Love Story s.2 (part.4)

538 26 5
                                    

Sudah dua hari saya berada di sana. Memang seronoklah tumpang di rumah Sha-ly ni. Hari Sabtu tu, Brandon kata nak bawa kami bersiar-siar di pantai. Tapi dia suruh pula kami pergi syarikat dia dulu, nak pergi sama-sama konon. Sebab, kalau hari Sabtu dia kerja halfday. Saya dengan Sha-ly pun akur je dengan permintaan Brandon sambil-sambil tengok tempat kerja dia yang wow tu.

Semasa kami berada di syarikat dia tu, huh.. macam hotel, tapi bukan hotel. Sha-ly yang gila-gila ni pun bawa saya pergi terjah si Brandon di office dia.

"Ish! Orang sedang sibuk kerjalah. Kau ni suka sangat lah ganggu dia," saya memarahi Sha-ly yang beria-ia nak masuk ke dalam office Brandon.

"Alaa.. ni first time tau saya datang sini. Kita tengok-tengok je lah. Bukan buat kacau di dalam.. hehe. Lagipun bukan selalu kita datang sini," balasnya lagi.

Adeh.. saya tak fahamlah perangai dia ni. Dressing bukan main seksi lagi, tapi perangai dia macam budak-budak haha. Saya ikut sajalah kemahuan dia tu. Kami pun naik lif dan pergi ke tingkat 3 dimana terletaknya office si Brandon.

Tingg..

Lif terbuka dan kami dah sampai di ruang pejabat orang kaya tu.

"Kan saya dah cakap, baik kau kahwin dengan dia. Sebab dia kaya, handsome and caring pula tu, hahah.." saya memulakan gurauan dengan Sha-ly.

"Cis! Semua tu tak gunalah kalau perasaan c.i.n.t.a tu tak ada.." katanya.
Elehh.. pandai juga dia fikir pasal cinta-cinta ni.

Sambil kami berjalan, kami berbual-bual pasal Brandon. Tiba-tiba..

Bukk!

"Aduh..!"

Sha-ly bertembung dengan seorang lelaki berambut perang. Itulah.. sambil bercakap dan berjalan tak tengok depan.

"Aww! Hei, mata letak kat mana?" Lelaki itu memarahi Sha-ly yang sedang menggosok-gosok bahu sebab terlanggar tadi.

"Eh? Mata saya disini, kenapa!?" Sha-ly membalas soalan lelaki tu dengan kasar sambil jari menunjuk ke matanya.

Bengisnya muka lelaki tu. Gerun saya tengok. Saya yang risau dorang akan bertumbuk, mengawal keadaan.

"Eh.. sorry, sorry.. kawan saya tak sengaja tadi." Ucapku sambil menarik lengan Sha-ly untuk jauhkan dia dari lelaki tu.

"Ha, bagitahu dengan dia, kalau nak berborak, bontot tu duduk kat bangku. Jangan bawa berjalan!" Balas lelaki tu lagi.

"Apa!? Hei, saya di depan kau ni! Eee..!! Saya cekik kau..!" Jerit Sha-ly dan terus melepaskan genggaman tangan saya dari lengan dia.

Semua pekerja tertumpu pada kami di situ. Aduh.. malunya! Ni semua gara-gara Sha-ly lah. Heii..

Sha-ly meluru ke arah lelaki tu dan menepuk bahunya.

Pok!

"Aduh!"
Lelaki tu terus memegang bahunya yang ditepuk tadi.

"Kau cakap baik-baik sikit ye! Dah lah sorry pun tak ucap, kasar pula tu! Dasar hidung badut!" Sha-ly mengejek muka lelaki tu.

Saya nak ketawa tapi, memang betul apa dia cakap. Hidung dia.. lain macam hahah!😂 Tetapi lelaki tu macam bertambah panas hati mendengar ejekan Sha-ly tu, lalu dia maju ke depan Sha-ly.

"Jadi kau ni yang entah datang dari mana masuk office orang, nak buat apa!? Jual diri!?" Jerkah lelaki itu lagi sambil matanya melirik ke buah dada Sha-ly yang tertonjol di depan.

"Ehh.. sudahlah!" Saya jerit sebab nak kawal keadaan yang semakin menjadi-jadi tu.

Saya takut nanti Sha-ly kena tumbuk pula.

Love Story. season 2 ✔✔Where stories live. Discover now