~~~~
Setelah mendengar penjelasan dari Billy, saya terus memeluk erat badannya. Saya tak mahu ditinggalkan lagi.. Kami bercumbuan di atas bangku dalam bilik tetamu itu untuk melepaskan rindu yang sudah lama terbuku di hati, hingga saya hampir terlupa tentang anak-anak murid saya di kelas, haha.
"Em.. saya kena sambung mengajar. Awak menginap di hotel ke?" Kata saya kepada Billy yang sedang mengusap rambut panjang saya.
Dia tersenyum dan menjawab..
"Saya belum checkin di mana-mana lagi.. haha. Sebab saya nak sangat berjumpa dengan awak, Neco.." ujarnya."Haha.. okey, kalau begitu.. ikutlah saya balik nanti. Lagipun, awak kena berjumpa dengan mommy saya," ujarku lagi mengajak dia ke rumah.
"I'm nervous.." jawab Billy perlahan. Dia risau mommy tidak akan terima kedatangannya ke situ.
Saya tersenyum pada dia dan berkata,
"Jangan takut, sebab mommy tu okey je.. lagipun, tak baik kalau tak bagitahu dia.""Ya. Saya pun nak berjumpa dengannya juga. Em.." jawab Billy. Tetapi ada sesuatu lagi yang ingin dikatakannya.
"Kenapa mengeluh..?" Saya menyoal sebab risau kalau ada apa-apa lagi yang tak kena.
Dia pun menyeluk sesuatu dari dalam poket seluarnya.
"Neco.."
Saya berasa pelik pula bila dia menyebut namaku lalu bangun dari bangku dan berlutut di hadapan saya. Dia memegang kedua-dua tangan saya dengan lembut sambil memandang mataku dengan penuh rasa cinta.
"Neco.. would you marry me?" Ucapnya sambil menunjukkan sebuah kotak kecil yang berisi sebentuk cincin.
Jantungku berdegup pantas masa itu. Saya ingin menangis! Saya tak sangka Billy akan melamarku pada hari itu juga! I'm so happy! Secara tiba-tiba, air mata kegembiraan saya mengalir di hadapannya.
"Billy.. i.. i do!" Saya tergugup-gugup menjawab pertanyaan Billy itu.
Saya bagaikan tak percaya apa yang sedang berlaku.. Orang yang saya tunggu selama 10 tahun, akhirnya datang kepada saya.. dan menunaikan janjinya.
Billy tersenyum riang melihat saya menangis gembira setelah menerima lamarannya. Lalu, dia menyarungkan cincin emas putih itu ke jari manisku.. and he kiss my hand with love. I smiled.
Dia berdiri dan memeluk badanku erat diiringi tangisannya juga.
"I promise Neco.. i will not forget about you anymore. I will be by your side.. you're my first love, my first kiss and you are mine! I love you!" Ucapnya ketika memeluk saya.
"I love you too Billy!" Saya membalas ungkapan cinta itu semula dengan hati yang gembira.
And we kiss, kiss and kiss.. i love him very much. 💙
*********
Tok.. tok.. tok..Saya mengetuk pintu rumah kediaman saya dan mommy setelah pulang dari mengajar di sekolah. Billy menggengam erat jari jemariku saat itu. Saya tahu dia gelisah dan takut untuk berjumpa dengan mommy. Saya boleh rasakan tapak tangannya berpeluh. Tapi saya memegangnya erat supaya dia tenang.
Krak..
Mommy membuka pintu dengan perlahan..
"Hi sweetie.. eh?" Mommy menyapa saya tetapi dia agak terkejut dengan lelaki yang sedang bersama saya di depan pintu sambil berpegangan tangan.
"Ini..?" Dia mahu bertanya siapakah jejaka tinggi yang sedang berpegangan tangan dengan saya.
Billy senyum padanya lalu menadakan tapak tangan di depan mommy.
YOU ARE READING
Love Story. season 2 ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sambungan dari cerita School Love Story. 21sx only Language= malay, portugese n english Neco Altamira dan kawan baiknya Sharon Lyna Bell (Sha-ly) kini telah menjadi wanita dewasa. Tetapi Neco masih mengharap...