Teja tekun melihat data-data yang diberikan Lisa tadi. Bila bab teknikal begini, Tejalah yang kena tuju. Proses cleaning data dan pembinaan pengkalan data hampir siap. Data-data ini semua bagi tujuan kajian Sarjana Lisa. Pagi tadi bagai mahu tergelak lihat kesusahan Lisa menguruskan data-data yang banyak. Kasihan jadinya.
Selesai perjumpaan dengan Dr Hakim, terus Teja datang ke ruangan kerja Lisa untuk menghulur bantuan.
'Dah siap ke?'
'Hmm.. belum... banyak lagi. Saya pening format data ni...tak sama nak buat satu database...' Lisa mengeluh.
'Mari saya tengokkan..' Teja mengambil tempat duduk di sebelah Lisa.
Lisa menerangkan folder-folder simpanan semua data-datanya biar Teja faham. Teja cuma angguk-angguk.
'Format beza ni kena convert dulu. Pakai satu format je..Data government memang format lain sikit...' Teja menerangkan pula.
'Dekat mana nak convert?'tanya Lisa lagi.
Jemari Teja pantas menaip website2 yang berkaitan.
'Wahhhh...hebatnya....patutlah awak graduate North Carolina....' Lisa puji dan kagum.
'Eleh... tak payah sampai North Carolina....harini awak belajar. Esok dah pandai dah.' Teja merendah diri. Lisa senyum manis dengan jawapan Teja.
'Apelah humble sangat dia ni...' bisik hati Lisa.
'Awak tunjuklah kat saya, nanti saya sambung buat' pinta Lisa.
Teja angguk-angguk mengerti.
----
Nasi ayam penyek disuap perlahan ke dalam mulut. Rezeki lagi hari ini. Lisa belanja makan. Sambalnya pedas bukan kepalang. Tapi sedap. Merah-merah wajah Teja.
Tiba-tiba bangku disebelah Lisa ditarik perlahan. Seorang lelaki yang amat dikenali Teja. Tapi hairan juga bila dia duduk disebelah Lisa.
"Hai Teja..Makan sampai tak nampak aku" lelaki bernama Haris itu bersuara.
Teja mengangkat kepalanya. Melemparkan senyuman pada Haris.
"Eh... Haris. Datang daripada mana?" Lisa pula menyapa. Tak sangka juga boleh terserempak haris di situ.
"Saya pergi fotostate nota untuk meeting esok. Lapar pulak. Ni yang datang ni. Boleh duduk sini ke?" pinta Haris.
"Eh boleh-boleh." ucap Lisa. Teja juga angguk-angguk setuju.
"Teja. jangan makan laju sangat. Tunggu aku" usik Haris. Teja tersenyum nipis seraya memperlahankan suapannya.
"Eh... aku gurau je Teja. hahaha. kau ni.. tak habis-habis acah-acah lurus kau tu...." Haris dan Lisa tergelak melihat Teja.
'Yela.. aku nak tunggu kan....nanti kalau habis, terpaksa order lagi satu....' isyarat Teja bersahaja.
"Sudahlah Teja... cakapla nak makan 2 set....jangan kambing hitamkan aku...." tambah Haris.
'Takde siapa yang jadi kambing Haris... Cepatlah order. Penat ni, perlahankan suapan...' Teja pula mengusik.
Lisa ketawa melihat telatah mereka berdua. Haris terus bangun ke kaunter memesan makanan.
'Awak kenal Haris?' Teja bertanya.
'Awak pun?' Lisa juga soalan yang sama.
'Sekolah menengah sama. Sekelas. Dulu panggil Ustaz Haris. Sekarang dah hilang ustaznya. ' terang Teja.
"ooooooo..macamtu.." Lisa angguk-angguk.
'Awak?'Teja sedut perlahan limau ais.
'Emm.. family rapat. Tu yang kenal dari kecik..' Lisa menjawab ringkas.
Tidak lama, Haris datang membawa sepinggan ayam penyek.
"Eh cepat jugak." Lisa menegur.
Haris tersengeh-sengeh.
'Kau tolong makcik tu kat dapur kan..?' usik Teja.
"Eh seriuslah. Kau memang faham aku Teja. ahahaha. lambat sangat. aku tolonglah makcik tu..." bela Haris sambil menyuap nasi ke dalam mulut.
'Ishh.. mesti kau potong order orang lain kan? Abang sebelah ni tak dapat lagi...' Teja membalas.
"Syhhh.. takpe..sekali sekala. Aku tak nak makan sorang-sorang. Korang berdua ni pun dah nak habis..." Haris menjuihkan bibir.
"Takpe, kitorang tunggu..." Lisa menjawab.
"Ha.. Lisa jugak yang baik dengan aku... kau Teja.. asik nak sakat aku je..." Haris menyuap nasi lagi.
Teja senyum nipis.
"Eh.. Teja. Tengokla aku." Haris cuit lengan Teja. Teja menoleh.
"Taufik kau kenal kan?" Haris buka cerita.
Teja berkerut sedikit cuba mengingat.
Lisa memerhati. Berdebar dengan ayat Haris seterusnya nanti.
'Taufik yang leader misi banjir kan..?' Teja ingat kembali.
"Haa... tepat sekali. Yang tu." Haris mengunyah makanan yang masih tersisa.
'Dia nak buat misi lagi ke..?' tanya Teja.
'Belum. Tapi dia ada kirim salam..'Assalamualaikum' kat kau. Dia bagitahu aku kau tak jawab whatsapp dia...tinggi sangat kau ni Teja...' Haris memerli.
'Oh waalaikumsalam.' Teja menjeling sedikit Lisa yang menundukkan pandangannya sambil menyedut limau ais.
'Aku tak perasan kot.. Busy travel temankan Lisa collect data...' Teja berisyarat perlahan. Sempat direnung sekilas lagi Lisa yang diam dari tadi.
'Oh.. balaslah kalau free...kau kenallah dia..try dulu..mana tahu kau punye type..berusaha keras si Taufik tu...' Haris memuji Taufik.
Teja cuba melencongkan cerita bila dilihatnya wajah Lisa yang makin mendingin.
'Kau hubungan apa dengan si Taufik tu..?' Teja berisyarat.
'Ishhh.. ingat aku kunyit ke...? Dia dulu sama team ragbi..' Haris menjelaskan.
Teja angguk-angguk.
Perlahan Lisa bangun menuju ke kaunter bayaran.
Ah! Sudah! Kenapa pulak..?
Terasa pedas sambal sampai ke telinga dibuatnya.
---
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)
RomantizmKita cuba. PERLANGGARAN HAK CIPTA Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di antara perbuatan pelanggaran h...