Setelah 10 tahun memakai rantai pemberian Billy, akhirnya saya melepaskan ia dari leherku..
Saya menyimpan ia di dalam sebuah kotak kecil dan memberikannya kepada Sha-ly. Saya memesan padanya, berikan kotak itu kepada Billy ketika saya sudah pergi meninggalkan New Jersey.. dia hanya tersenyum dan akan menuruti apa yang saya katakan.
******
Hari ini ialah hari terakhir saya di sini dan hari ini juga ialah hari perkahwinan Billy.. Sebaknya nak ucap selamat tinggal dengan kawan-kawan saya. Tapi tak apa, masa majlis perkahwinan Sha-ly nanti, saya pasti akan datang semula. Namun, Billy tidak tahu bahawa hari ini saya akan balik ke negara asal saya.
"Betulkah kau tak nak pergi ke majlis tu dulu?" Soal Sha-ly kepada saya.
"Tak mahulah.. lagipun, saya takut ketinggalan flight. Kirimkan salam saya saja pada dia.." ujarku.
"Hmm.. okeylah. Jangan lupa mesej kalau dah sampai di sana tau? Saya harap.. kau akan jumpa si Cristiano tu." Bergurau pula Sha-ly dengan saya.
"Haha.. harap-haraplah." Saya tergelak dengan gurauan dia.
Dia yang sudah bersiap sedia untuk ke majlis perkahwinan Billy pun keluar dari rumah. Dia pergi bersama-sama dengan Deryck ke majlis tu.
Saya?
Menunggu masa untuk pergi meninggalkan mereka..
Entah kenapa tiba-tiba hari ni saya nak mengikat rambut biri-biri tu.. jadi saya pun lakukannya.
Sebelum saya meninggalkan apartment Sha-ly, saya tinggalkan sekeping nota berbunyi..
'Terima kasih kerana melayan saya seperti keluarga sendiri. I love you dear friend. I hope you and Deryck will be happy.. XoXo.'
'Neco.'Dan saya pun beredar dari situ dengan membawa bagasiku.
~~~~
Ketika berada di dalam teksi, teringin pula saya melihat Billy buat kali yang terakhir. Lalu saya mengarah pemandu teksi pergi ke gereja dimana Billy dan Irene melangsungkan perkahwinan.
Setiba saja di sana, saya yang berambut biri-biri masuk di perkarangan gereja dan hanya berdiri di luar pintu masuk bangunan itu.
Sungguh indah sekali perhiasan perkahwinan raja sehari itu.. hati saya tidak lagi menangis. Saya sudah bersedia untuk melupakan dia.
Watching them from outside make my heart pumping. Tetapi raut wajah Billy seperti tidak gembira. Mungkin dia nervous, fikirku.
Lafaz dari paderi berkumandang di ruang gereja, saya yang mendengar hanya mampu tersenyum.
Suddenly, Billy look at me from the entrance.. Dia merenung saya dengan matanya yang tidak berkelip-kelip. Tapi saya berikan senyuman manis saja kepadanya. Saya dah tak boleh pandang dia lagi, dan saya pun pergi meninggalkan tempat tu dengan perasaan sedih.
'Biri-biri..?'
Bisik hati kecil Billy saat saya sudah berlalu pergi.
*******
"Bom dia crianças! Como vai voce?"
(Selamat pagi anak-anak! Kamu apa khabar?) Saya yang baru masuk kelas menyapa mereka."Teacherrr!!" Mereka semua menjerit kerana terkejut dengan kehadiran saya.
Aduh.. macam nak menangis pula tengok budak-budak ni, haha. I miss them a lot!
"Sentimos falta do teacher.." (Kami rindukan cikgu..) ucap mereka kepada saya dengan tangisan gembira.
Saya sangat terharu bila mendengar kata-kata tu. Hampir saja saya menangis dalam pelukan mereka.
"Saudades de todos vocês.." (Saya pun rindukan kamu semua..) balasku kepada mereka.
Lepas tu, dengan perasaan gembira, saya mengajar mereka semula selepas sebulan bercuti.
*******
Seminggu kemudian..
