Sudah beberapa minggu saya di sini.. tak lama lagi cuti saya akan berakhir. Mark kata hari ni nak bawa kami pergi melawat sekolah lama. Kebetulan pula hari ni cuti persekolahan dan dia pun meminta kebenaran pihak sekolah untuk melawat tempat tu.
Teruja pula saya bila diajak pergi ke sana, macam tak sabar lagi. Saya rasa macam nak pergi sekolah semula, hehe.
~~~~
Saya dan Sha-ly baru saja sampai di kawasan luar sekolah tu. Kelihatan dorang Mark sudah berada di pintu pagar sekolah sedang menunggu kedatangan kami. Kami pun turun dari kereta dan menyapa mereka yang tengah asyik berbual-bual dengan sekuriti.
"Hi guys.." serentak saya dan Sha-ly menegur mereka.
Mark, Brandon, Gerard, Frank dan Billy segera memandang ke arah kami. Saya masa tu agak berdegup sedikit sebab Billy pun ada di situ juga. Tapi, saya buat-buat tak endah dengan kehadirannya.
"Eh? Mana Mikey..?" Sha-ly bertanya pada Gerard.
"Oh.. dia tak dapat datang. Sibuk dengan kerja." Jawab Gerard, tetapi matanya memandang saya sambil tersenyum.
"Okey," balas Sha-ly.
"Ha, jomlah masuk." Sampuk Mark.
"Biri-biri, awak ada bawa salad?" Frank mengejek saya dengan nama panggilan saya semasa di sekolah dulu.
"Kau ni Frank! Ee.."
Saya terus menepuk bahu dia dan mereka semua bergelak ketawa, kecuali Billy. Dia hanya mengerutkan kening setelah mendengar nama panggilan itu.
"Biri-biri..?" Bisiknya perlahan.
Saya waktu tu cuba mengelak dari berjalan bersama dia. Saya pun masuk ke dalam kawasan sekolah bersama Gerard dan Sha-ly. Billy pula hanya memerhatikan kami dari belakang.
Brandon sedang berjalan seiringan dengannya. Lalu Billy bertanya kepadanya kerana berasa musykil dengan diri saya ni.
"Dah lama ke kita berkawan dengan Neco? Biri-biri tu.. nama panggilan dia ke?"
Brandon menggaru lehernya dengan muka gelisah.
"Em.. ya." Dia menjawab pendek saja.
"Oh.. tapi kenapa saya tak ingat tentang dia?" Tanya Billy lagi.
"I don't know bro.. hey, we come here to visit. Enjoy while we can.." jawab Brandon lalu berlari ke arah pokok di padang tempat kami selalu lepak dulu.
Billy terhenti dari melangkah.
"Pokok tu.. macam.." dia bercakap sendirian bila melihat pokok Sheffield yang berdiri teguh di tepi padang sekolah.
"Ada sesuatu dengan pokok ni.." katanya lagi sambil memandang ke arah kami yang sudahpun duduk di bawah pokok itu.Sambil dia berjalan menuju ke arah kami, matanya tidak pernah lari dari memandang saya. Masa tu, saya duduk bersebelahan tapak di mana kotak tu ditanam.
YOU ARE READING
Love Story. season 2 ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sambungan dari cerita School Love Story. 21sx only Language= malay, portugese n english Neco Altamira dan kawan baiknya Sharon Lyna Bell (Sha-ly) kini telah menjadi wanita dewasa. Tetapi Neco masih mengharap...