After 10 years.. in 2015.
Umur saya sudah mencecah 27 tahun dan masih single haha. Selama tiga tahun menanti Billy ketika saya masih berada di New Jersey.. satu berita pun tidak pernah saya dengar tentangnya. Saya terpaksa melupakan dia yang entah hilang ke mana.
7 tahun lalu, saya telah berpindah ke tempat kelahiran saya di Lisbon, Portugal bersama mommy tersayang. Saya telah menyambung pelajaran di sebuah universiti dan lepas graduate, saya menjadi seorang guru seni di sebuah sekolah rendah. Itu pun nasib baik saja sebab mommy saya yang suruh. But without her.. i'm nothing. Kalau tak, tentu saya merayau-rayau sekarang tiada kerja, haha.
Seronok mengajar anak-anak kecil melukis. Mereka kan sangat suka menconteng.. jadi saya ajar mereka menconteng dengan cara yang betul. Kawan baik saya, Sha-ly selalu bertanya semasa kami chatting. Bila saya akan melawat New Jersey? Hmm.. bukan saya tak mahu. Tapi, saya belum ada masa yang sesuai untuk pergi ke sana. Tunggulah bila ada cuti, hehe.
"Tenha um bom dia crianças.."
(Salam sejahtera anak-anak..)Saya yang baru masuk ke dalam kelas menyapa kanak-kanak di dalam seperti biasa di waktu pagi.
Mereka semua nampak sangat comel lagi-lagi yang murid perempuan. Teringin pula saya nak anak satu.. hahaha.
"Tenha um bom dia teacher!" Sahut murid-murid yang berumur 7 tahun itu semua.
Saya melihat mereka sambil tersenyum dan melabuhkan punggung di bangku guru bersebelahan white board.
"Teacher, estás tão bonita hoje."
(Cikgu, awak nampak cantik hari ini) Puji seorang murid perempuan kepada saya masa tu."Hahaa.. okay. Obrigado querida.."
(terima kasih sayang) ucap saya kepada anak itu.Sambil saya membelek-belek buku seni yang ingin diajar mereka hari ni, murid perempuan tadi datang ke arah saya sambil tersenyum manis.
"Você tem um namorado, teacher?"
(Cikgu, awak ada teman lelaki?) Soalnya.Aduh, lucu pula bila mendengar soalan tu dari budak 7 tahun. Saya pun mengusap rambut dia sambil berkata..
"Nada querida.. porque faz você pergunte?"
(Tiada sayang.. kenapa awak tanya?)"Porque eu nunca te vejo com um cara."
(Sebab saya tak pernah nampak awak dengan lelaki) Jawab murid itu.Saya terdiam sejenak. Ah.. kecil-kecil dah pandai cakap hal ni. Jadi saya suruh dia balik semula ke tempat duduknya.
"Depois falamos ok? Agora volte para o seu lugar."
(Nanti kita bercakap semula ok? Sekarang balik ke tempat duduk awak)
Balas saya dengan muka serius.Budak tu mendengar arahan saya dan balik semula ke mejanya.
Selama saya berada di negara asal, saya telah belajar menguasai bahasa portugis dengan cepat. Ye lah, kan saya ni local. 😆
Habis saja kelas tu, saya seperti biasa akan pandu kereta untuk balik ke rumah.
Walaupun saya tinggal di Portugal, tapi tak sekali pun saya pernah jumpa dengan Cristiano Ronaldo. Hahaha! Kalau ada peluang, nak selfie juga. 😂
*****
"Neco, kau tak nak bercuti ke?" Soal mommy semasa kami sedang makan malam berdua.
"Belum ada masa lah. Nanti je," saya menjawabnya sambil mengunyah salad.
"Sejak kau bekerja, mommy jarang nampak kau rehat. Hari Ahad kau sibuk pula pergi galeri seni.. kenapa? Pasal Billy ke?" Katanya lagi. Tiba-tiba pula nama tu disebut.
Saya hampir tersedak mendengar nama tu setelah sekian lama tak disebut.
"Uhuukk! No lah!" Saya terbatuk sedikit sambil menjawab.
Mommy cuma menggelengkan kepala. Sebenarnya dia dah lama tahu hubungan saya dengan Billy. Sejak di bangku sekolah lagi. Tapi tu lah, tiada jodoh nak buat macam mana? Kan? Saya macam ni je lah sampai ke tua. Hahah!
Malam tu saya chat dengan Sha-ly di Facebook. Rindu pula nak bergurau dengan dia.
'Oi.. buat apa tu?'
'Nada.. hehe. How are you?' (Nada=tiada) jawabnya.
'I'm okay. Sibuk dengan budak-budak je tiap hari.' Saya membalasnya.
'Bila kau nak datang NJ ha? Saya ada berjumpa dengan Mark hari tu. Dia kata nak buat reunion.. awak datanglah. Lagipun dah lama kita tak minum vodka, hahaha!' Balasnya lagi.
Kalau pasal arak, dialah nombor satu.
'Kau kahwin dulu baru saya datang. Hahaha..' saya bergurau pula dengan dia.
'Pandailah kau sana.. eleh.. jodohku belum sampai lah. Hahah!' Dia membalas lagi gurauan saya tu.
Memang tak kering gusi lah kalau berborak dengan dia ni, adeh.. Tapi, kadang-kadang saya rindu nak minum arak dengan perempuan ni. Hahah..
*****
Hari berganti hari, hinggalah suatu hari.. sedang saya berehat di dalam bilik sambil dengar lagu, jari jemari saya menggaru leher dan tak tersengaja menyentuh buah kendadu di rantai tu. Ehh.. saya masih pakai rantai tu sampai sekarang. Mana tahu ada nasib. 😂
"Hmm.. patutkah saya pergi ke New Jersey?" Saya berbisik sendirian.
"Tapi kan untuk bercuti saja? Bukan stay terus." Saya berfikir lagi.
"Hei.. rindu pula nak jumpa geng tahi kucing tu. Dah kerepot ke dorang tu? Hahah.." saya bergurau sendirian.
Saya berfikir lagi.. tiba-tiba rasa rindu pula nak lawat sekolah lama. Nak tengok pokok di padang tu masih ada atau dah kena tebang. Hmm..
Saya tak nak fikir panjang lagi. Saya pun lelapkan mata. Kalau boleh biarlah ingatan saya tentang Billy lesap. Because of him, i can't move on!
YOU ARE READING
Love Story. season 2 ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sambungan dari cerita School Love Story. 21sx only Language= malay, portugese n english Neco Altamira dan kawan baiknya Sharon Lyna Bell (Sha-ly) kini telah menjadi wanita dewasa. Tetapi Neco masih mengharap...