Keesokannya di pagi Ahad.. kepala saya terasa berat sangat nak bangun. Ni lah akibat minum arak berlebihan. Saya rasa semalam Brandon yang hantar kami balik. Errkk.. macam mana muka saya semalam ha? Malu pula hahah!
Dengan rambut berserabai, saya keluar dari bilik nak pergi ke dapur buat kopi. Masa tu saya cuma pakai seluar dalam warna pink dengan baju t-shirt je. Free bra.. ahahah! Aummss.. 😆
Kan rumah perempuan juga.. malu apa bossku! 😂 Sebelum pergi ke dapur, saya jenguk dulu Sha-ly di biliknya. Huh! Dengan gaya terlentang di tengah-tengah tilam, macam ahli akrobatik sedang tidur. Ni mesti kes mabuk teruk. Hahah..
Sambil-sambil saya bancuh kopi, teringat pula hal semalam.. saya sakit hati dan sedih, Tuhan saja yang tahu. Mungkin kami tiada jodoh. Mula-mula, saya terfikir juga nak balik Portugal lepas kejadian semalam. Sebab saya tak boleh terima kenyataan.. tetapi bila difikirkan semula, dorang Sha-ly tentu akan berkecil hati kalau saya balik awal ke negara saya tu. Dan satu lagi, saya datang sini kan sebab nak enjoy? Ah! Lagipun saya anggap kawan-kawan lelaki tu semua boyfriend saya. Hahah!
Tingg.. tingg...
Tiba-tiba ada orang menekan lonceng pintu. Aik? Siapa datang awal pagi begini? Saya yang asyik mengelamun tadi terlupa yang saya cuma pakai seluar dalam and t-shirt. Damn! 😂 Saya terus meluru ke arah pintu depan dan membukanya.
"Yes..?" Ucapku semasa membuka pintu.
Brandon sedang berdiri di depan pintu bersama dengan kawan dia, Deryck.
"Morning.." ucap Brandon.
Tetapi dia terkejut dengan keadaan saya yang.. seksi. Ahahah!
"Morning.. awalnya datang?" Saya menyapa mereka.
Tetapi mata mereka tertumpu pada paha saya yang putih dan bonjolan gunung-gunung saya tu. Sial! Hahah!
Saya hairan kenapa dorang diam saja? Then i look at my body.."Ahh!!"
Saya menjerit dan terus berlari masuk ke bilik. Aduh.. malunya saya!
"Hahaha!!" Saya terdengar gelak tawa Brandon di pintu.
Saya segera pakai seluar dan capai tuala untuk tutup badan saya lalu keluar semula.
"Kau ni Brandon! Lain kali call dulu kalau nak datang! Eehh!!" Saya memarahi Brandon yang sudah pun masuk ke dalam dan sedang duduk di sofa.
"Hahah.. kau ingat dah berapa ribu kali saya call Sha-ly tadi? Dia tak sambut langsung. Jadi saya datanglah di sini." Ujarnya tapi gelak tawa dia masih kedengaran.
Saya memandang dia dengan sinis sambil mata saya melihat Deryck yang juga sedang tersengih-sengih memerhatikan keadaan rumah Sha-ly. Eh.. kenapa pula Brandon bawa orang ni sekali? Kalau Sha-ly nampak, habislah.
"Kenapa datang ni? Ada apa-apa ke?" Saya menyoal Brandon lalu duduk bersama mereka di sofa.
"Oh.. semalam kamu mabuk teruk, hahah! Habis saya kamu belasah. Tengok tangan saya ni, ada cap gigi si Sha-ly." Katanya sambil menunjukkan pergelangan tangannya yang digigit Sha-ly.
Aduh.. apa sebenarnya yang terjadi semalam? Saya langsung tak ingat. Saya tergelak bila melihat cap gigi harimau tu. Hahaha!
"Eh.. mana saya tahu, saya mabuk. Hahaha!" Saya bergurau lagi.
"Semalam saya hantar kamu balik, kereta Sha-ly saya biarkan saja disitu. Sebab tu lah saya datang sini, nak bagi balik kunci kereta dia. Nasib baik ada Deryck, tolong saya tadi." Ujar Brandon lagi.
"Ohh.. patutlah kau bawa dia ke sini.." saya menjawab.
"Mana perempuan tak guna tu? Masih tidur?" Deryck bertanya konon.
YOU ARE READING
Love Story. season 2 ✔✔
Roman d'amourI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sambungan dari cerita School Love Story. 21sx only Language= malay, portugese n english Neco Altamira dan kawan baiknya Sharon Lyna Bell (Sha-ly) kini telah menjadi wanita dewasa. Tetapi Neco masih mengharap...