda setuju.

Lan memerhati.

"Wau.. sejak bila awak berkawan...." Lan tidak menghabiskan ayatnya. 

"Teja bestfriend saya. Lama dah kawan.."Lisa memotong percakapan Lan.

Mereka bertiga makan tengahari di gerai nasi kandar yang agak terkenal di Penang. Chefnya orang Melayu. Perlu beratur lima minit juga sebelum makan. 

Sepanjang masa Teja cuma diam. Memerhati gelagat Lan yang mahu meng'qonquer' Lisa agar cuma bersembang dengannya. Faham benar Teja dengan perangai lelaki sebegini. Sejenis fokus nak mendapatkan benda yang dia mahu dan men'tunggul'kan orang lain disekeliling. Typycal man with overfloaded testosteron dan layan orang lain macam tak wujud.

Sangat jelas cara percakapan dan senyuman Lan yang mahu mengorat Lisa. Teja perhati tanpa berkelip. Teja cuma pesan rojak dan telah membayarnya sendiri di kaunter. Tidak mahu dia hadap duit orang perangai macam ni.

'Awak.. takkan lunch makan ni...? Awak tak makan nasi kandar ye..?' Lisa mnyentuh lengan Teja.

'Eh taklah.. teringin nak makan rojak..' Teja membalas.

Lan yang seakan mengerti pertanyaan Lisa pula menambah.

"Takpe Lisa. Rojak kat sini pun kenyang. Lisa, awak nak try udang sambal dia tak? Saya tambah order." Lan bangun dan menuju ke kaunter.

Lisa menoleh Teja.

'Awak ok ke ni..? Awak diam je dari tadi..' Lisa berisyarat. Risau pula melihat gelagat Teja yang agak aneh.

'Eh.. kenapa tanya macamtu. Saya ok.' Teja melemparkan senyuman nipis pada Lisa. Limau ais dihirup perlahan.

Lisa masih tak puas hati. Riak wajah Teja tidak seperti biasa. Dan bahasa tubuh Teja agak dingin dengannya.

Lisa genggam lengan Teja walaupun dia sendiri tidak pasti apa puncanya.

'Kejap tau. Lepas ni kita balik hotel.' Lisa isyarat memandang mata Teja.

Teja cuma angguk perlahan.

-----

Teja buka pintu bilik hotel perlahan. Lisa yang terakhir, mengunci pintu bilik. Teja masih dingin seperti tadi.Dia mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air untuk mandi.

Lisa mengetap bibirnya perlahan. Tidak pasti apa yang berlaku pada Teja.

Lisa membuka laptopnya sementara menunggu Teja. Data yang diberi Lan tadi dibuka satu persatu.

Usai mandi, Teja berjalan menuju ke katil. Tubuh direbahkan dan selimut ditarik paras dada.

Lisa menoleh perlahan. Hairan, Teja langsung tidak menegurnya.

'Letih agaknya..takpelah..esok tanya..' Lisa bermonolog mahu sedapkan hati.

---

Lisa tersedar bila terdengar Teja batuk-batuk di dalam tandas. Lisa bangun dan bersandar di katil. Bila Teja keluar daripada tandas, masih ada lagi sisa batuk yang tadi. Teja berbaring dan menarik selimut.

Lisa usap lembut bahu Teja. 

'Awak ok?'

'Ok..' Balas Teja. Nafasnya turun naik seperti kepenatan. Lisa letak tangannya di dahi Teja. Panas.

'Awak demam ni...' Lisa berisyarat. Lantas dia bangun mencari sesuatu di beg laptopnya.

'Nah, makan ni dulu...' Lisa suakan 2 biji panadol beserta air masak pada Teja. Teja cuma menurut.

Teja berbaring kembali disebelah Lisa. Dicapainya tangan Lisa dan diletakkan ke dahinya. Lisa cuma menurut hairan. 

'Sakit sangat kepala. Tolong boleh?' isyarat Teja.

Lisa angguk. Tanpa banyak bicara Lisa urut perlahan kepala Teja.

----

Rasa menyampah yang tak terluah boleh bikin pusing!

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now