Saya yang sedang sibuk mengajar kanak-kanak dikejutkan dengan panggilan dari seorang guru di luar pintu kelas.
"Neco, tem alguém para te ver. Ela está no quarto de hóspedes." (Neco, ada seseorang nak berjumpa dengan awak. Dia berada di bilik tetamu.) Kata guru tersebut.
Pelik pula. Siapa nak berjumpa dengan saya waktu macam ni?
"Quem é ele?" (Siapa dia?) Soalku lagi.
"Eu nem sei. Vá, por favor, cuide dos seus alunos." (Saya pun tak kenal. Pergilah, saya tolong jaga anak murid awak ni.) Ujar guru itu lagi sambil tersenyum.
"Tudo bem.." (Baiklah..) balasku lalu keluar dari kelas dan menuju ke bilik tetamu.
Perasaan saya masa tu sangat gelisah. Siapa yang nak berjumpa dengan saya? Takkan Cristiano Ronaldo? Ah, Tak mungkinlah! 😂
Sesudah sampai di bilik tetamu tu, saya membuka pintu dengan perlahan.. Saya pun masuk ke dalam. Tetapi tiada sesiapa pun di situ? Hmm.. jadi, saya pun bergerak keluar semula.
Ketika saya pusing ke belakang, tiba-tiba..
"Umm!"
Saya dikucup secara mengejut! Saya cuba melepaskan pelukan lelaki itu, tetapi dia sangat kuat!
Tapi.. dia seperti seseorang yang saya kenali..
'Billy?'
Hatiku menyebut namanya. Ya! Dia memang Billy!
Saya tidak lagi menolak badannya, dan membalas semula ciumannya itu.
Waktu sekolah dulu, dia selalu mencium saya secara mengejut. Saya sangat rindukan kenangan tu.. dan kini, ia terjadi lagi. I hope this is not a dream!
Beberapa ketika kemudian, dia melepaskan ciuman itu dengan perlahan. Dia memandang saya dengan wajah yang sedih.
"Neco.. i'm sorry.. i'm sorry!" Ucapnya dengan air mata berlinangan di pipinya.
Ah.. saya tersentuh dengan tangisan seorang lelaki! Saya pun terikut menangis juga.
"I miss you, Billy.. miss you so much!" Balasku lagi dan terus memeluk badannya yang tinggi lampai.
Tetapi, tiba-tiba terlintas di fikiran saya yang dia ni sudah berkahwin. Saya segera menolaknya ke depan dengan kasar!
"You're married.." saya kata dengan suara sebak.
Dia maju kehadapan saya dan memegang jari jemariku dengan lembut.
"No.. i'm not. I cancelled it.." ujarnya.
Saya terkejut tapi masih tidak mahu percaya tentang apa yang dikatakannya.
"Don't lie, Billy.."
"I say the truth.. trust me. Hari tu.. saya nampak seorang gadis berdiri di hadapan pintu gereja dengan rambutnya diikat dua.. gadis itulah yang selalu membayangi minda saya setiap hari.. dan saya sangat merinduinya! Saya rindukan gadis berambut biri-biri itu, Neco! It was you.. you! Kenapa kau tak beritahu saya? Kenapa?" Ulasnya sambil memegang pipi ku dengan kedua-dua belah tapak tangannya.
Saya lantas memeluknya semula diiringi tangisan gembira.
"Saya tak mahu sakitkan hati perempuan tu.. saya tak mahu menjadi orang ketiga, Billy.." kata saya semasa dalam dakapannya.
"No, no.. Sebenarnya, orang ketiga itu ialah dia! Bukan awak.. She lied to me! She hide everything about you from me!" Ujarnya lagi dengan geram.
"W..what?" Saya bagaikan tak percaya apa yang dikatakannya.
Lalu, dia pun menceritakan semula bagaimana dia mengetahui bahawa Irene telah menipunya selama 7 tahun..
~to be continued..
YOU ARE READING
Love Story. season 2 ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sambungan dari cerita School Love Story. 21sx only Language= malay, portugese n english Neco Altamira dan kawan baiknya Sharon Lyna Bell (Sha-ly) kini telah menjadi wanita dewasa. Tetapi Neco masih mengharap...