Selepas Brandon siap kerja, kami pun keluar dari pejabatnya. Sha-ly terpaksa berkaki ayam berjalan di dalam office. Semua mata tertumpu padanya waktu tu. Saya nak tergelak, tapi takut nanti dibelasah pula oleh perempuan ganas tu.
Semasa naik lif, terserempak pula dengan Gerard dan musuh baru Sha-ly di dalam. Sha-ly padamulanya tidak mahu masuk, tapi Brandon menarik tangannya masuk ke dalam lif.
"Ish! Badut tak guna!" Dia berbisik sendirian. Saya yang berada di sebelah dia menutup mulut saja tahan ketawa.
"Hi, kamu nak pergi mana ni?" Gerard bertanya pada kami.
"Nak bawa girlfriend saya dua orang ni bersiar-siar.." jawab Brandon dengan selamba.
"Hahah.. boleh ikut tak?" Gerard bertanya lagi.
Saya dengan Sha-ly langsung tidak menyampuk perbualan dorang tu. Deryck tersengih-sengih melihat keadaan Sha-ly yang berkaki ayam sambil berpeluk tubuh.
"Why not?" Balas Brandon.
"Deryck, come join us." Gerard mengajak pula Deryck ikut bersama.
"Eh! Saya tak mahu badut ni ikut!" Sha-ly menyampuk mereka dengan muka masam.
"Why?" Gerard bertanya pula. Rasanya dia tak tahu apa yang berlaku tadi.
"Tengoklah saya ni. Sebab dia, saya berkaki ayam!" Jawab Sha-ly dengan garang.
Deryck tergelak melihat karenah Sha-ly yang baginya lucu.
"You deserve it.." dia mencelah dari tepi.
"Ish! Bencinya tengok muka kau!" Sha-ly memerli Deryck sambil menjeling tajam padanya.
"Jadi kau ingat saya suka tengok muka kau? Saya lagi benci!" Sindir Deryck pula.
"Ahh.. enough guys. Jangan jadi macam budak-budaklah.. hei.." Brandon cuba menenangkan keadaan.
Saya yang dari tadi mendengar cuma tersenyum sebab lucu. Sha-ly tidak lagi membalas sindiran Deryck tu sebab terlalu sakit hati. Gerard menahan ketawanya sambil pandang ke arah kaki Sha-ly yang tidak berkasut.
Brandon dan Deryck telah berkawan sejak dia mula menguruskan syarikat bapanya. Deryck juga telah melaburkan hartanya untuk bekerjasama dengan syarikat tu. Sebab tu lah dia selalu ada di sana. Dia ni lebih kurang bos nombor 2 di sana. Walaupun tak handsome, tapi isi poket sentiasa tebal. Hahaha!
*****
Di pantai selepas kejadian tadi..
"Ar fresco aqui.. eu gosto disso!"
(Segarnya udara di sini.. saya suka!) Saya berbisik sendirian sambil melihat pemandangan indah di tepi pantai."Hei Neco, janganlah cakap bahasa kau tu.. kami tak fahamlah." Tegur Sha-ly pada saya yang sedang duduk di bawah pohon kayu yang rendang bersama Brandon dan Gerard ditemani bir. 😑
Deryck menolak ajakan Gerard ke sana sebab dia benci tengok muka Sha-ly yang buat dia panas hati.
"Eu amo meu coração. Hahah.."
(Suka hati sayalah.) Saya menjawab semula kata-kata dia dengan bahasa portugis."Bla bla bla.." dia mengejek pula saya.
"Entah bilalah kau nak kahwin dengan Cristiano Ronaldo. Ahahah!"
Katanya lagi.Balik-balik CR, eii.. geram aku. Brandon dengan Gerard tumpang ketawa saja.
"Jomlah sini, minum. Panas ni.." Gerard mengajak saya minum bersama.
Hei.. saya akur je lah lalu duduk di sebelahnya dan ambil satu tin bir nak hilangkan rasa haus.. hehe.
YOU ARE READING
Love Story. season 2 ✔✔
RomansaI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Sambungan dari cerita School Love Story. 21sx only Language= malay, portugese n english Neco Altamira dan kawan baiknya Sharon Lyna Bell (Sha-ly) kini telah menjadi wanita dewasa. Tetapi Neco masih mengharap...